RMMICT@FACEBOOK
Jumaat, Julai 20, 2012
Ramadan Tiba Lagi
Alhamdulillah..Ramadan tiba lagi. Syukur sekali lagi kita diberi peluang menempuhinya. Bersama kita berdoa agar Allah s.w.t memberikan kita kekuatan menjalankan ibadahNya dengan penuh kesabaran, ketenangan dan menerima amalan kita.. InsyaAllah...
Selasa, Julai 17, 2012
Kursus Klip Video
Hari ini saya menghadiri kursus klip video anjuran Pusat Kegiatan Guru di kawasan saya. Walaupun telah mempunyai pengetahuan dalam membina klip video namun masih terasa agak teruja. Sudah bertahun rasanya tidak secara serius membina klip video ini. Pada kursus ini perisian mengedit video Pinnacle Studio 14 digunakan. Versi terakhir Pinnacle yang saya gunakan dahulu adalah versi 8. Semasa agak berminat sangat-sangat mengedit video dahulu, bermacam perisian juga yang telah dicuba termasuklah Power Director, Ulead, Sony Vegas dan beberapa lagi. Lama kelamaan minat semakin berkurang kerana membuat video pendek sekali pun memakan masa yang agak lama dan hingga tak perasan juga sebenarnya berpuluh cd video telah dihasilkan. Maka kesempatan tiba-tiba ini digunakan untuk 'refresh' semula ilmu yang ada di samping menimba ilmu-ilmu mengedit video yang baru. Penceramah yang memberi ceramah adalah pegawai bahagian ini daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor. Membina dan mengedit video sememangnya jika dipelajari secara serius boleh mendatangkan pendapatan yang agak lumayan. Keperluan yang perlu ada termasuklah kesungguhan, kreatif, bersedia menerima teguran, mengambil kursus-kursus jangka pendek serta lain-lain perkara lagi. Menyebut tentang memperoleh pendapatan sampingan daripada membina dan mengedit video ini, LUPA kan sahaja hasrat murni itu jika Kamera/Kamera Video anda bukan jenis beresolusi AMAT tinggi dan laptop/pc yang berkuasa sangat tinggi kerana itu lah keperluan asas menghasilkan video berkualiti tinggi.
Slaid P&P TMK Tingkatan 4
Berdasarkan huraian sukatan pelajaran terkini dalam Bahasa Malaysia, saya kongsikan slaid pembelajaran dan pengajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tingkatan 4. Slaid P&P ini boleh dilihat pada ruangan yang telah saya sediakan di blog ini atau anda boleh terus ke slideshare saya. Jika ada pembetulan, penambahbaikan atau lain-lain yang berkaitan sila email kepada saya. Sekadar berkongsi...
Ahad, Julai 15, 2012
Bina Kuiz Atas Talian
![]() |
Selasa, Julai 10, 2012
Teknik Menjawab Soalan ICT
Ahad, Julai 08, 2012
Tukar Bahan PDF Kepada Majalah Atas Talian
Youblisher adalah aplikasi internet yang dapat menukarkan bahan-bahan PDF anda kepada bentuk majalah atau buku. Seperti majalah atau buku, kita perlu menyelak setiap halaman bahan-bahan yang telah siap dimuat naik. Di samping itu bahan-bahan juga boleh di'embed' ke dalam blog atau pun laman web. Youblisher boleh menjadi salah satu pilihan bagi guru menerbitkan bahan-bahan P&P bagi murid-murid. Anda boleh KLIK untuk ke laman youpublisher.
Contoh
Contoh
Rabu, Jun 27, 2012
Aplikasi Pembelajaran Rangkaian Sosial
Pada masa kini terdapat banyak aplikasi pembelajaran rangkaian sosial yang boleh digunakan oleh guru-guru khusus untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran bagi sesebuah kelas atau sekelompok murid terpilih. Saya pasti sangat ramai di kalangan guru-guru di Malaysia yang menggunakan peluang menggunakan aplikasi ini untuk tujuan p&p dan beberapa tujuan yang lain. Sebagai contohnya Edmodo yang mana membolehkan guru mewujudkan kelas maya bagi kelas-kelas yang diajarnya. Kelas maya ini memberi peluang kepada murid-murid untuk berkolaborasi bersama guru dan rakan-rakan mereka tidak kira masa dan di mana sahaja asalkan ada talian internet. Ringkasnya jika aplikasi-aplikasi pembelajaran rangkaian sosial dapat digunakan sepenuhnya, maka ia merupakan satu alternatif yang sangat berkesan bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu sudah menajdi lumrah...semakin banyak peluang yang ada semakin banyak juga persoalan dibelakangnya. Melihat situasi kita di Malaysia, antara persoalan penting bagi pendapat saya antaranya kemudahan insfrastruktur seperti komputer yang mencukupi di sekolah, talian internet sama ada laju atau tidak dan juga jadual penggunaan makmal di sekolah. Perkara tersebut tidak menjadi persoalan jika murid-murid tidak mempunyai masalah menggunakan internet di luar sekolah seperti adanya internet di rumah dan mudah jika hendak ke kafe siber. Antara persolan lagi adalah melihat kepada kepentingan penggunaan aplikasi itu sendiri. Jika seseorang guru itu sedar kepentingannya seperti memudahkan beliau menjalankan p&p walaupun tiada di sekolah maka dengan sendirinya aplikasi tersebut menjadi platform terbaik mengelakkan murid-murid ketinggalan dalam pelajaran. Di negara-negara maju, aplikasi-aplikasi ini telah lama didedahkan seawal sekolah rendah lagi yang mana anda boleh buat cariannya di youtube. Sebenarnya terpulang kepada guru-guru untuk berganjak paradigma dan mencuba walaupun adanya kekangan. Jika tidak dapat menggunakan sepenuhnya namun cukup jika ia memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai sedikit suasana lain dalam pembelajaran kerana arus teknologi semakin berkembang dan rasanya rugi jika persiakan peluang yang ada.Setahu saya banyak aplikasi ini datang dari luar negara dan saya tidak tahu pula adanya aplikasi yang buatan rakyat Malaysia. Silalah kongsikan kepada saya jika ada. Antara aplikasi-aplikasi pembelajaran rangkaian sosial yang boleh digunakan adalah seperti berikut...
i.
Google Drive (https://drive.google.com)
ii.
Frog VLE (http://frogasia.com)
v.
I Think (http://www.ithinkinc.com)
ix.
Busuu (http://www.busuu.com/)
Khamis, Jun 21, 2012
5 Minit Yang Sangat Lama
Membuat klip video yang berdurasi hanya 5 minit jika difikirkan mungkin ramai menjangkakan ia mudah untuk dibuat. Namun jika klip video itu dibuat untuk dipersembahkan dihadapan VIP beserta ratusan orang, maka sudah tentu ia menuntut ketelitian yang lebih pada pembuatnya. Itulah yang berlaku kepada saya pada hari ini. Dengan masa yang diberi cuma 2 jam lebih masa tugasan yang diberi berjaya dilaksanakan bagi dipersembahkan tepat pada masanya. Namun begitu seperti kata pepatah ., "Disangka panas hingga ke petang ruapanya hujan ditengahari..." dan juga "Kita hanya merancang tuhan jua menentukan "... Apabila klip video tersebut dipersembahkan, paparan kelihatan gelap tidak seperti percubaan sebelumnya.. Maka apa yang boleh dilakukan pada saat itu ? Apabila masalah datang melibatkan perkara teknikal seperti ini yang berpunca daripada kuasa lampu LCD yang tiba-tiba pudar maka tiada apa yang boleh dilakukan.. Akhirnya 5 minit yang sememangnya sekejap dirasakan seperti 5 jam pula rasanya..Fikirlah sendiri jika anda ditempat saya...
Selasa, Jun 19, 2012
Panduan Menjalankan Lesson Study
Rabu, Jun 13, 2012
Lesson Study
Pada masa kini guru-guru sedang didedahkan 'Lesson Study' iaitu satu kaedah dalam meningkatkan proses oleh sekelompok kecil guru dalam mata pelajaran masing-masing. Saya baru sahaja menghadiri kursus 'Lesson Study' ini di Jabatan Pelajaran. Melalui info yang saya perolehi, 'Lesson Study' ini yang berasal daripada negara Jepun ini telah bermula lama seawal 2004 lagi. Hanya baru kini ia didedahkan secara meluas kepada guru-guru di Malaysia. Kaedah ini juga telah lama berkembang di banyak negara. Saya tidak ingin menerangkan secara panjang lebar kerana info mengenainya boleh diperolehi dengan sangat banyak di laman web.Apa yang pasti sudah tentunya ia berkesan kerana jika tidak mengapa ia banyak dipelajari keadah oleh banyak negara di dunia. Apa yang pentingnya adalah apakah guru-guru sedia membuat dan menerima perubahan..Tepuk dada tanya selera...
Ahad, Jun 10, 2012
Cipta Kod Bar QR Anda Sendiri
Pada masa kini dimana-mana sahaja
kita akan nampak Kod QR (Quick Response) ini. Kod bar segiempat ini
berperanan dalam mendapatkan koordinat
lokasi, URL, sebarang
mesej teks atau maklumat kenalan ke
telefon dengan cepat.
Dengan aplikasi pengimbas barcode yang dipasang
pada telefon atau netpad, kita hanya perlu menunjukkan
kamera telefon pada kod untuk membaca kandungannya.
Kod pada pos ini merupakan QR Code saya. Anda boleh mendapat /
mencipta QR KOd anda di SINI...
selamat berseronok...
Rabu, Jun 06, 2012
Garis Masa Perkembangan Komputer
Pautan berikut sangat sesuai untuk guru dan murid-murid mendapatkan
maklumat berkaitan perkembangan sejarah komputer dari dahulu hingga
kini. Ditunjukkan berdasarkan garis masa.
Sila klik ke History of the Personal Computer on Dipity.
Sila klik ke History of the Personal Computer on Dipity.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)














