RMMICT@FACEBOOK
Ahad, Januari 08, 2012
Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran TMK
Bahagian Pembangunan Kurikulum telah pun mengeluarkan Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran bagi subjek Teknologi Maklumat & Komunikasi. Guru-guru ICT boleh mendapatkannya di blog ini ataupun terus sahaja ke laman web rasmi BPK. Klik SINI untuk ke BPK.. atau klik SINI untuk pautan muat turun blog ini.
Khamis, Januari 05, 2012
Skema ICT SPM 2011
Kepada guru-guru yang ingin mendapatkan skema ICT SPM 2011, kini anda boleh mendapatkannya di ruangan muat turun tingkatan 5. Kepada guru-guru yang saya telah beri jawaban sebelum ini diharap dapat membuat sedikit pembetulan jawaban.
Ahad, Januari 01, 2012
Tahun Baru 2012
Masa sememangnya cepat berlalu. Selamat tahun baru. Barukan apa yang perlu dan kekalkan apa yang sepatutnya dikekalkan. ICT sudah boleh diajar dalam Bahasa Melayu. Itu yang baru. Tetapi, semua bahan-bahan dan seumpamanya masih yang lama. Itu yang kekal buat masa ini di tahun baru 2012 dan tentunya ia buat sementara. Jadi...kita tungguuuuuuuuuuuuu....yang baru !!!
Khamis, Disember 29, 2011
Mesyuarat Sana Sini
Rasanya, minggu ini kebanyakan sekolah mengadakan mesyuarat guru. Persediaan untuk memulakan persekolahan tahun baru memerlukan komitmen tinggi para guru. Apatah lagi jika pentadbir sekolah menuntut pelbagai perkara yang sebelum ini tak pernah anda lakukan semenjak anda bergelar guru.. Saya rasa minggu ni sekolah dah mula sebab hari-hari pergi sekolah...Banyaknya kerja !!!! So...work smart ok !!!
Jumaat, Disember 16, 2011
Soalan ICT Berdasarkan Subtopik 2011
Seperti tahun lepas, kali ini saya kongsikan pula soalan-soalan percubaan ict negeri-negeri 2011 dan soalan SPM 2007-11 yang disusun mengikut subtopik. Bagi guru-guru ICT yang ingin menggunakannya sebagai latihan untuk murid-murid pada tahun hadapan boleh la mendapatkannya diruangan download bahagian lain-lain.
Ahad, Disember 11, 2011
Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam
Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam kini boleh didapati di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Bermula mesyuarat guru nanti maka beramai-ramailah kita tanda tangan borang opsyen baru. Tetapi yang lebih dinantikan dah tentunya skim gaji baru..sabar...sabar...
Selasa, Disember 06, 2011
'Block' Laman Web Pornografi
Memastikan komputer atau laptop daripada digunakan untuk melihat laman-laman web berunsur pornografi atau seumpamanya adalah sangat penting. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang semakin membesar. Elok rasanya untuk membuat pencegahan awal kerana mengubati penyakit ini mungkin sudah terlambat. Cara ini tidak perlukan perisian, percuma dan selamat... tutorial ini untuk paparan windows XP.. menggunakan Vista dan 7 paparannya agak berlainan namun dengan cara yang sama..
1. Klik start ---> all program ---> network connection
2. Pada paparan berikut..pilih rangkaian anda..saya menggunakan wireless connection.. jika anda guna kabel klik pada local area connection
3. Pada paparan seterusnya.klik kanan dan klik lagi pada properties
4. Pada paparan properties.. cari internet protocol, klik dan klik pula pada properties nya..
5. Berikut adalah paparan properties internet protocol..
Lihat pada DNS...
6. Seterusnya, isi nombor berikut dan klik ok..
jom uji keberkesanannya....pada web search..taip perkataan berikut...pilih mana-mana...
paparan berikut akan terpapar..yang mana akan menyenangkan hati apabia anak-anak melayario internet di rumah...
sumber : youtube - block porno web sites...
1. Klik start ---> all program ---> network connection
2. Pada paparan berikut..pilih rangkaian anda..saya menggunakan wireless connection.. jika anda guna kabel klik pada local area connection
3. Pada paparan seterusnya.klik kanan dan klik lagi pada properties
4. Pada paparan properties.. cari internet protocol, klik dan klik pula pada properties nya..
5. Berikut adalah paparan properties internet protocol..
Lihat pada DNS...
6. Seterusnya, isi nombor berikut dan klik ok..
jom uji keberkesanannya....pada web search..taip perkataan berikut...pilih mana-mana...
paparan berikut akan terpapar..yang mana akan menyenangkan hati apabia anak-anak melayario internet di rumah...
sumber : youtube - block porno web sites...
Ahad, November 27, 2011
Salam Maal Hijrah 1433
Selamat menyambut tahun baru hijrah 1433 kepada semua pembaca blog ini. Semoga tahun baru ini akan menjadikan kita semua lebih cemerlang dunia dan akhirat.
Ahad, November 13, 2011
Selamat Berjuang
Kepada semua murid-murid yang mengambil SPM ...Selamat berjuang kepada anda semua. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat meluncur laju keluar ke kertas jawapan..
Rabu, November 09, 2011
Cukupkah Dengan Apa Yang Telah Diberi ???
Seperti tahun-tahun sebelumnya, apabila SPM menjelang apatah lagi melibatkan subjek yang diajar, hati mula bertanya-tanya sama ada telah cukupkah ilmu yang diberi?? Adakah murid-murid telah memahami sepenuhnya?? Tahun ini juga agak berlainan rasanya kerana subjek akan bermula di awal minggu peperiksaan SPM bermula. Selagi ada masa yang semakin suntuk ini, buat lah apa sahaja yang patut. Namun seperti biasa juga, macam dulu-dulu juga, semakin banyak ditanya, semakin banyak TAK TAHU !!! ALAMAK LUPA LA CIKGU !!!.... Apo nak di kato.....
Isnin, November 07, 2011
Selamat Hari Raya Aidiladha
Tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog ini. Sesungguhnya kejayaan yang kita inginkan tidak mungkin tercapai tanpa usaha dan pengorbanan.
Selasa, November 01, 2011
Penyakit iexplore.exe
Virus iexplore.exe ini terdapat pada bahagian proses Task Manager. Virus jenis ini menyebabkan komputer menjadi lembab dan kadang-kadang menyebabkan proses lain turut tergendala. Bagi menghilangkan virus jenis ini, ikuti langkah berikut ;
Terdapat 2 cara untuk menghilangkan virus ini ;
P/S * jangan suka berkongsi pendrive atau sewaktu dengan-nya.
Terdapat 2 cara untuk menghilangkan virus ini ;
- Taip di command prompt : taskkill /F /IM iexplore.exe
- atau taip sahaja di RUN
- atau Gunakan : System restore sebagai langkah terakhir :)
P/S * jangan suka berkongsi pendrive atau sewaktu dengan-nya.
sumber asal : http://www.myictrooms.co.cc
Langgan:
Catatan
(
Atom
)























