Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan

Selasa, April 19, 2016

Refresh Refresh Refresh

Sekarang dah bermula minggu-minggu mengulangkaji.. Harapnya  murid-murid tingkatan 5 ni masih ingat apa yang mereka belajar masa tingkatan 4 dulu..

Jumaat, Mei 09, 2014

Ithink

Ithink adalah kerja kursus dalam talian , satu lagi projek aplikasi KPM untuk guru-guru seluruh Malaysia namun secara berperingkat. Menerapkan 8 peta pemikiran yang perlu difahami oleh guru bagi menerapkannya dalam PdP di sekolah. Amat baik bagi murid-murid memahami topik yang dipelajari menggunakan mana-mana peta pemikiran ini.

Isnin, Januari 20, 2014

Kajian Tindakan

Apakah itu kajian tindakan ? Oleh kerana pada tahun ini pengetua sekolah saya mahu setiap guru sekurang-kurangnya perlu satu kajian tindakan, maka perlu difahami apakah itu kajian tindakan dan bagaimana melakukannya. Manual kajian tindakan ini merupakan manual Kementerian Pelajaran. Klik SINI untuk terus memuat turun atau boleh ke bahagian muat turun --> Lain-lain

Sabtu, Januari 11, 2014

Latihan Atas Talian

Kini murid-murid boleh  membuat latihan atas talian di blog ini. Seperti imej yang tertera latihan adalah dari soalan-soalan SPM sebenar 2007-2009. bagi seksyen A.  Markah akan diberi selepas selesai semua soalan dijawab. Setinggi penghargaaan kepada guru dari SMK Clifford Pahang dengan nama email amruomar@gmail.com. Terima kasih atas sumbangan berharga ini.

Isnin, Disember 09, 2013

SPM ICT 2013

SPM telah berlalu.. Bagaimana pendapat cikgu tentang soalan ICT pada tahun ini? Jika murid keluar awal maksudnya apa ye.. boleh jawab ke tak boleh jawab agaknya.. Jika dibanding dengan soalan tahun lepas bagaimana ? Lebih sukar ?.. Hmmm.. jika ada antara guru yang belum melihat soalannya bolehlah mendapatkannya di ruangan muat turun - ict tingkatan 5 dengan terus sahaja klik ke SINI

Sabtu, Oktober 12, 2013

PBPPP

PBPPP adalah singkatan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Ia adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP  2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
 
PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan bagaimanapun tertakluk kepada garis panduan JPA.


Jika adalah mahu maklumat lanjut boleh mendapatkan bahan berkaitan . Sila klik SINI 

Rabu, September 25, 2013

Modul Soalan ICT Berdasarkan Subtopik Terbaru

Modul Soalan ICT terbaru berdasarkan subtopik kini telah siap dan sedia dimuat turun. Modul soalan ini adalah daripada soalan-soalan percubaan ict negeri-negeri 2012 dan soalan SPM 2007-12 .Bagi guru-guru ICT yang ingin menggunakannya sebagai latihan untuk murid-murid boleh la mendapatkannya diruangan turun bahagian lain-lain atau klik SINI.

Khamis, September 19, 2013

Soalan Percubaan ICT SPM Negeri-Negeri 2013

Seperti biasa setiap tahun saya kongsikan soalan-soalan percubaan ICT SPM negeri-negeri. Guru-guru dan murid-murid boleh mendapatkannya di ruangan Muat Turun--->Tingkatan 5. Terima kasih kepada guru-guru yang menghantar soalan. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat sebagai salah satu persediaan menghadapi peperiksaan sebenar.

Rabu, September 11, 2013

Pengumpulan soalan percubaan ICT 2013...

Proses mengumpul soalan2 percubaan ICT 2013 kini bermula. Saya amat mengalu-alukan sumbangan guru-guru ICT seluruh negara agar dapat dikongsikan di blog ini. Soalan boleh dihantar ke email saya sppangsess@gmail.com . Harapan semua agar perkongsian ini dapat digunakan sebaiknya bagi kecemerlangan anak murid kita. Sebaik2nya dihantar selepas peperiksaan selesai dijalankan.. Sumbangan guru-guru saya dahului ucapan terima kasih..

Rabu, Ogos 21, 2013

Analisis Soalan ICT (2007-2012)

Bagi memudahkan guru-guru ICT tingkatan 5 dalam membuat jangkaan bentuk soalan atau tajuk yang akan keluar pada peperiksaan ICT SPM kelak, analisis soalan ini adalah sangat berguna. Analisis khusus untuk seksyen B dan C ini berdasarkan tahun 2007 hingga 2012. Analisis ini boleh didapati di ruangan Muat Turun---> Lain-Lain (nombor 16)

Rabu, Julai 31, 2013

Maklumat Tentang Subjek PAV

Subjek Pendidikan Asas Vokasional kini berada dalam tahap projek rintisnya di sekolah-sekolah terpilih. Mengikut maklumat tidak rasmi, semua sekolah akan mempunyai subjek PAV ini bermula pada tahun 2016. JIka ada yang masih tidak mengetahui berkenaan PAV ini boleh lah membacanya di SINI. Maka itu pada tahun 2015 adalah tahun terakhir program ICTL. Jika ada maklumat lanjut mengenai subjek PAV dialukan berkongsinya di blog ini. Sambil-sambil itu saya kongsikan ulangkaji soalan ICTL di ruangan muat turun ICTL..

Khamis, Mei 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru kepada semua warga guru di mana jua anda berada. Semoga terus berusaha mempertingkatkan diri dan menjadi insan yang benar-benar menjadi guru.

Khamis, April 11, 2013

Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT v2

Aplikasi Pendokumentasi PBS ICT kini berversi baru. Bagi guru-guru yang telah mendapatkan versi terdahulu tidak lagi perlu memohon yang baru kerana saya akan menghantar terus melalui email. Untuk guru-guru ICT yang belum mendapatkan aplikasi GC ICT SMK Dato Ahmad Lenggong ini, anda boleh mendapatkannya di SINI. **** Bagi pengguna ICTIS2012, yang masih ingin meneruskan versi ini  terdapat ralat yang telah dikenalpasti..



Ada dua ruang untuk masuk markah:
 
1. ISF and BSF -> Pilih Tahun SPM -> Double click pada mana-mana Aspect ID (yang ini TIADA ralat)
 
2. ISF and BSF -> Pilih Tahun SPM -> Batch Score Board -> ISF (yang ini ADA ralat dan telah dibetulkan)
 
Kepada yang dah masuk markah sekerat jalan di dalam ICTIS2012 tak perlu key in semula semua markah yang telah dimasukkan.
 
Anda boleh guna Utiliti Import yang disediakan untuk Import dari ICTIS2012 yang telah digunakan.
 

Selasa, Februari 05, 2013

Sistem Rancangan Mengajar ICT

Salam hormat kepada semua. Kali saya kongsikan satu sistem yang dikongsi oleh Cikgu Lee Chee Kean dan rakan-rakan beliau dari SMK Malugu Sri Aman Sarawak. Terima kasih kepada beliau yang sudi berkongsi aplikasi ini. Bagi mereka yang tidak gemar menulis di buku rancangan menhgajar maka ia sangat sesuai digunakan. Terima kasih sekali lagi kepada Cikgu Lee Chee Kean di atas perkongsian ini , semoga lebih banyak perkongsian dapat dilakukan di blog ini daripada guru-guru ICT yang lain. Sila klik di SINI untuk mendapatkannya.

*** REQUIREMENT: 1. MS OFFICE 2007 OR ABOVE
                                     2. PROGRAM "SAVE AS PDF" (UNTUK AKTIFKAN BUTANG SAVE)
***kepada guru-guru yang telah mengisi maklumat bagi mendapatkan aplikasi pentaksiran ICT (sehingga 5/2/2013) tidak perlu mengisi maklumat berikut kerana saya akan menghantarnya melalui email yang telah diberikan.

Isnin, Januari 07, 2013

Aplikasi Pendokumentasi PBS ICT

Aplikasi ini dikongsi bagi tujuan memudahkan guru-guru ICT melakukan pendokumentasi semua borang-borang berkaitan dengan pentaksiran. ICT. Ianya sangat sesuai bermula dengan tingkatan 4. Ia telah diubahsuai menggunakan borang-borang pentaksiran baru. Aplikasi ini dijana menggunakan perisian Ms Access. Aplikasi ini dikongsikan secara percuma oleh rakan saya GC SMK Dato Ahmad Lenggong Cikgu Shan. Terima kasih atas perkongsian beliau. Bagi mendapatkannya anda diminta untuk mengisi maklumat ringkas berikut di SINI. Aplikasi akan dihantar melalui email.

format tarikh perlu di set dd/MM/yy dalam Start -> Control Panel -> Regional & Language Option -> Customize Regional Options -> Date
Di dalam sistem baru 3 kali peluang sahaja untuk setiap kerja bagi setiap murid (tak perlu rekod jika markah baru rendah daripada markah lama)
kali ke-2 (tolak 1 markah)
kali ke-3 (tolak 2 markah)

Rabu, Oktober 10, 2012

Aplikasi Pembelajaran Rangkaian Sosial 2

Selaras dengan projek 1BestariNet yang menambahbaik prasarana ICT di mana  salah satunya lebar Jalur - Kelajuan (2mbps atau 4 mbps) , begitu banyak sekolah yang telah bertukar daripada schoolnet kepada YES. Berikutan itu KPM telah bergerak pantas dengan memperkenalkan VLE Frog sebuah aplikasi pembelajaran rangkaian sosial. Pada masa kini ia didedahkan kepada sekolah-sekolah yang telah menerima YES. Oleh kerana sekolah saya belum menerima YES (dah datang tetapi pulang semula kerana tiada capaian..)  maka VLE Frog ini masih belum didedahkan kepada guru-guru. Melalui bacaan dan cerita yang saya peroleh maka kesimpulan awal saya ialah ia sama seperti aplikasi pembelajaran rangkaian sosial yang sedia ada seperti EDMODO, Busuu dan seumpamanya cuma VLE Frog ini adalah projek kementerian. Kita harus bersangka baik dengan hasrat kementerian ini kerana mereka tahu teknologi internet masa kini sangat penting dalam pendidikan terutamanya dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Saya pasti jika ia digunakan dengan maksimum oleh guru-guru maka P&P menjadi semakin mudah, menarik, cepat dan teratur. Makanya bagi sekolah yang masih menggunakan komputer lama (termasuk sekolah saya) dan schoolnet, maka tunggu sahaja kerana projek daripada 1BestariNet berjalan berperingkat. Saya tidak boleh memberi ulasan atau komen... Harap-harap guru-guru yang telah menerima YES dan VLE Frog dapat memberi komen tentang apa sahaja.. Web VLE Frog boleh dilayari di http://www.frogtrade.com/  dan http://www.frogasia.com/v2/


Khamis, September 27, 2012

Muat Turun Trial ICT 2012


Saya kongsikan soalan trial ICT 2012 negeri-negeri yang saya perolehi..Terima kasih atas sumbangan guru-guru yang mengirimnya kepada saya. Harapan saya agar soalan negeri lain yang belum diperolehi dapat dikongsi bersama saya.. Soalan-soalan ini boleh didapati diruangan muat tutun tingkatan lima.. Soalan-soalan yang kini dalam simpanan adalah seperti berikut...







1. Selangor
2. Terengganu
3. Pulau Pinang
4. Kedah
5. Negeri Sembilan
6. Kelantan
7. Wilayah Persekutuan
8. Pahang
9. Melaka (Seri Kota)
10.Johor (Mersing)
11.Johor (Kota Tinggi)
12.Perak (Hulu Perak)
13.Perlis 

Khamis, September 13, 2012

Trial ICT 2012

Selamat menghadapi trial SPM bagi para murid tingkatan 5 di mana sahaja. Tidak lupa khasnya bagi murid yag mengambil subjek ict. Saya di kesempatan ini memohon soalan trial ict 2012 daripada guru-guru serata negeri agar projek modul soalan2 ict berdasarkan subtopik dapat diteruskan dan dapat disebarkan secara percuma lagi... Selain itu saya akan turut berusaha agar soalan2 ini tidak akan bocor sebelum masanya. Maka itu penting bagi saya mendapat maklumat bila tarikh peperiksaan ict bagi setiap negeri dijalankan serta serentak atau tidak.. Saya telah mula menerima satu dua soalan negeri lain (soft copy) yang saya tidak akan dedahkan.. Selamat menghadapi peperiksaan sekali lagi...







saya kini baru seminggu lebih menghadapi........













Alhamdulillah Allah panjangkan umur.... Terima Kasih tidak terhingga kepada mereka yang mendoakan saya. Allah s.wt sahaja yang membalasnya....Amin... Bolehlah cuti berbulan ni buat projek ict yang baru...InsyaAllah....






















Rabu, Julai 25, 2012

Ramadan Yang Sibuk

Pastinya bagi ramai guru tingkatan 5 yang mengajar ICT sedang sibuk pada bulan ini. Almaklum pentaksiran akan bermula pertengahan puasa ini. Sibuk mengejar murid-murid yang belum menyiapkan kerja kursus. Harap-harap guru tidak hilang kesabaran dengan karenah murid yang pelbagai macam..takut kurang pula pahala puasa...

Selasa, Julai 10, 2012

Teknik Menjawab Soalan ICT

Teknik menjawab soalan ICT bagi murid-murid  tingkatan 5 telah dilaksanakan pada hari ini. Seperti tahun lepas, Ketua Pentaksir Kebangsaan & pemeriksa kertas ICT Cikgu Choo Keng Fook dijemput bagi menyampaikan ceramah. Moga-moga murid-murid yang mengikutinya telah dapat menimba pengetahuan sebanyak mungkin agar lebih bersedia menghadapi peperiksaan sebenar kelak. 

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"