Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Memaparkan catatan dengan label Ehwal Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ehwal Semasa. Papar semua catatan

Ahad, Mei 24, 2015

Telefon Di Sekolah

Satu soalan rawak dijalankan di sekolah saya bertanyakan kekuatan dan kelemahan membawa telefon ke sekolah. Hanya merujuk kepada kelemahan, rata-rata murid tidak kira bangsa dan IQ tahu bahawa terdapat banyak kelemahan membawa telefon ke sekolah berbanding kekuatan. Secara peribadi saya tiada masalah jika telefon boleh dibawa ke sekolah tetapi memerlukan kawalan yang ketat. Sudah tentu ia menambahkan kerja guru !!! Saya sokong ke tak ni ??? hehehe

Sabtu, Oktober 12, 2013

PBPPP

PBPPP adalah singkatan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Ia adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP  2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
 
PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan bagaimanapun tertakluk kepada garis panduan JPA.


Jika adalah mahu maklumat lanjut boleh mendapatkan bahan berkaitan . Sila klik SINI 

Sabtu, Ogos 31, 2013

Selamat Hari Kemerdekaan Ke 56

Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua.Tema hari kebangsaan pada tahun ini 'Malaysiaku Berdaulat,Tanah Tumpah Darahku. Sentiasa bangga dan cintai negara. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Kekalkan kemakmuran sedia ada. Jangan ditanya apa yang negara beri kepada kita tetapi fikirlah apakah sumbangan kita kepada negara. Bersatulah kita menjaga negara kita, negara Malaysia tercinta !!! Selamat Hari Kemerdekaan ke 56.

Isnin, Julai 15, 2013

Borang Baru PBS ICT 2013

Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS kini akan menggunakan borang baru selaras dengan perubahan pada markah-markah setiap kerja kursus yang perlu dibuat oleh murid. Maklumat ini diperoleh daripada Ketua Pentaksir Kebangsaan.
"Mulai  tahun 2013, PBS ICT (3765/2) akan menggunakan sistem pemarkahan yang baru dan satu system baru juga disediakan oleh Lembaga Peperiksaan , dimana berbeza dengan system yang lama, oleh yang demikian  Borang BSF (Betch Score Form ) TIDAK akan diguna lagi dan Digantikan dengan Borang SSF ( Score Sheet Form) , 
Dengan ini saya serta file SSF untuk tindakan guru guru ICT "
Guru-gur boleh mendapatkannya di ruangan kerja kursus atau terus ke 
http://rmmict.blogspot.com/p/kerja-kursus-ict.html

Khamis, Mei 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru kepada semua warga guru di mana jua anda berada. Semoga terus berusaha mempertingkatkan diri dan menjadi insan yang benar-benar menjadi guru.

Isnin, Februari 11, 2013

Pembayaran Elaun BISP

Ini merupakan Info terkini daripada Jabatan.

Mengikut dasarnya BISP dibayar sekiranya tiga syarat utama dipenuhi:

i) Opsyen (subjek Matematik, Sains, ICT)
ii) SPM - kredit BI (atau Kursus Etems, Edict)
iii) Mengajar dalam Bahasa Inggeris (100%)

Sekiranya syarat ini masih dipenuhi, maka masih dibayar BISP. Tetapi jika salah satu tidak dipenuhi, BISP akan ditarik balik. Sekiranya persediaan mengajar, pengajaran dan pembelajaran, dijalankan dalam 100% Bahasa Inggeris, masih layak dibayar BISP. Tetapi sekiranya sudah didwibahasakan (pilihan sekolah dan dipersetujui dalam mesyuarat sekolah), maka tidak layak lagi dibayar BISP. Kalau seorang guru berjaya membuktikan yang dia masih menggunakan 100% Bahasa Inggeris, dengan persetujuan pihak sekolah, dia masih layak dibayar


Khamis, Januari 24, 2013

Salam Maulidur Rasul s.a.w

Salam Maulidur Rasul s.a.w buat semua pembaca blog ini. Berbanyakkanlah berselawat atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya Rasullullah s.a.w dengan sifat-sifat baginda yang paling sempurna sentiasa menjadi ikutan kita umat Islam.

Khamis, September 13, 2012

Trial ICT 2012

Selamat menghadapi trial SPM bagi para murid tingkatan 5 di mana sahaja. Tidak lupa khasnya bagi murid yag mengambil subjek ict. Saya di kesempatan ini memohon soalan trial ict 2012 daripada guru-guru serata negeri agar projek modul soalan2 ict berdasarkan subtopik dapat diteruskan dan dapat disebarkan secara percuma lagi... Selain itu saya akan turut berusaha agar soalan2 ini tidak akan bocor sebelum masanya. Maka itu penting bagi saya mendapat maklumat bila tarikh peperiksaan ict bagi setiap negeri dijalankan serta serentak atau tidak.. Saya telah mula menerima satu dua soalan negeri lain (soft copy) yang saya tidak akan dedahkan.. Selamat menghadapi peperiksaan sekali lagi...







saya kini baru seminggu lebih menghadapi........













Alhamdulillah Allah panjangkan umur.... Terima Kasih tidak terhingga kepada mereka yang mendoakan saya. Allah s.wt sahaja yang membalasnya....Amin... Bolehlah cuti berbulan ni buat projek ict yang baru...InsyaAllah....






















Rabu, Mei 16, 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Selamat hari guru kepada semua warga guru di seluruh Malaysia. Tema hari guru pada tahun mengajak kita menjadi inovatif dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang secara tidak langsung meningkatkan pencapaian murid-murid kita. Saya sendiri masih tercari-cari cara atau kaedah baru dalam pengajaran saya...harap-harap ada banyak cara yang terkeluar daripada kepala atau paling tidak ada antara guru yang dapat berkongsi cara yang terbukti berkesan ke atas anak murid mereka. Dalam konteks ini khususnya kita guru-guru ict yang mengajar ICT dan ICTL.. Sekali lagi selamat hari guru khususnya kepada rakan guru email saya yang kini berjumlah lebih 300 orang dari seluruh negara. Kesudian berkongsi maklumat, idea, komen, bahan dan pendapat sangat-sangat saya hargai. Secara tidak langsung menambahkan semangat saya untuk berkongsi dengan kaedah berblogging ini... terima kasih daun keladi...

Rabu, April 04, 2012

Mesyuarat Penataran Diskriminasi MPK ICT

Saya baru selesai menghadiri Mesyuarat Penataran Diskriminasi MPK ICT yang bertempat di Kuala Lumpur International Hotel. Mesyuarat Lembaga Peperiksaan yang dihadiri oleh Ketua Pentaksir Kebangsaan, Negeri, Kawasan, Daerah dan beberapa orang guru ICT ini melibatkan 80 orang yang datangnya daripada zon tengah (Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan). Mesyuarat pada kali ini membincangkan perubahan penskoran pada kerja kursus ICT TIngkatan 4 yang wajib bermula pada tahun ini. Ini juga bermakna penggunaan borang baru. Bagi guru-guru ICT seluruh Malaysia, tuan-tuan dan puan-puan akan dipanggil tidak lama lagi bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai  perubahan ini. Kita juga bakal dibekalkan dengan buku baru MPKK. Pihak Lembaga  Peperiksaan juga akan memuat turun borang-borang berkaitan pada JUN tahun ini. Pastinya terasa lambat. Oleh itu saya akan berkongsi dengan anda sekarang di Ruangan Muat Turun Tingkatan 4  !!!


Rabu, Mac 21, 2012

Keputusan SPM 3765 2011

Tahniah kepada murid-murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam subjek ICT SPM 2011. Tahniah juga kepada para guru yang bertungkus lumus membimbing murid-murid. Tahniah juga kepada sekolah yang mengekalkan kelulusan 100% dalam subjek 3765. Namun begitu jika ada sasaran tidak mengena.. Jangan frust lama-lama... cari cara bangkit semula... Dan nampaknya ungkapan itu sesuai juga untuk saya kali ini......

Rabu, Februari 08, 2012

Adakah Murid Kini Masih Lagi DiSuap ?

Berdasarkan statistik permohonan bagi mendapatkan jawapan (Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik), hanya 8% permohonan daripada murid-murid ICT. Saya bertanya sendirian sama ada dengan teknologi dan dengan gaya pembelajaran dan pengajaran masa kini, masih memerlukan murid-murid di berikan segala-galanya oleh guru. Saya tidak mahu memberikan contoh yang lain kerana murid-murid saya sendiri kebanyakkannya masih memerlukan bantuan daripada guru dalam pembelajaran mereka. Ini termasuklah nota-nota dan soalan tambahan. Adalah amat malang bagi guru (termasuklah saya...) kerana dengan kurikulum baru dengan ketiadaan peperiksaan seperti upsr dan pmr yang mana murid-murid perlu membuat kerja kursus, projek dan sebagainya. Malang kerana jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera mulai sekarang, maka guru akan terbeban dengan segala macam kerja seperti mencari bahan, jawapan dan akhirnya boleh dikatakan kerja kursus itu sebenarnya dilakukan oleh guru !! Apakah faktor penyebab mengapa perkara ini berlaku ?? Saya cuba senaraikan dan jika ada bangkangan, tambahan dan sebagainya silalah komen...
1. Guru tidak percaya murid-murid dapat mencari bahan dengan betul..
2. Guru tidak mengajar murid-murid cara mencari bahan dengan betul.
3. Guru tidak tahu bagaimana mengajar murid-murid mencari bahan pembelajaran.
4. Murid-murid tidak digalakkan mencari bahan pembelajaran.
5. Guru dapat menjimatkan masa dengan terus memberi bahan-bahan pembelajaran.
6. Murid-murid tidak kemahiran menggunakan ICT.(persekitaran)
7. Murid-murid sukar untuk mencari bahan menggunakan ICT.
8. Murid-murid lemah dan memang perlu terus diberi bahan pembelajaran
9. Tiada sistem pemantauan yang berkesan oleh guru.
10.Guru terbeban dengan kerja lain yang lebih penting
11.Cara sekarang yang mudah dan berkesan
..
Bagaimana pendapat guru yang lain... Saya tidak tahu keadaannya di bandar-bandar kerana saya tidak pernah mengajar dibandar dan mungkin juga kerana saya tidak mahu mengajar di bandar...Maksud saya dari segi murid-murid dan persekitaran mereka... Atau juga sekolah mereka... Sikap murid-murid yang bersekolah lelaki sahaja dengan murid-murid yang bersekolah perempuan sahaja mempunyai kelainannya tersendiri.. begitu juga dengan murid-murid berasrama penuh dan bermacam jenis sekolah yang lain..

Jika kita lihat dari sudut-sudut tersebut yang pelbagai rencam...MAKA sebagai guru boleh kita katakan...
1. Tidak perlu memikirkan perkara tersebut kerana tidak kena mengena..
2. Membuang masa memikirkan masalah ini kerana masalah lain banyak yang kena difikirkan.
3. Ikut cara sendiri, sekarang pun tidak ada masalah...murid-murid berjaya juga...
4. Biar orang lain yang buat kajian...

****Sebab itu ramai pelajar apabila berada diinstitut pengajian tinggi, kolej dan sebagainya menghadapi masalah mencari bahan pembelajaran semasa awal pengajian kerana telah biasa diSUAP oleh guru.... 

Isnin, Februari 06, 2012

Salam Maulidur Rasul s.a.w

Salam Maulidur Rasul s.a.w buat semua pembaca blog ini. Berbanyakkanlah berselawat atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya Rasullullah s.a.w dengan sifat-sifat baginda yang paling sempurna sentiasa menjadi ikutan kita umat Islam.

Ahad, Disember 11, 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam kini boleh didapati di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Bermula mesyuarat guru nanti maka beramai-ramailah kita tanda tangan borang opsyen baru. Tetapi yang lebih dinantikan dah tentunya skim gaji baru..sabar...sabar...

Isnin, November 07, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog ini. Sesungguhnya kejayaan yang kita inginkan tidak mungkin tercapai tanpa usaha dan pengorbanan.

Selasa, Oktober 18, 2011

Mana Satu Perlu Perhatian Lebih ???

Soalan ini mula popular sekarang.. Oleh kerana tahun ini peperiksaan ICT bermula awal..Agak sukar untuk menggunakan semua soalan trial negeri sebagai latihan kepada murid-murid. Jadi, yang soalan negeri mana yang perlu diberi perhatian lebih ?? Saya tak mampu hendak menjawabnya di sini secara terbuka....tahu sahaja la ramai pembuat soalan ict dan akhirnya soalan-soalan itu semua Pihak Lembaga yang menentukannya. Namun begitu... melalui risik-risik.... antara soalan ict negeri yang popular adalah.......... (email pada saya.....saya un sedang risik-risik ni....tak berani di sini nanti ada negeri yang marah... nanti dikata pandai-pandai pula...lagi pun saya bukan orang kuat bab-bab membuat soalan ni....)

Ahad, September 04, 2011

Sekolah Dan Hari Raya

Sama ada suka atau tidak, esok sekolah bermula selepas seminggu bercuti. Memang terasa singkat cuti seminggu ini. Apa sekali pun kerja tetap kerja dan raya tetap raya. Habis bekerja, balik kemudian terus beraya. Sudah menjadi lumrah seperti tahun-tahun sebelumnya memang ada sahaja rumah terbuka. Terpulang sama ada hendak pergi atau tidak. Tak penat, pergi... Penat... tepuk dada tanya selera.. Selamat menyambung pergi beraya....

Selasa, Ogos 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Maaf zahir batin ikhlas daripada saya. Semoga hari raya ini membawa kebahagian kepada semua.

Rabu, Ogos 17, 2011

Selamat Menyambut Nuzul Al Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.

Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. Wallahualam.

Selasa, Ogos 16, 2011

Keperluan Atau Kehendak

Pada pendapat saya, teknologi android yang menjadi kegilaan masa kini memang menarik. Terleka apabila menggunakannya. Almaklum sahaja apabila meminjam orang lain punya memang menarik untuk dipegang. Terasa sangat ingin membelinya. Namun apabila memikirkannya buat kali kedua dan berbincang dengan rakan, perkara penting berikut mulai timbul. Adakah satu keperluan untuk saya memilikinya ? Penting sangatkah ? Perlukah seorang guru ict mempunyainya ? Takut pula dikata ketinggalan zaman... Kehendak diri memang mahu memilikinya.. Ramai pula yang provoke !!! Mengenangkan telefon teknologi nokia ditangan ini masih elok dan tidak mendatang masalah..... Hmmmm... nanti dulu lah...... Nak raya....

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"