RMMICT@FACEBOOK
Selasa, Mac 13, 2012
Gambar Ter"delete" !!! Dapatkan Semula (2)
Baru-baru ini gambar dalam MMC saya ter"delete" lagi dengan tidak sengaja. Pada mulanya dengan rasa sangat yakin saya menggunakan perisian yang saya telah war-warkan sebelum ini bagi mendapatkan semula gambar yang telah hilang. Saya mula berasa goyang kerana tidak berjaya !! Maka saya guna satu lagi perisian yang biasanya memang tidak menghampakan iaitu Getbackdata. Juga tidak berjaya !! Maka tercari-carilah saya di Brothersoft (sebuah laman bagi mendapatkan berbagai jenis perisian).. Lepas satu perisian ke perisian yang lain. Ada yang berjaya namun perlu serial number bagi membolehkan gambar di simpan di pc..Di saat-saat hampir fed up dan seperti biasa berlaku, sebuah perisian muncul menyelamatkan keadaan.. Dapatkan Pandora Recovery .. paling penting seperti biasa juga... PERCUMA
Ahad, Mac 11, 2012
Pantau Cakera Keras Anda
Seringkali pengguna pc atau laptop tidak mengambil berat tentang cakera keras (hard disk) masing-masing. Hard Disk Sentinel merupakan perisian yang berfungsi untuk memantau dan menganalisis setiap cakera keras yang dikesan malah mampu memantau cakera keras luaran (external hard disk) dan sebagainya. Untuk mengetahui fungsinya secara lebih lanjut dan juga untuk memuat turun perisian ini, sila klik SINI..
Khamis, Mac 08, 2012
Perubahan Penskoran ICT Kertas 2 (3765/2)
Berita terkini untuk semua guru ICT yang mengajar tingkatan 4 dan 5. Mesyuarat Penataran PBS 3765/2 mungkin akan diadakan pada awal bulan april (Zon Tengah; KL, Selangor, Putrajaya dan NS ) oleh LPM. tempat mungkin di Klang. namun hanya 80 sekolah dari zon tengah di panggil. Mesyuarat penataran ini akan berbincang mengenai kaedah baru dalam pemberian skor pentaksiran. Perubahan ini akan berkuatkuasa tahun 2012 bagi pelajar tingkatan 4, borang baru akan digunakan, namun demikian, bagi guru ICT form 4 tahun ini ,sila teruskan pentaksiran anda ,jangan tunggu, nanti selepas penataran barulah transfer ke borang baru.
*** Semua info di atas tertakluk kepada perubahan yang akan diberitahu kelak..
Info di atas diperoleh daripada Ketua Pentaksir Kebangsaan.....
*** Semua info di atas tertakluk kepada perubahan yang akan diberitahu kelak..
Info di atas diperoleh daripada Ketua Pentaksir Kebangsaan.....
Rabu, Mac 07, 2012
Ultra Book Intel
Ultrabook adalah komputer riba berteknologi terkini di mana Intel telah mendaftarkan hak cipta penggunaan nama Ultrabook itu sendiri yang menjadikan pengeluar seperti AMD tidak boleh menggunakan nama tersebut. Ultrabook ini menawarkan komputer yang dikurangkan saiz dan berat, dengan jangka hayat bateri yang lebih lama tanpa menjejaskan prestasi.Intel dijangka memperkenalkan pada penghujung April kelak cip pemprosesan (CPU) berasaskan 2 n dan turut boleh membawakan spesifikasi yang tinggi untuk corei5 dan juga i7. Ia menggunakan pemproses Intel berkuasa rendah dengan grafik bersepadu, pemacu solid-state responsif, dan casis unibody agar sesuai dengan bateri yang lebih besar ke dalam kes-kes yang lebih kecil. Disebabkan saiz yang minimum, bilangan port seperti USB adalah terhad. Namun ia dirasakan tidak menjadi masalah yang besar bagi pengguna komputer riba yang mahu ia mudah dibawa ke mana sahaja
sumber : wikipedia / amanz
sumber : wikipedia / amanz
Jumaat, Mac 02, 2012
Untungnya Berlaku Jujur
SSQS (Sistem Smart School Qualification Standards) bukan asing bagi ramai guru di Malaysia. Pengisian data ke portal KPM ini kadang kala menimbulkan keraguan kerana sekolah akan dinilai berdasarkan band 1 hingga 5. Ada kisah menarik mengenainya yang baru saya peroleh daripada rakan saya. Bertangungjawab dalam mengisi dapatan daripada guru dan murid, beliau dengan jujur mengisinya. Hasilnya adalah sekolah beliau mendapat band 2 !! Apa yang terjadi selepas itu adalah bermulalah episod soal jawab daripada PKG, PPD mahupun Jabatan. Maka jenuhlah menjawab !!! Menariknya pada suatu hari sekolah mendapat surat dan telefon mengatakan sejumlah Komputer Terpakai akan diperoleh yang datangnya daripada KOREA !!! Komputer second hand jika datang daripada Korea sebuah negara maju ICT juga dengan kelajuan internet paling laju di dunia bukanlah seperti komputer terpakai di negara kita. Seterusnya pihak Korea yang menghantar komputer tersebut menyatakan akan datang ke sekolah rakan saya ini bagi melihat perkembangannya. Untung seterusnya adalah maka datanglah peruntukan ke sekolah untuk membaiki makmal, menghias makmal, mengecat makmal dan bermacam lagi yang mana jika sebelum ini jika dipohon belum tentu akan dapat atau dilayan. Sememangnya menjadi kerja yang banyak pula kepada rakan saya ini dalam menguruskan bermacam perkara....belum selesai lagi !!!
Maka pada hari yang telah ditetapkan maka datanglah delegasi daripada KOREA tersebut... salah satu sambutan yang diberikan adalah pertunjukkan silat....Tengah rancak bersilat murid-murid ni, tiba-tiba seorang pesilat ni tah macam mana tersadung kaki kot... berdarah kaki.....delegasi KOREA tersebut tengok je...Yang berlaku selepas ini menarik !!!! Selesai sahaja lawatan semua tu bagai, sekolah dimaklumkan bahawa berdasarkan incident yang berlaku semasa pencak silat tersebut... Mereka (Pihak Korea) merancang untuk memberi bantuan bagi sekolah mencari tapak untuk pembinaan sebuat GYM !!!
Fuhhhh.....dapat lagi !!! Moralnya adalah....berlaku jujur walaupun perit..... Maka selepas ini jika sekolah kita hendak bantuan macam-macam maka jadikanlah keputusan SSQS kita tu serendah mungkin menjadi band 1 ... Beranikah kita ????? Saya tak berani... Wassalam.....

Sabtu, Februari 25, 2012
Kad Nama Facebook
Moo dan juga Facebook telah menawarkan kad nama bercetak secara percuma kepada semua, menggunakan gambar Facebook Timeline dan beberapa maklumat daripada Facebook. Kini, tawaran tersebut kembali semula, membolehkan anda mendapatkannya secara percuma, tanpa sebarang kos.
Dengan menggunakan gambar Facebook Cover anda, beberapa maklumat daripada akaun Facebook, dan kemudiannya di cetak untuk anda tanpa sebarang kos. Penghantaran juga dilakukan tanpa sebarang caj, membolehkan anda mendapatkannya secara percuma sepennuhnya. Tawaran percuma ditawarkan oleh Moo sebanyak 50 kad bercetak secara percuma, dengan penghantaran global percuma mengikut pos biasa. Anda juga boleh mencetak imej berbeza pada setiap kad, dan beberapa pilihan tambahan, semestinya pada kos tambahan.
Bagi yang berminat, mungkin anda boleh layari laman Moo hari ini, dan mencetak kad nama Facebook anda secara percuma.
Sabtu, Februari 18, 2012
Kajian Latihan Dalam Perkhidmatan
Kepada guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang dihormati.. Apalah kiranya dapat meluangkan masa anda menjawab soal selidik secara atas talian ini. Ini bagi rakan baru saya yang juga merupakan bekas guru ini yang sedang melanjutkan pengajian beliau...berikut adalah permohonan beliau..
Tuan/Puan yang dihormati,
Saya, Shafizul Mohamad, merupakan seorang guru yang sedang melanjutkan pelajaran di University of South Australia dalam bidang distance education. Kajian saya berkaitan penggunaan social networking application untuk tujuan pembangunan staf / LDP. Sebelum ini saya merupakan Penolong Pengarah ICT dan Perkomputeran di Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.Soal selidik ini merupakan sebahagian drpd keperluan penyelidikan Doktor Falsafah saya. Saya sangat memohon kerjasama tuan/puan untuk menjawab soalan-soalan soal selidik ini.Saya amat menghargai masa yang diluangkan untuk menyertai kajian ini. Soal selidik ini mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Soal selidik ini boleh diakses di sini.
Selasa, Februari 14, 2012
Zoom Paparan Anda
Perisian ini sangat sesuai untuk anda ketika membuat persembahan.Apabila perisian ini dijalankan, kita boleh terus Zoom di mana-mana sahaja bahagian skrin yang dikehendaki. Bukan setakat itu sahaja, apabila dalam keadaan zoom , kita juga boleh menggaris, membulat menggunakan tetikus. Terdapat banyak kawalan yang boleh dilakukan mengikut kesesuaian pengguna. Klik SINI untuk memuat turun.
Khamis, Februari 09, 2012
Mengubah Sikap Dengan Cara Berlainan
Mengubah sikap yang telah lama menjadi kebiasaan sememangnya sukar. Apatah lagi jika ingin mengubah sikap tersebut dengan cara yang menyeronokkan dan kelakar. Sememangnya ia boleh berlaku dengan pemikiran "thinking out of the box". Saya sendiri ingin selalu berfikiran seperti itu.. Jom tonton video bagaimana sikap seseorang boleh diubah dengan cara yang kelakar dan menyeronokkan. Klik http://thefuntheory.com/
Rabu, Februari 08, 2012
Adakah Murid Kini Masih Lagi DiSuap ?
Berdasarkan statistik permohonan bagi mendapatkan jawapan (Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik), hanya 8% permohonan daripada murid-murid ICT. Saya bertanya sendirian sama ada dengan teknologi dan dengan gaya pembelajaran dan pengajaran masa kini, masih memerlukan murid-murid di berikan segala-galanya oleh guru. Saya tidak mahu memberikan contoh yang lain kerana murid-murid saya sendiri kebanyakkannya masih memerlukan bantuan daripada guru dalam pembelajaran mereka. Ini termasuklah nota-nota dan soalan tambahan. Adalah amat malang bagi guru (termasuklah saya...) kerana dengan kurikulum baru dengan ketiadaan peperiksaan seperti upsr dan pmr yang mana murid-murid perlu membuat kerja kursus, projek dan sebagainya. Malang kerana jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera mulai sekarang, maka guru akan terbeban dengan segala macam kerja seperti mencari bahan, jawapan dan akhirnya boleh dikatakan kerja kursus itu sebenarnya dilakukan oleh guru !! Apakah faktor penyebab mengapa perkara ini berlaku ?? Saya cuba senaraikan dan jika ada bangkangan, tambahan dan sebagainya silalah komen...
1. Guru tidak percaya murid-murid dapat mencari bahan dengan betul..
2. Guru tidak mengajar murid-murid cara mencari bahan dengan betul.
3. Guru tidak tahu bagaimana mengajar murid-murid mencari bahan pembelajaran.
4. Murid-murid tidak digalakkan mencari bahan pembelajaran.
5. Guru dapat menjimatkan masa dengan terus memberi bahan-bahan pembelajaran.
6. Murid-murid tidak kemahiran menggunakan ICT.(persekitaran)
7. Murid-murid sukar untuk mencari bahan menggunakan ICT.
8. Murid-murid lemah dan memang perlu terus diberi bahan pembelajaran
9. Tiada sistem pemantauan yang berkesan oleh guru.
10.Guru terbeban dengan kerja lain yang lebih penting
11.Cara sekarang yang mudah dan berkesan
..
Bagaimana pendapat guru yang lain... Saya tidak tahu keadaannya di bandar-bandar kerana saya tidak pernah mengajar dibandar dan mungkin juga kerana saya tidak mahu mengajar di bandar...Maksud saya dari segi murid-murid dan persekitaran mereka... Atau juga sekolah mereka... Sikap murid-murid yang bersekolah lelaki sahaja dengan murid-murid yang bersekolah perempuan sahaja mempunyai kelainannya tersendiri.. begitu juga dengan murid-murid berasrama penuh dan bermacam jenis sekolah yang lain..
Jika kita lihat dari sudut-sudut tersebut yang pelbagai rencam...MAKA sebagai guru boleh kita katakan...
1. Tidak perlu memikirkan perkara tersebut kerana tidak kena mengena..
2. Membuang masa memikirkan masalah ini kerana masalah lain banyak yang kena difikirkan.
3. Ikut cara sendiri, sekarang pun tidak ada masalah...murid-murid berjaya juga...
4. Biar orang lain yang buat kajian...
****Sebab itu ramai pelajar apabila berada diinstitut pengajian tinggi, kolej dan sebagainya menghadapi masalah mencari bahan pembelajaran semasa awal pengajian kerana telah biasa diSUAP oleh guru....

Ruang Sembang Yang Baru
Oleh kerana shoutmix sudah mula mengenakan bayaran, maka terpaksalah kita mencari yang baru dan lebih penting ia percuma. Bagi yang masih tercari-cari atau belum mengetahui maka boleh lah kita mencuba aplikasi ini. Sila klik FIBOX
Isnin, Februari 06, 2012
Salam Maulidur Rasul s.a.w
Salam Maulidur Rasul s.a.w buat semua pembaca blog ini. Berbanyakkanlah berselawat atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya Rasullullah s.a.w dengan sifat-sifat baginda yang paling sempurna sentiasa menjadi ikutan kita umat Islam.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)