Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Memaparkan catatan dengan label Muat Turun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muat Turun. Papar semua catatan

Isnin, November 16, 2015

Rancangan Pelajaran Tahunan 2016

Dapatkan rancangan pelajaran tahunan 2016 di ruangan tingkatan 4 dan 5. RPT 2016 versi bahasa melayu ini telah dikongsi oleh guru ICT Selangor. Tukarkan mana-mana yang perlu mengikut kesesuaian sekolah masing-masing.

Khamis, September 10, 2015

Soalan Subtopik SPM ICT 2007-2014

Mungkin ramai tidak menyedari bahawa soalan subtopik terbaru adalah disusun berdasarkan soalan SPM ICT sebenar dari tahun 2007 hingga 2014. Cikgu-cikgu boleh dapatkannya di ruangan muat turun-lain-lain

Soalan Percubaan ICT 2015

Pastinya banyak sekolah yang telah selesai membuat peperiksaan percubaan SPM 2015 apatah lagi bagi mata pelajaran ICT. Saya kongsikan soalan dan jawapan ICT sekolah saya. Seperti biasa boleh dapatkannya di ruangan muat turun tingkatan 5. Saya mengalu-alukan juga soalan sekolah cikgu untuk dikongsikan di blog ini.

Sabtu, Oktober 12, 2013

PBPPP

PBPPP adalah singkatan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Ia adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP  2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
 
PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan bagaimanapun tertakluk kepada garis panduan JPA.


Jika adalah mahu maklumat lanjut boleh mendapatkan bahan berkaitan . Sila klik SINI 

Rabu, September 25, 2013

Modul Soalan ICT Berdasarkan Subtopik Terbaru

Modul Soalan ICT terbaru berdasarkan subtopik kini telah siap dan sedia dimuat turun. Modul soalan ini adalah daripada soalan-soalan percubaan ict negeri-negeri 2012 dan soalan SPM 2007-12 .Bagi guru-guru ICT yang ingin menggunakannya sebagai latihan untuk murid-murid boleh la mendapatkannya diruangan turun bahagian lain-lain atau klik SINI.

Khamis, September 19, 2013

Soalan Percubaan ICT SPM Negeri-Negeri 2013

Seperti biasa setiap tahun saya kongsikan soalan-soalan percubaan ICT SPM negeri-negeri. Guru-guru dan murid-murid boleh mendapatkannya di ruangan Muat Turun--->Tingkatan 5. Terima kasih kepada guru-guru yang menghantar soalan. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat sebagai salah satu persediaan menghadapi peperiksaan sebenar.

Rabu, Ogos 21, 2013

Analisis Soalan ICT (2007-2012)

Bagi memudahkan guru-guru ICT tingkatan 5 dalam membuat jangkaan bentuk soalan atau tajuk yang akan keluar pada peperiksaan ICT SPM kelak, analisis soalan ini adalah sangat berguna. Analisis khusus untuk seksyen B dan C ini berdasarkan tahun 2007 hingga 2012. Analisis ini boleh didapati di ruangan Muat Turun---> Lain-Lain (nombor 16)

Isnin, Julai 15, 2013

Borang Baru PBS ICT 2013

Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS kini akan menggunakan borang baru selaras dengan perubahan pada markah-markah setiap kerja kursus yang perlu dibuat oleh murid. Maklumat ini diperoleh daripada Ketua Pentaksir Kebangsaan.
"Mulai  tahun 2013, PBS ICT (3765/2) akan menggunakan sistem pemarkahan yang baru dan satu system baru juga disediakan oleh Lembaga Peperiksaan , dimana berbeza dengan system yang lama, oleh yang demikian  Borang BSF (Betch Score Form ) TIDAK akan diguna lagi dan Digantikan dengan Borang SSF ( Score Sheet Form) , 
Dengan ini saya serta file SSF untuk tindakan guru guru ICT "
Guru-gur boleh mendapatkannya di ruangan kerja kursus atau terus ke 
http://rmmict.blogspot.com/p/kerja-kursus-ict.html

Ahad, Oktober 21, 2012

Analisis Soalan ICT SPM 2007-2011

Kali ini saya kongsikan pula analisis soalan-soalan ICT SPM 2007-2011. Guru-guru ICT boleh membukukan analisis soalan ini untuk murid-murid sebagai panduan bagi menghadapi SPM akan datang. Tinggal 3 minggu persekolahan dan rasanya masih sempat untuk guru-guru memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada murid masing-masing berdasarkan analisis soalan ini. Untuk pengetahuan semua analisis ini dibuat oleh Cikgu Shan (Guru Cemerlang ICT SMK Dato Ahmad Lenggong Perak) yang sering sahaja berkongsi ilmu kepada ramai guru-guru ICT. Terima kasih dan tahniah kepada beliau atas usaha ini..  Guru-guru boleh mendapatkan fail-fail tersebut diruangan muat turun--> lain- lain   ATAU klik SINI

Ahad, Januari 08, 2012

Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran TMK

Bahagian Pembangunan Kurikulum telah pun mengeluarkan Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran bagi subjek Teknologi Maklumat & Komunikasi. Guru-guru ICT boleh mendapatkannya di blog ini ataupun terus sahaja ke laman web rasmi BPK. Klik SINI untuk ke BPK.. atau klik SINI untuk pautan muat turun blog ini.

Khamis, Januari 05, 2012

Skema ICT SPM 2011

Kepada guru-guru yang ingin mendapatkan skema ICT SPM 2011, kini anda boleh mendapatkannya di ruangan muat turun tingkatan 5. Kepada guru-guru yang saya telah beri jawaban sebelum ini diharap dapat membuat sedikit pembetulan jawaban.

Jumaat, Disember 16, 2011

Soalan ICT Berdasarkan Subtopik 2011

Seperti tahun lepas, kali ini saya kongsikan pula soalan-soalan percubaan ict negeri-negeri 2011 dan soalan SPM 2007-11 yang disusun mengikut subtopik. Bagi guru-guru ICT yang ingin menggunakannya sebagai latihan untuk murid-murid pada tahun hadapan boleh la mendapatkannya diruangan download bahagian lain-lain. 

Rabu, September 21, 2011

Soalan Percubaan ICT Negeri-Negeri 2011

Sekarang saya dalam proses mengumpul soalan-soalan percubaan ICT negeri-negeri 2011. Apa lah kira ada guru ICT negeri-negeri lain dapat berkongsi agar dapat dimasukkan ke dalam blog ini.. Setakat ini baru ada soalan dari 5 negeri sumbangan guru-guru negeri tersebut..Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.

Rabu, Januari 12, 2011

ICT ke TMK

Tingkatan 4 pada tahun 2012 akan menggunakan bahasa Melayu dalam mata pelajaran ICT. Ini bermakna banyak terma ICT akan berubah ke bahasa Melayu . Muat turun terma-terma tersebut di ruangan muat turun.

Ahad, Januari 02, 2011

Soalan ICT Berdasarkan Subtopik

Entri tahun baru dimulakan dengan bahan P&P ICT. Saya rasa sangat sesuai untuk guru dan pelajar ICT. Soalan-soalan disusun mengikut subtopik berdasarkan learning area 1-6. Kesemua soalan adalah daripada soalan peperiksaan percubaan ICT negeri-negeri 2010 yang saya kumpul dan juga soalan-soalan SPM ICT 2007 hingga 2010. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Jika ada kesilapan sila maklumkan kepada saya. Terima Kasih..

Sabtu, Julai 17, 2010

Muat Turun Slaid PowerPoint LA 1-6









Kepada para guru ICT dan pelajar-pelajar ICT, saya kongsikan persembahan PowerPoint bagi setiap Bidang pembelajaran (Learning Area 1- 6) dan ianya dalam dwibahasa. Ianya boleh didapati di ruangan Muat Turun.

no 4

no5
.

Rabu, Jun 30, 2010

Permohonan Guru Cemerlang 2010

Permohonan guru cemerlang 2010 kini dibuka. Anda boleh layari laman web jemaah nazir di SINI atau muat turun borang permohanan pada blog ini di SINI. Tarikh tutup menghantar adalah paada 29 Julai 2010.

Ahad, September 27, 2009

Muat Turun Bahan-Bahan ICT


MUAT TURUN BAHAN-BAHAN ICT


*** Ruangan ini paling ramai dimasuki terutama para guru dari seluruh Malaysia. Apalah kiranya dapat memberikan komen, pendapat dan sebagainya supaya penambahbaikan dan perkongsian dapat dilakukan. Kepada guru-guru yang ingin berkongsi bahan, sumbangan amat-amat dialukan. Credit ke atas sumbangan anda akan dinyatakan. Terima kasih.













(***TERBARU SEPTEMBER   2016****)
SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI 2016
1. NEGERI SEMBILAN
2. NEGERI TERENGGANU
3. NEGERI KELANTAN
4. NEGERI PAHANG

SOALAN DAN SKEMA SPM ICT 2015

Sila ke pautan pilihan anda

5. ICTL

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"