Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!
Google kini menawarkan aplikasi terkininya Google Drive. Apa itu Google Drive ? Google Drive adalah perkhidmatan storan awan (cloud) yang membolehkan anda menyimpan dokumen , foto dan sebagainya. Menggunakan google drive membolehkan fail pada pc atau laptop anda
terus boleh di synchronize dan disimpan terus dalam google drive. Maknanya anda boleh mencapai fail-fail anda di mana sahaja walaupun anda tidak laptop. Apa yang perlu dilakukan anda anda hanya perlu memilih fail atau apa sahaja yang ingin di synchronize dengan google drive kerana google drive menawarkan secara percuma storan sehingga 5GB. APA yang ANDA perlu TAHU bagi yang BELUM TAHU , google drive terbina dalam GOOGLE DOC. Jika anda membuka gmail anda, pada Bar atas (lihat gambar bawah) biasa terdapat DOCUMENT namun setelah anda menggunakan Google drive, perkataan Document bertukar kepada Drive..
Melihat
perkara ini ia seperti picasa, synch foto pada pc terus ke web album
picasa web. Pastinya ramai mengatakan sebelum ini google sudah sedia ada storan seperti google apps , google doc dan sebagainya. Maka apa istimewanya google drive ? Mari kita lihat..
1. Download Google Drive ( boleh download di SINI )
2. Setelah anda download dah buat cara instalasi seperti biasa, paparan berikut terpapar
3. Paparan berikut akan terpapar dan klik next
4. Paparan seterusnya akan di paparkan. Bagi makluman, satu folder akan dibina pada desktop anda, anda sebelum itu boleh membuat pilihan di mana anda ingin folder drive ini di simpan sama ada pada C: document atau mana-mana tempat seperti di drive D: dan sebagainya.
Anda kini boleh synchronize fail anda dengan menekan butang start sync.
5. Tapi Bagaimana ? Di mana pergi nya fail atau bermacam-macam lagi. BAIK, katakan anda tutup paparan di atas.
Pertama pergi pada desktop anda dan anda akan lihat satu folder dengan nama Google Drive seperti gambar di bawah...
6. Buka folder google drive seperti gambar di bawah... DAN lihat fail word bernama Selangor
7. Anda cuma perlu drag and drop atau copy and paste fail tersebut ke dalam folder drive. Bagi kes ini saya copy and paste
8. Buka email anda semula dan klik Drive pada bar anda. Di ulang, perkataan yang tertera sebelum ini adalah Document. Pada gambar di bawah menunjukkan fail yang telah di synchronize tadi..
Google telah melancarkan rangkaian sosial terbaru mereka iaitu google+. Setelah google wave sebelum ini yang pada pendapat saya tak berapa popular , rangkaian sosial peringkat trial yang terbaru ini menawarkan kemudahan-kemudahan yang seakan sama dengan rankaian sosial yang lain. Antaranya kumpulan kolaborasi yang dikenali sebagai circles , chatting secara video (hangouts) dan perkongsian bahan yang ingin dikongsi bersama rakan (sparks).. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah huddle , backing up data, privacy dan mobile. Maklumat lanjut anda boleh baca di SINI. Untuk join google+ anda cuma perlu taip join google+ dan apabila anda telah join, maka google akan menghantar satu email pengesahan bagi meneruskan penggunaan google+ ini.. Selamat berkolaborasi...
Ia adalah laptop, tetapi bukan laptop dalam erti kata sebenarnya. Apa yang ada di dalamnya adalah web sepenuhnya. Buka sahaja chromebook ini kita akan terus ke web. Semua kerja seperti aplikasi kerja, simpan kerja dan segalanya adalah melalui web. Lebih tepat mengamalkan cloud computing . Web browser nya sudah tentu google chrome. Dilancarkan pada 15 Jun yang lalu. Hanya dua jenama bagi chromebook setakat ini iaitu Samsung dan Acer. Diwar-warkan hanya perlu 8 saat untuk chromebook ini boot dan terus dibawa ke web bergantung juga kepada capaian internet di sesuatu tempat. Belum lagi dijual di Malaysia kerana baru mula dijual di US dan beberapa negara eropah. Anda boleh membacanya di .. http://googleblog.blogspot.com/2011/05/new-kind-of-computer-chromebook.html http://www.google.com/chromebook/#chromebooks http://www.itpro.co.uk/634234/chromebook-available-for-pre-order
Adakah berbaloi membelinya apabila ia tiba kelak ? Di Malaysia, amalan cloud computing belum boleh dikatakan berjaya dalam ertikata sebenarnya. Semua perkara yang kita biasa buat kini di dalam PC atau Laptop berada di alam maya. Capaian internet di negara kita perlu benar-benar meluas baru penggunaan maksimum menggunakan chromebook ini boleh dicapai. Jika negeri maju seperti Selangor yang mana masih terdapat beberapa tempat, broadbandnya sukar didapati, apatahlagi negeri-negeri yang mempunyai kawasan pendalaman yang benar-benar dalam. Kita tunggu sahaja kemunculanya di negara kita.. Jika apa yang saya baca, harganya dalam lingkungan 349 - 399 pound atau lebih kurang Rm 1678 - 1918 .. Murah...???? Jom beli...
Google menawarkan pelbagai aplikasi atau servis yang berguna untuk anda. Apa yang penting adalah kebanyakannya adalah percuma. Google Things to do adalah sebuah laman yang dibina oleh Google UK untuk menerangkan pelbagai kegunaan Google. Jika anda rajin meneroka, terdapat banyak tips dan pekara menarik yang boleh anda lakukan dan gunakanya selalu. Cuba dan pelajari ...
Rupa-rupanya ramai tidak tahu bahawa tidak perlu membuka blog yang kita minati untuk membaca entri-entri baru blog tersebut. Cukuplah dengan follow blog-blog yang anda suka dan membacanya di google reader. Ikuti langkah berikut.. Pastikan anda telah ada akaun Gmail dan follow beberapa blog yang anda suka.
1. Buka Gmail anda
2. Klik pada reader seperti di bawah.
3. Apabila paparan google reader telah terbuka. Perhatikan pula kepada All Items atau pun blogs i'm following .All Items atau pun blogs i'm followingini adalah blog-blog yang telah anda ikuti (follow). Cuma klik dan semua update terbaru blog-blog yang anda follow akan terpapar.Jadi tak perlulah buka semua blog yang anda follow ok !!
Klik SINI untuk memuat turun Picasa 3.8,. Dengan adanya perisian daripada google ini akan memudahkan banyak kerja lebih-lebih lagi jika kita menggunakan pelbagai aplikasi internet. Antara kemudahan yang ditawarkan jika anda memasang (install) di pc anda adalah:
i. Semua folder gambar yang ada di komputer anda tidak kira disimpan di mana akan di paparkan dalam perisian Picasa ini.
ii. Muat Naik Gambar ke dalam Picasa Web Album. Jika anda telah mempunyai Picasa Web Album, maka perisian ini akan memudahkan anda memuat naik satu folder gambar dengan cepat dari PC ke Web. Cuma pilih folder dan perisian ini akan synchronise ke web album anda. walaubagaimanapun anda perlu pastkan telah sign in email google anda.
iii. Pilih gambar dan emailkan gambar.
iv. Cetak, hantar entri / post blog , editing video
Picasa juga memudahkan untuk mecetak gambar pilihan anda, mengeksport folder gambar ke mana anda mahukan, membina entri / posting baru ke blog anda dan juga membina video. Selain itu terdapat beberapa lagi aplikasi yang boleh anda buat menggunakan perisian picasa ini.
p/s: walaupun ia merupakan promosi free untuk google, namun saya pasti perisian ini sangat berguna untuk anda kerana ia terbukti memudahkan kerja saya !!!
Mesyuarat guru bagi membincangkan perkhemahan Kokurikulum 2010 maju setapak lagi. Oleh kerana banyaknya pertanyaan tentang di mana tempat perkhemahan diadakan, maka pada mesyuarat pada tahun ini, guru-guru dipaparkan dengan paparan Google Maps. Nampaknya tiada lagi komplen kedengaran dari guru, semua jelas dan mudah. InsyaAllah pada pos akan datang kita akan membincangkan bagaimana google maps berperanan dalam membantu kita apatahlagi bagi mereka yang tidak ada GPS.
Bagi ruangan 'follower' blog , butang asasnya tertera perkataan 'follow' atau 'ikut'. Ikuti langkah berikut bagi menukar perkataan asasnya kepada perkataan yang anda ingini. Langkah berikut akan turut menukar butang tersebut kepada warna biru. Anda perlu ke admin page setting untuk menukarnya.
1.Klik dan login akaun anda ke http://www.google.com/friendconnect
2.Pada sidebar sebelah kiri halaman klik pada nama blog anda dan kemudian klik pula overview
3. Setelah klik overview , Lihat urlnya di atas seperti contoh berikut
4. Gantikan perkataan overview kepada settings , dan terus sahaja enter.
5. Pada halaman berikutnya klik pada advanced
6. Isi pada ruangan berikut dengan perkataan anda sendiri dan save settings
7. Warna biru pada butang follower akan terjadi dengan sendirinya..
Penggunaan google doc sememangnya merupakan satu cara yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan p&p mereka. Minggu lepas satu mencuba aplikasi ini ke atas murid-murid saya. Apa yang dapat di perhatikan menggunakan aplikasi yang membolehkan mereka bersembang atau chatting dengan rakan lain menjadi daya penarik mereka yang utama. Menjadi tugas guru memikirkan bagaimana penggunaan aplikasi google doc ini boleh memberi kelainan dan strategi baru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Baru-baru ini google melancarkan pula google buzz. Jika dilihat pada gmail kita telah sedia ada google buzz ini. Google buzz menurut kata google memberi kemudahan kepada penggunanya untuk segala macam perkara yang telah biasa kita lakukan seperti mesej, gambar, chatting dan sebagainya. Nampaknya aplikasi ini seperti agak biasa kepada kita. Jelasnya kelihatan seperti twitter bagi menghantar pesanan ringkas. Dilihat padanya, yahoo telah ada kemudahan ini iaitu yahoo buzz.. Tiru kot... Google wave pun belum habis belajar lagi atau kita gunakan sepenuhnya dah keluar pula yang baru. Kita sekarang mempunyai banyak pilihan dan terpulang kepada kita yang mana hendak digunakan. Pendapat saya maksimumkan penggunaan bagi dua atau tiga sudah mencukupi, jika semuanya hendak guna maka sudah tentu berterabur jadinya.
Saya sebelum ini ada mengirim pos tentang google doc dalam pendidikan. Ingin saya jelaskan lagi, terdapat 5 elemen utama dalam google doc iaitu document, presentation, spreadsheet, form dan folder. Document, presentation dan spreadsheet adalah seperti perisian office yang biasa jika kita membuat kerja padanya. Sudah tentu juga kita boleh menaik turun fail-fail sedia ada dalam bentuk word,powerpoint dan excell. Bagi google form, anda boleh mencipta borang samada borang soal selidik, borang pesanan atau sebagainya mengikut kehendak anda. Bagi keempat-empat document, presentation ,spreadsheet dan form, anda boleh menerbitkan kerja anda bagi capaian sesiapa yang anda inginkan, malah ia kemudahan 'embedded' juga disediakan. Bagi google folder sama seperti yang anda fikirkan iaitu menyimpan kerja-kerja berkaitan dalam folder yang diberi nama khusus oleh anda. Cuma gunakan 'cursor' anda untuk memasukkan fail-fail sedia ada ke dalam folder. Setiap langkah bagaimana menggunakan semua elemen google doc ini ada ditunjukkan dengan jelas oleh google.
Salah satu gajet tambahan dalam google wave adalah video chat. Video chat ini menggunakan 6rounds.. Seperti yang dilihat pada gambar terdapat 5 bahagian iaitu gifts, effect, activities , games dan skins.. Gifts membolehkan anda memberikan pemberian seperti kucupan dan sebagainya. Effect contohnya seperti paparan wajah yang bergoyang-goyang atau menghantar bom. Games membolehkan anda bermain bersama seperti permainan chess. Skins adalah paparan luar yang mengikut mood anda ketika itu. Apa yang menarik adalah pada bahagian aktivities. Anda boleh membuka youtube, facebook dan beberapa lagi bagi paparan bersama. Jangan bimbang, sekiranya anda tiada akaun wave, anda masih boleh menggunakan 6rounds ini dengan membuka akaun anda sendiri. Klik pada pautan di SINI.. Selamat mencuba..
Saya telah terangkan sebelum ini apakah itu google wave. Saya juga telah mempunyai akaun google wave dan telah mencubanya bagi peringkat percubaan. Menggunakannya memerlukan saya untuk mencuba gajet-gajet yang sedia ada dan gajet-gajat tambahan yang ditawarkan. Dalam mencubanya saya membandingkannya dengan SKYPE. Google wave pada saya mempunyai paparan menarik dan sama seperti Skype membenarkan penggunanya berinteraksi secara chatting, bercakap secara video jika mahu. Untuk lebih mudah saya cuba untuk menunjukkan perbezaan dari segi fungsi dalam bentuk jadual.. namun begitu..perbezaan ini merupakan pandangan awal saya sahaja. sila klik pada teruskan membaca di bawah..
Kini saya telah mempunyai akaun google wave !! Bagi yang baru mengenalinya boleh membaca pos saya yang terdahulu tentang google wave atau terus ke SINI. Saya kini dalam proses mengeksplorasi google wave ini. Kepada sesiap yang berminat, anda perlu mendaftar dengan google. Dalam beberapa harii google akan memberikan akaun google wave anda... Jika sesiapa yang telah mempunyai akaun google wave ini, sila-sila lah berkongsi pengalaman anda menggunakannya.
Google Wave adalah sebuah aplikasi untuk komunikasi 'real time' dan kolaborasi. Gelombang(wave) boleh menjadi sebuah perbualan atau dokumen di mana orang boleh berbincang dan bekerja bersama dengan menggunakan teks, foto, video, peta, dan banyak lagi.
Apa itu gelombang(wave)?.... klik teruskan membaca..
Kali ini tentang memasukkan (embed code) fail google doc ke dalam blogspot.
Lihat gambar di bawah. Ia di'embed' dari google doc dan saya masukkan ke dalam blog ini. Anda boleh melihatnya dalam ruangan kategori 'MTK 6063"..
Dalam tutorial ini menerangkan bagaimana cara berkolaborasi bersama rakan/pelajar menggunakan google doc..
Langkah 1
****PENTING***
Anda perlu memastikan semua rakan/pelajar yang telah anda hantarkan fail sebelum ini bersedia di hadapan komputer masing-masing dan membuka fail yang sama pada waktu yang sama..Tidak kira di mana sahaja anda berada asalkan ada talian internet...
(sppangsess@gmail.com) Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini. Blog ini memberikan pelbagai maklumat dan dapatan berkaitan komputer , internet dan aplikasi dan juga sesuai untuk semua peringkat golongan. Ia juga sangat sesuai bagi guru, pelajar ICT dan ICTL bagi tujuan memuat turun bahan-bahan pembelajaran. Semoga perkongsian maklumat ini dapat memberi manfaat kepada semua yang mengunjunginya. BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN GOOGLE CHROME DAN MOZILLA FIREFOX
NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING
NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING
NATIONAL EDUCATION BLOGGING
RAKAN BLOGGER
MUAT TURUN SLAID PdP TMK TING.5
Muat Turun Slaid PdP Tingkatan 4
Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2015
Module By Subtopic
Pautan Web/Blog Guru ICT Malaysia (Terkini OKTOBER 2016 : SMK TEMERLOH PAHANG)