RMMICT@FACEBOOK

Selasa, Januari 10, 2012

Maklumat Tentang ICT, ICTL, PAV Dan PVT

Maklumat berikut diperoleh daripada pegawai BPK:

1. SP dan HSP ICT masih belum berubah, hanya bertukar bahasa sahaja. Ianya bagi memenuhi tuntutan MBMMBI bermula tahun 2012 dan kepada sekolah yang menggunakan pengantar subjek ICT Bahasa Malaysia.
2. ICTL adalah program yang wajib ada di semua sekolah kerajaan yang mempunyai makmal komputer kerajaan. Cara bagaimana perlaksanaannya adalah mengikut kemampuan sekolah dan setiap sekolah mempunyai justifikasi masing-masing tentang perlaksanaan.
3. Pendidikan Asas Vokasional (PAV) adalah satu aliran baru yang telah bermula mulai 3 Januari 2012 untuk murid tingkatan 1 pada 15 buah sekolah seluruh Malaysia. Murid-muridnya terdiri dari mereka yang berpencapaian rendah dalam akademik.
4. Subjek baru yang di cadangkan bernama PVT akan menggantikan Kemahiran Hidup apabila KSSM bermula, gambarannya ialah pada 2014. Apabila bermulanya PVT barulah ICTL termansuh bermula dari murid ting 1 pada 2014. Surat permansuhan adalah sama seperti surat yang di terima oleh guru-guru sekolah rendah apabila KSSR bermula di tahun 1 pada  2011 yang lepas dan ICTL tahun 1 termansuh kerana TMK telah berada di dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi (DST). Walaubagaimanpun surat pemansuhan ICTL Menengah akan di keluarkan apabila tiba masanya nanti kerana menjelang 2014 macam-macam boleh berlaku

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"