Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Khamis, Januari 24, 2013

Salam Maulidur Rasul s.a.w

Salam Maulidur Rasul s.a.w buat semua pembaca blog ini. Berbanyakkanlah berselawat atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya Rasullullah s.a.w dengan sifat-sifat baginda yang paling sempurna sentiasa menjadi ikutan kita umat Islam.

Isnin, Januari 07, 2013

Aplikasi Pendokumentasi PBS ICT

Aplikasi ini dikongsi bagi tujuan memudahkan guru-guru ICT melakukan pendokumentasi semua borang-borang berkaitan dengan pentaksiran. ICT. Ianya sangat sesuai bermula dengan tingkatan 4. Ia telah diubahsuai menggunakan borang-borang pentaksiran baru. Aplikasi ini dijana menggunakan perisian Ms Access. Aplikasi ini dikongsikan secara percuma oleh rakan saya GC SMK Dato Ahmad Lenggong Cikgu Shan. Terima kasih atas perkongsian beliau. Bagi mendapatkannya anda diminta untuk mengisi maklumat ringkas berikut di SINI. Aplikasi akan dihantar melalui email.

format tarikh perlu di set dd/MM/yy dalam Start -> Control Panel -> Regional & Language Option -> Customize Regional Options -> Date
Di dalam sistem baru 3 kali peluang sahaja untuk setiap kerja bagi setiap murid (tak perlu rekod jika markah baru rendah daripada markah lama)
kali ke-2 (tolak 1 markah)
kali ke-3 (tolak 2 markah)

Teknologi "Screen Reader"

Apakah itu teknologi "Screen Reader" ?? "Screen Reader" adalah sebuah perisian aplikasi yang membolehkan orang dengan kecacatan mata / visual yang teruk untuk menggunakan komputer. "Screen Reader" berkait rapat dengan Sistem Pengoperasian (OS) komputer untuk menyediakan maklumat tentang ikon, menu, kotak dialog, fail dan folder. "Screen Reader" menyediakan akses ke seluruh OS dengan berfungsi seperti banyak aplikasi biasa.

Bagaimana "Screen Reader" memberi maklumat kepada pengguna?
 
Terdapat dua cara bahawa pembaca skrin boleh memberi maklum balas kepada pengguna:
i. Pertuturan;

ii.Braille.

Bagaimana "Screen Reader" bekerja ?
Secara ringkas, 'mouse' jarang digunakan. Pengguna menggunakan pelbagai arahan papan kekunci untuk menjalankan tugas yang berbeza. Tugas merangkumi membaca sebahagian atau keseluruhan dokumen, melayari laman web, membuka dan menutup fail, menyunting dan mendengar muzik.
Pengguna cacat penglihatan pengguna akan menggunakan gabungan arahan
"Screen Reader" dan arahan sistem operasi untuk mencapai banyak tugas-tugas komputer. Semua sistem operasi semasa mempunyai pintasan papan kekunci mereka sendiri, yang boleh didapati untuk semua orang bukan hanya pengguna "Screen Reader". Satu contoh jalan pintas keyboard Microsoft Windows menggunakan Alt + Satu kombinasi kekunci untuk membuka menu Favourites dalam Internet Explorer.

Sistem Pengoperasian "Screen Reader" ???

a) Linux
    i.
Gnopernicus

    ii.Speakup.
b) MAC OS
    Voice Over


c) Windows
    i. Jaws For Windows (JFW)
    ii.
Hal
   
iii.Window Eyes


Anda boleh membaca selanjutnya mengenai "Screen Reader" ini di SINI.
Mengapa saya mencari maklumat mengenai "Screen Reader" ini ? Saya baru sahaja berkenalan dengan seorang guru yang menggunakan perisian aplikasi ini. Jujurnya teringin benar saya melihat bagaimana ia digunakan di bilik darjah. Sesungguhnya tiada yang boleh menghalang seseorang guru untuk berbakti kepada anak bangsa. Saya mendoakan segala yang terbaik untuk guru ini... 

Selasa, Januari 01, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat tahun baru kepada semua. Bertambah tahun maksudnya bertambah tanggungjawab disertai dengan tanggungjawab sedia ada. Syukur kerana Allah s.w.t masih memberi peluang merasai tahun baru. Telah lebih dua bulan.. tiadanya pos baru daripada saya. Saya akui saya tiada idea dan yang sebenarnya saya tiada upaya. Imbas kembali 2012 yang baru berlalu telah memberikan begitu banyak pengalaman berharga. Kemalangan kereta yang dialami pada awal September banyak mengubah pelbagai aspek kehidupan harian. Sebesar-besar kesyukuran saya kepada Allah s.w.t kerana masih memberi peluang kepada saya. Saya redha ketentuanNya dan terima segalanya.Sehingga kini setiap minggu perlu ke hospital menerima rawatan. Bersyukur juga kerana begitu ramai yang menziarah dan mendoakan saya..Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas jasa mereka. Maaf kerana langsung tidak dapat mengingat siapa yang menziarah kerana sebulan juga saya hilang punca..Menariknya genap sebulan selepas insiden kemalangan, saya mendapat peluang temuduga menyambung pelajaran..Saya gagahkan juga walaupun ketika temuduga saya tidak faham soalannya...Tidak tahu mengapa..Tidak hairanlah keputusannya tidak memihak kepada saya.Tidak mengapa..Panjang umur masih ada masa.. Blog ini pula jika masih yang belum tahu telah mendapat tempat ke 5 kategori pendidikan 2012 peringkat kebangsaan anjuran UPSI.. Syukur mendapat tempat walaupun selepas 4 kali mencuba.. Hari akhir 2012, saya dikejutkan pula dengan berita sedih kehilangan guru ICT Selangor Puan Saejah Bt Denan kerana sakit. Beliau seorang guru lama yang baik dan berdedikasi serta banyak menyumbang pada ICT selangor. Semoga Allah s.w.t menempatkannya di kalangan hamba-hambanya yang beriman..ALFatihah.. Akhirnya semoga tahun baru memberi kekuatan baru kepada kita sebagai pendidik dan sentiada berusaha memastikan yang terbaik dari segenap segi..

Ahad, Oktober 21, 2012

Analisis Soalan ICT SPM 2007-2011

Kali ini saya kongsikan pula analisis soalan-soalan ICT SPM 2007-2011. Guru-guru ICT boleh membukukan analisis soalan ini untuk murid-murid sebagai panduan bagi menghadapi SPM akan datang. Tinggal 3 minggu persekolahan dan rasanya masih sempat untuk guru-guru memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada murid masing-masing berdasarkan analisis soalan ini. Untuk pengetahuan semua analisis ini dibuat oleh Cikgu Shan (Guru Cemerlang ICT SMK Dato Ahmad Lenggong Perak) yang sering sahaja berkongsi ilmu kepada ramai guru-guru ICT. Terima kasih dan tahniah kepada beliau atas usaha ini..  Guru-guru boleh mendapatkan fail-fail tersebut diruangan muat turun--> lain- lain   ATAU klik SINI

Rabu, Oktober 10, 2012

Aplikasi Pembelajaran Rangkaian Sosial 2

Selaras dengan projek 1BestariNet yang menambahbaik prasarana ICT di mana  salah satunya lebar Jalur - Kelajuan (2mbps atau 4 mbps) , begitu banyak sekolah yang telah bertukar daripada schoolnet kepada YES. Berikutan itu KPM telah bergerak pantas dengan memperkenalkan VLE Frog sebuah aplikasi pembelajaran rangkaian sosial. Pada masa kini ia didedahkan kepada sekolah-sekolah yang telah menerima YES. Oleh kerana sekolah saya belum menerima YES (dah datang tetapi pulang semula kerana tiada capaian..)  maka VLE Frog ini masih belum didedahkan kepada guru-guru. Melalui bacaan dan cerita yang saya peroleh maka kesimpulan awal saya ialah ia sama seperti aplikasi pembelajaran rangkaian sosial yang sedia ada seperti EDMODO, Busuu dan seumpamanya cuma VLE Frog ini adalah projek kementerian. Kita harus bersangka baik dengan hasrat kementerian ini kerana mereka tahu teknologi internet masa kini sangat penting dalam pendidikan terutamanya dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Saya pasti jika ia digunakan dengan maksimum oleh guru-guru maka P&P menjadi semakin mudah, menarik, cepat dan teratur. Makanya bagi sekolah yang masih menggunakan komputer lama (termasuk sekolah saya) dan schoolnet, maka tunggu sahaja kerana projek daripada 1BestariNet berjalan berperingkat. Saya tidak boleh memberi ulasan atau komen... Harap-harap guru-guru yang telah menerima YES dan VLE Frog dapat memberi komen tentang apa sahaja.. Web VLE Frog boleh dilayari di http://www.frogtrade.com/  dan http://www.frogasia.com/v2/


Khamis, September 27, 2012

Muat Turun Trial ICT 2012


Saya kongsikan soalan trial ICT 2012 negeri-negeri yang saya perolehi..Terima kasih atas sumbangan guru-guru yang mengirimnya kepada saya. Harapan saya agar soalan negeri lain yang belum diperolehi dapat dikongsi bersama saya.. Soalan-soalan ini boleh didapati diruangan muat tutun tingkatan lima.. Soalan-soalan yang kini dalam simpanan adalah seperti berikut...







1. Selangor
2. Terengganu
3. Pulau Pinang
4. Kedah
5. Negeri Sembilan
6. Kelantan
7. Wilayah Persekutuan
8. Pahang
9. Melaka (Seri Kota)
10.Johor (Mersing)
11.Johor (Kota Tinggi)
12.Perak (Hulu Perak)
13.Perlis 

Selasa, September 25, 2012

Slaid P&P TMK Tingkatan 5

Kali ini berdasarkan huraian sukatan pelajaran terkini dalam Bahasa Malaysia, saya kongsikan slaid pembelajaran dan pengajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tingkatan 5. Seperti sebelumnya jika ada pembetulan, penambahbaikan atau lain-lain yang berkaitan sila email kepada saya. Sekadar berkongsi...

Khamis, September 13, 2012

Trial ICT 2012

Selamat menghadapi trial SPM bagi para murid tingkatan 5 di mana sahaja. Tidak lupa khasnya bagi murid yag mengambil subjek ict. Saya di kesempatan ini memohon soalan trial ict 2012 daripada guru-guru serata negeri agar projek modul soalan2 ict berdasarkan subtopik dapat diteruskan dan dapat disebarkan secara percuma lagi... Selain itu saya akan turut berusaha agar soalan2 ini tidak akan bocor sebelum masanya. Maka itu penting bagi saya mendapat maklumat bila tarikh peperiksaan ict bagi setiap negeri dijalankan serta serentak atau tidak.. Saya telah mula menerima satu dua soalan negeri lain (soft copy) yang saya tidak akan dedahkan.. Selamat menghadapi peperiksaan sekali lagi...







saya kini baru seminggu lebih menghadapi........













Alhamdulillah Allah panjangkan umur.... Terima Kasih tidak terhingga kepada mereka yang mendoakan saya. Allah s.wt sahaja yang membalasnya....Amin... Bolehlah cuti berbulan ni buat projek ict yang baru...InsyaAllah....






















Khamis, Ogos 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Maaf Zahir dan Batin. Semoga hari raya pada tahun ini membawa keceriaan kepada semua dan sama-samalah kita berhati-hati dijalan raya.

Jumaat, Ogos 03, 2012

Muat Turun Video Youtube Pelbagai Format

Menggunakan aplikasi atas talian ini membolehkan anda untuk memuat turun video daripada youtube, metacafe, dailymotion dan lain dengan cepat dan mudah. Lebih memudahkan lagi, ia mempunyai kelebihan memuat turun video dalam pelbagai format yang anda inginkan seperti mp4, 3gp dan terkini dalam bentuk mp3. Ini bermakna bagi murid-murid yang ingin menggunakan video daripada youtbe kebiasaannya bagi tugasan kerja kursus, mereka tidak lagi perlu untuk 'convert' video tersebut. Klik SINI ke laman keepvid.

Rabu, Julai 25, 2012

Ramadan Yang Sibuk

Pastinya bagi ramai guru tingkatan 5 yang mengajar ICT sedang sibuk pada bulan ini. Almaklum pentaksiran akan bermula pertengahan puasa ini. Sibuk mengejar murid-murid yang belum menyiapkan kerja kursus. Harap-harap guru tidak hilang kesabaran dengan karenah murid yang pelbagai macam..takut kurang pula pahala puasa...

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"