Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Isnin, September 28, 2009

Sekolah dah start balik....

Kembali ke sekolah kita minggu ini.. Macam-macam kerja yang menanti saya ...  Kalau dah menjadi tanggungjawab tak boleh nak komplen ... Buat sahaja...

Uji kelajuan internet anda

Kelajuan internet memang tidak menentu.. kadang-kadang bila mendownload atau mengupload sesuatu cepat..kadang-kadang lambat. Makanya apa kata kita uji kelajuan internet dahulu..sesuai atau tidak kita melakukan tugas yang dirasakan agak berat.. Kita boleh menguji kelajuan internet kita di SINI..

Ahad, September 27, 2009

Muat Turun Bahan-Bahan ICT


MUAT TURUN BAHAN-BAHAN ICT


*** Ruangan ini paling ramai dimasuki terutama para guru dari seluruh Malaysia. Apalah kiranya dapat memberikan komen, pendapat dan sebagainya supaya penambahbaikan dan perkongsian dapat dilakukan. Kepada guru-guru yang ingin berkongsi bahan, sumbangan amat-amat dialukan. Credit ke atas sumbangan anda akan dinyatakan. Terima kasih.













(***TERBARU SEPTEMBER   2016****)
SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI 2016
1. NEGERI SEMBILAN
2. NEGERI TERENGGANU
3. NEGERI KELANTAN
4. NEGERI PAHANG

SOALAN DAN SKEMA SPM ICT 2015

Sila ke pautan pilihan anda

5. ICTL

Isnin, September 21, 2009

Membersihkan registry komputer 2

Saya telah membincangkan tentang membersihkan registry komputer sebelum ni. Kali ini kita lihat atau bagi mereka yang belum mencuba, gunakan perisian ini CCleaner. Perisian ini adalah perisian percuma (freeware) yang anda boleh download di SINI. Perisian ini bagi saya amat memuaskan kerana selain membersihkan registry ia turut membuang fail internet sementara (temporary internet files). Kaedah biasa yang dilakukan ialah pergi ke directory sistem(C:) , buka folder temporary internet  dan buang bahan di dalamnya. Satu lagi cara klik kanan pada browser internet exporer , klik properties dan klik lagi pada butang deletes files & delete cookies. Anda mungkin menjangka telah membuang semuanya, jawapannya tidak. Bagi anda yang pertama kali mencuba CCelaner pasti akan terkejut kerana setelah sekian laman anda melayari internet anda sebenarnya telah menyimpan sebegitu banyak fail internet sementara ini malah mungkin menjangkau ke gigabait besarnya. Cuba perisian ini sendiri dan lihat hasilnya...Jika suka, gunakanya setiap kali anda selesai melayari internet.

Ahad, September 20, 2009

Generasi Komputer (Chapter 1)

Kiita lihat gambar -gambar generasi komputer




























































































Sabtu, September 19, 2009

Google gadjet

Tahukah anda apa itu Gadjet.. Gadjet adalah item-item tambahan yang boleh kita letakkan pada blog atau laman web  malah pada desktop komputer /laptop kita juga... Terdapat beratus ribu gadjet yang boleh kita gunakan.. sila lihat.. http://www.google.com/webmasters/gadgets/ ... memang rambang mata melihat... kalau ikutkan hati memang bermacam gajet nak letak.. kira tak perlu nak tulis apa-apa lah...gajet je dah penuh semua muka.. jadi pilih la mana yang berkenaan dan sesuai dengan konsep blog atau laman web kita.. Jom pilih lagi !!!

Khamis, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri saya. Di kesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya ada dalam pergaulan kita yang mana saya menyinggung perasaannya dari segi pertuturan dan perbuatan... Semoga hari raya ini membawa rahmat kepada kita semua...

PDF to WORD

Untuk menukar fail PDF ke word seringkali memberikan masalah kepada mereka yang tiada perisian berkaitan. Terdapat juga masalah apabila terdapatnya perisian yang mengehadkan bilangan ayat yang boleh ditukar ke word. Kini masalah yang berikut tiada lagi kerana kerana secara online di www.pdftoword.com sudah memadai untuk anda menukar format tersebut. Caranya layari alamat tersebut, upload fail pdf anda dan masukkan email anda Selang beberapa saat, anda akan mendapat fail yang sama tetapi dalam format .doc melalui email yang anda masukkan tadi. Senang je! cuba la.

Sana Sini Games

Game dalam Facebook

Kini pengguna facebook bukan sahaja menyalurkan maklumat dan informasi. Tetapi banyak lagi aplikasi tambahan yang menarik wujud di dalam facebook. Antara yang menjadi kegilaan pengguna facebook sekarang adalah permainan(game).



Antara yang popular adalah Mafia Wars dan Farm Ville game. Hinggakan terdapat jabatan kerajaan dan swasta yang bimbang dengan kelekaan sraf mereka bermain permainan ini. Itu jugalah antara sebab mengapa sesetengah negara telah mengharamkan penggunaan facebook sewaktu waktu pejabat.

Walau bagaimanapun ini adalah antara trend dan kemajuan yang ketara dalam teknologi web 2.0 yang semakin berkembang pesat hari ini.
(sumber:azmisulaiman.info)

Rabu, September 16, 2009

Video

Kenapa teknologi perlu di ajar di sekolah…

P&P masa kini dan masa depan

P&P masa kini dan masa depan 2


Teknologi terkini..

Bila nak ada cara ni di Malaysia agaknya..

Transformer

Transformer lagi

Ada jual tak ?? nak beli laa..

Jepun..jepun…

Teknologi Masa Depan

*** Untuk melihat lebih banyak video menarik..cuma kik pada video tersebut..

Rakan ICT ku

Dikirim Rakan

Kiriman Emyerliana (Ssatu kuliah Master)
PiLihLaH nAmaMU…versi lelaki
org kate name tue penting..
coz ia melambangkan personaliti org tu..
so kat sini de name2 yg best..
kalo korg nak namakan anak2 korg sok..
gune la name2 ni..hak3..
1. Pandai tanam bunga, diberikan nama -Rosman.
2. Pandai membaiki kereta, namakan -Karman
3. Average dalam golf – Parman
4. Pandai dlm penulisan – Suratman
5. Gagah perkasa – Suparman
6. Boleh mendengar sambil berjalan -Wakiman
7. Sela lu bertanya – Azman (loghat jawa bunyi Asman)
8. Pandai buat kuih – Paiman
9. Pakar jualan – Salman
10. Pakar pasal alam sekitar - JASman (Jab. Alam Sekitar)
11. Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu – Saniman
12. Doktor gigi – Sugiman
13. Supaya cepat naik pangkat – Yasman
14. Bakal kaki pukul dan dera orang -Deraman
15. Yang ada darah Bengali – Manbai
16. Pandai organise skim cepat kaya -Pakman (Te’ Lo)
17. Mat rock – Rokman
18. Jadi polis trafik – Saman
19. Pakar kunci – Lokman
20. Baik budi pekerti – Budiman Ada lagi… ..
21. Buat kerja ala kadar – A. Kadarisman
22. Suka bagi orang susah – Sukarman
23. Suka mengada-ngada – Ngadiman
24. Dua alam – Herman
25. Paling tak guna – Koman
26. Selalu sakit – Deman
27. Kalau yang kuat berlawan – Ultraman
28. Yg suka main daun terup poker -Pokemon
p/s : hihi..just for fun..kang korg dah tension2 buat keje..then bile bace ni leh r senyum sorg2..haha..
KIRIMAN ATIELARA (RAKAN SKYPE = ORANG KAMPUNG)
KEPADA MEREKA YANG HENDAK MENGHANTAR DAN MENERIMA HANTARAN..FIKIR-FIKIRKAN
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..“Sini pun cantik juga.. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran. “Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.Surah Ar Rad
Surah Ar Ra’d.“Apa benda nih” detik hati Nabil.“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu.Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"