Saya berasa amat bangga untuk memaparkan pautan web/blog guru ict seluruh Malaysia.Saya perolehi pautan ini melalui data yang mereka isi bagi mendapatkan jawaban MODUL SOALAN-SOALAN BERASASKAN SUBTOPIK. Terdapat banyak lagi pautan sebenarnya, namun ada yang tidak boleh dipaparkan samada telah tamat tempoh, silap mengisi borang atau sebagainya.. Terima kasih...
terkini :
SMK TEMERLOH 18 OKTOBER 2016
JOHOR
SMK DATO PENGGAWA BARAT PONTIAN
KEDAH
KELANTAN
PAHANG
SARAWAK
NEGERI SEMBILAN
PERAK
PULAU PINANG
SABAH
SELANGOR
SMK SUNGAI CHOH
MELAKA
KUALA LUMPUR
PERLIS
PUTRAJAYA
SEKOLAH SAYA
Soalan ini mula popular sekarang.. Oleh kerana tahun ini peperiksaan ICT bermula awal..Agak sukar untuk menggunakan semua soalan trial negeri sebagai latihan kepada murid-murid. Jadi, yang soalan negeri mana yang perlu diberi perhatian lebih ?? Saya tak mampu hendak menjawabnya di sini secara terbuka....tahu sahaja la ramai pembuat soalan ict dan akhirnya soalan-soalan itu semua Pihak Lembaga yang menentukannya. Namun begitu... melalui risik-risik.... antara soalan ict negeri yang popular adalah.......... (email pada saya.....saya un sedang risik-risik ni....tak berani di sini nanti ada negeri yang marah... nanti dikata pandai-pandai pula...lagi pun saya bukan orang kuat bab-bab membuat soalan ni....)
Jika anda suka mengedit gambar dengan cara yang ringkas dan mudah. Anda boleh mencubanya dengan perisian
photo instrument ini. Perisian kecil yang didatangkan dengan tunjuk cara ini amat sesuai bagi anda tidak punya banyak masa untuk dibazirkan. Sila klik di
SINI untuk ke pautan mengenainya..
Sudah agak terlalu lama saya tidak ke stadium menonton bola sepak. Menonton perlawanan piala Sultan Selangor sabtu lalu mengingatkan kembali nostalgia dulu-dulu. Apa yang saya perhatikan, ragam dulu dan ragam sekarang tidak banyak bezanya. Musykil jugak saya, apakah benar penonton yang hadir (khusus untuk remaja) benar-benar menyokong ataupun keseronokan bersama kawan semata-mata. Yelah, jika tidak masakan bila pasukan menang baru penuh stadium, bila kalah tak mahu datang. Saya minat bola, tetapi tidakah sampai mebaling objek ke padang sampai FRU pun hampir kena...nak cari nahas agaknya... bagi saya, jarak yang jauh membataskan kehadiran ke stadium.
Pada tahun ini pengumpulan soalan-soalan percubaan ict spm negeri-negeri begitu cepat diperolehi. Terima kasih kepada guru-guru yang telah sudi berkongsi soalan negeri masing-masing untuk dikongsikan di blog ini. Ke semua soalan-soalan ini boleh kita perbanyakkan dan dijadikan latihan untuk murid-murid kita dalam menghadapi peperiksaan SPM sebenar tidak lama lagi. Inilah masanya kita menghabiskan sisa-sisa duit PCG yang ada... Semoga perkongsian berterusan. Sharing is caring....
Sudah terlalu lama rasanya tidak nampak situasi begini. Menjual kuih dari satu rumah ke rumah..Kuih ! Kuih ! Yang menariknya, si penjual baru berada di tahun 1.. Tanpa segan dan silu, gaya selambanya amat mengagumkan..Situasi ini saya ambil di Lendu, Alor Gajah Melaka..Setelah membeli, sempat juga memberi duit raya... Syabas dik.... Jika dahulu, situasi ini dapat kita lihat di hospital-hospital. Mula sahaja waktu melawat, menderu-deru peniaga masuk ke wad menjual makanan.. Sekarang sudah berbeza.. Akan datang, masih adakah lagi ?