Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Memaparkan catatan dengan label Teori. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teori. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 22, 2010

Prinsip-Prinsip Teori Connectivism


PRINSIP-PRINSIP

1.Kepelbagaian pendapat : pembelajaran dan pengetahuan mempunyai kepelbagaian pendapat dan pandangan individu.

2.Proses hubungan dalam rangkaian pada nod yang khusus : pembelajaran dijalankan secara proses menghubungkan sumber-sumber maklumat dalam nod-nod yang khusus.

3.Pembelajaran boleh berlaku di luar diri manusia

4.Kapasiti atau kebolehan untuk lebih mengetahui adalah lebih penting berbanding apa yang telah diketahui sekarang.

5.Keperluan memlihara hubungan rangkaian pembelajaran penting supaya pembelajaran berlaku secara berterusan.

6.Kemampuan untuk melihat hubungan antara pelbagai bidang, idea dan konsep merupakan perkara yang utama.

7.Pengetahuan terkini merupakan satu kegiatan dalam pembelajaran connectivism

8.Membuat keputusan merupakan proses pembelajaran.

9.Kebolehan dalam memilih apa yang dipelajari sangat penting dalam menghadapi kepadatan maklumat.

10.Perubahan maklumat yang cepat akan mempengaruhi sesuatu keputusan.

Khamis, Ogos 05, 2010

Teori Pembelajaran Connectivism


Menurut pembangun teori connectivism George Siemens and Stephen Downes, teori pembelajaran connectivism adalah teori pembelajaran bagi era digital masa kini. Idea membangunkan teori ini adalah berdasarkan analisis mereka terhadap keterbatasan teori behaviorisme, konstruktivisme dan kognitism untuk menjelaskan pengaruh teknologi tentang bagaimana kita hidup, bagaimana kita berkomunikasi, dan bagaimana kita belajar. Donald G. Perrin, Eksekutif Editor International Journal of Instructional Technology and Distance Learning mengatakan teori connectivism "menggabungkan elemen-elemen yang relevan dari kebanyakan teori pembelajaran, struktur sosial, dan teknologi untuk mencipta sebuah pembinaan teori yang kuat untuk belajar di era digital ini."

Aspek
Salah satu aspek dari connectivism adalah penggunaan jaringan dengan node dan sambungan sebagai metafora pusat untuk belajar. Dalam metafora ini,  node adalah sesuatu yang boleh disambungkan kepada node lain: maklumat, data, perasaan, gambar. Belajar adalah proses pembuatan Sambungan dan mengembangkan rangkaian. Tidak semua sambungan kekuatan sama dalam metafora ini, bahkan banyak sambungan mungkin sangat lemah. 



Sumber : wikipedia
Pautan berkaitan : Slideshare

Rumusan dalam bahasa mudah
-Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan teori pembelajaran connectivism menuntut pelajar belajar dengan menggunakan kaedah-kaedah atas talian (online) yang banyak terdapat pada masa kini.  Ianya tidak terbatas belajar di dalam kelas sahaja tetapi dalam masa yang sama turut mempunyai jalinan-jalinan komunikasi ,  punca-punca atau tempat bagi mendapatkan maklumat tambahan berdasarkan apa yang sedang mereka belajar.

Khamis, Julai 29, 2010

Bagaimana Menggunakan Teori Connectivsm
















Guru-guru serta pelajar berupaya memanfaatkan teori pembelajaran baru ini dengan kebolehan dihubungkan dalam rangkaian bagi capaian maklumat baru. Guru dan pelajar boleh mengakses maklumat terbaru yang tersedia dalam internet. Kandungan maklumat yang terlalu padat memerlukan guru menjadi pembimbing kepada pelajar untuk mengasingkan maklumat yang boleh dipercayai atau sebaliknya. 

Pentingnya  mengapa pelajar perlu dihubungkan dalam rangkaian adalah kerana:



1. Keupayaan untuk mengetaui adalah lebih penting daripada apa sebeanarnya yang diketahui. Keupayaan membezakan maklumat yang diterima adalah penting. Ini kerana maklumat yang baru boleh mengubah asas-asas untuk penyelidikan akan datang.


2. Keupayaan boleh mengakses rangkaian adalah lebih penting daripada kandungan yang ada dalam rangkaian

3. Pengetahuan yang dihasilkan ibarat satu putaran. Pelajar boleh belajar dan berhubung dengan maklumat yang diperolehi dalam talian dan dapat menjana ilmu baru juga boleh dikongsi dengan pelajar yang lain dalam rangkaian.




4. Aliran maklumat berlaku terlalu pantas dalam era digital dan sentiasa berubah.

5. Pembelajaran boleh ditingkatkan jika dihubung dalam rangkaian

Maka peranan guru dalam mengaplikasikan teori pembelajaran ini dengan cara

a. Membenarkan pelajar-pelajar memanfaatkan kemudahan internet yang disediakan di sekolah mahupun di rumah.
b. Mengajar pelajar menilai kandungan yang ada dalam web
c. Memberi bimbingan kepada pelajar untuk muat naik atau muat turun maklumat bagi perkogsian ilmu dalam rangkaian.
d. Memberi keyakinan kepada pelajar untuk berada dalam rangkaian bagi perkongsian maklumat. Secara permulaan hubungkan mereka dalam rangkaian bagi kelas yang berbeza.

 Manfaat yang boleh diperolehi dengan aplikasi teori connectivism antara guru dengan guru yang lain ialah dengan cara perkongsian ilmu. Contoh dalam penyediaan bahan pembelajaran dan kertas ujian. Dengan kemudahan yang ada dalam aplikasi atas talian guru-guru boleh berkongsi bahan pengajaran dan berbincang menggunakan aplikasi atas talian tanpa perlu berjumpa yang memerlukan masa yang panjang. Contoh dalam kemudahan yang disediakan dalam ‘google doc’ guru-guru boleh bermesyuarat atas talian dalam pembinaan kertas ujian atau penyediaan bahan pembelajaran. Maka bahan yang dihasilkan bukan sahaja untuk keperluan individu malah boleh dikongsi dengan sebarapa banyak rakan-rakan guru yang lain.

Teori ini juga menyokong perkongsian maklumat di mana setiap pengguna akan mendapat maklumat dari serata dunia melalui kaedah forum dalam talian, e-mail, video konferens dan 'chatting' atas talian. Dengan ini pelajar dapat berhubung dengan guru serta rakan pelajar yang lain dari serata dunia untuk berkongsi maklumat secara kolaboratif. Pengetahuan juga dapat disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat mengakses maklumat dari mana-mana laman web yang dikehendaki secara serentak. Ia berbeza dengan kaedah tradisional yang mana pelajar terpaksa menunggu masa dan giliran untuk meminjam buku untuk mendapatkan maklumat atau menunggu hari persekolahan untuk menerima maklumat dari guru atau rakan pelajar.

Wujudnya teori ini juga dapat mengubah cara pembelajaran dalam bilik darjah. Guru sebagai pencetus idea dan fasilitator. Pelajar akan berusha mencari maklumat dan menggabungkan dengan rakan-rakan lain.  Perbincangan tidak terhad di dalam bilik darjah. Perbincangan pelajaran boleh berpanjangan tidak terhad jika kemudahan rangkaian disediakan. Pembelajaran juga tidak secara individu tetapi dalam satu rangkaian. Perkongsian idea dan maklumat akan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

Elemen Teori Connectivism









ELEMEN ASAS DALAM CONNECTIVISME

Hubungan rangkaian : capaian maklumat lebih penting daripada maklumat itu sendiri :

1. Pembelajaran berada dalam alat : contohnya kandungan maklumat yang berada dalam cekera keras atau cakera rangkaian dan perlu dicapai oleh individu

2. Pembelajaran ialah proses dimana perkongsian pelbagai pendapat dan dihubungkan melalui teknologi rangkaian.

3. Maklumat sentiasa berubah. Maklumat baru digeneralisasikan secara berterusan. Maka rangkaian adalah penting untuk berhubung dengan maklumat terbaru.

4. Terdapat pelbagai jenis rangkian (nod) yang berbeza, setiap rangkaian mempunyai kekuatan capaian yang berbeza.

5. Mempunyai keupayaan untuk mengetahui adalah lebih penting daripada apa yang perlu diketahui

6. Sesuatu jawapan mungkin betul untuk hari ini, maklumat sentiasa berubah dan mungkin jawapan akan menjadi salah untuk masa akan datang.

Teori Connectivism

--> -->













Sistem pendidikan telah mengalami perubahan ekoran daripada perubahan taraf sosial masyarakat daripada era agrarian hinggalah ke era industri dan kini memasuki era teknologi maklumat. Dalam bidang pendidikan sistem ini dikatakan mengalami anjakan daripada teori behaviorisme, kognitisme ke konstruktivisme  dan seterusnya kini connectivisme yang semakin berkembang.
-->TEORI CONNECTIVISME merupakan  alternatif teori pembelajaran pada abad digital. Connectivisme adalah integrasi prinsip yang diekplorasi melalui teori chaos, network, dan teori kompleksiti dan organisasi diri. Belajar adalah proses yang terjadi dalam lingkungan yang tidak nampak kepada  peningkatan elemen-elemen. Kandungan pelajaran tidak seluruhnya dikawal oleh individu.
-->MENGAPA PERLU TEORI PEMBELAJARAN BARU 
George Siemens telah membangunkan teori pembelajaran Connectivisme kerana percaya bahawa teori-teori pembelajaran sebelumnya seperti Behaviourism, Cognitivism dan Constructivism tidak memenuhi sifat pengajian dalam zaman digital kini. Teori pembelajaran dahulu dibangunkan semasa “ pekembangan maklumat secara perlahan” ia amat berbeza era digital kini dimana maklumat perkembang dengan pantas seperti bendalir.  
Connectivism telah timbul sebagai satu teori pembelajaran baru bertujuan mensasarkan bagaimana pembelajaran berlaku dalam era digital kini. Teknologi telah merubah kehidupan komunikasi dan pembelajaran. Jadi dengan perubahan ini pembelajaran secara tradisional juga perlu berubah mengikut format digital seiring dengan perubahan teknologi.
APA ITU CONNECTIVISME 
Menurut George Siemens (2004) connectivisme merupakan teori pembelajaran yang digunakan untuk era digital kini. Dalam teori ini menjelaskan pembelajaran ialah proses yang berlaku berdasarkan kepelbagaian pemindahan unsur-unsur secara berterusan. Titik permulaan pembelajaran bermula dengan individu menyalurkan maklumat ke dalam rangkaian dan idividu lain menerimanya dan menyalurkan semula ke dalam rangkaian. Ia akan menjadi satu kitaran dalam rangkaian. 
Oleh sebab itu terdapat terlalu banyak maklumat yang berada dalam rangkaian dan maklumat berubah dengan pesat. Maka penting bagi individu untuk menentukan sama ada maklumat itu sesuai dan bernilai untuk pengguna atau sebaliknya. Bukan sahaja individu perlu menapis kandungan maklumat, mereka juga perlu percaya bahawa maklumat baru boleh berubah dengan pantas dan maklumat baru boleh mengubah pemikiran menjadikan keputusan masa hadapan didasarkan maklumat terkini.

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"