Saya kongsikan soalan trial ICT 2012 negeri-negeri yang saya perolehi..Terima kasih atas sumbangan guru-guru yang mengirimnya kepada saya. Harapan saya agar soalan negeri lain yang belum diperolehi dapat dikongsi bersama saya.. Soalan-soalan ini boleh didapati diruangan muat tutun tingkatan lima.. Soalan-soalan yang kini dalam simpanan adalah seperti berikut...
1. Selangor
2. Terengganu
3. Pulau Pinang
4. Kedah
5. Negeri Sembilan
6. Kelantan
7. Wilayah Persekutuan
8. Pahang
9. Melaka (Seri Kota)
10.Johor (Mersing)
11.Johor (Kota Tinggi)
12.Perak (Hulu Perak)
13.Perlis
Kali ini berdasarkan huraian sukatan pelajaran terkini dalam Bahasa Malaysia,
saya kongsikan slaid pembelajaran dan pengajaran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Tingkatan 5. Seperti sebelumnya jika ada pembetulan, penambahbaikan atau lain-lain yang berkaitan sila email kepada saya. Sekadar berkongsi...
Selamat menghadapi trial SPM bagi para murid tingkatan 5 di mana sahaja. Tidak lupa khasnya bagi murid yag mengambil subjek ict. Saya di kesempatan ini memohon soalan trial ict 2012 daripada guru-guru serata negeri agar projek modul soalan2 ict berdasarkan subtopik dapat diteruskan dan dapat disebarkan secara percuma lagi... Selain itu saya akan turut berusaha agar soalan2 ini tidak akan bocor sebelum masanya. Maka itu penting bagi saya mendapat maklumat bila tarikh peperiksaan ict bagi setiap negeri dijalankan serta serentak atau tidak.. Saya telah mula menerima satu dua soalan negeri lain (soft copy) yang saya tidak akan dedahkan.. Selamat menghadapi peperiksaan sekali lagi...
saya kini baru seminggu lebih menghadapi........
Alhamdulillah Allah panjangkan umur.... Terima Kasih tidak terhingga kepada mereka yang mendoakan saya. Allah s.wt sahaja yang membalasnya....Amin... Bolehlah cuti berbulan ni buat projek ict yang baru...InsyaAllah....
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Maaf Zahir dan Batin. Semoga hari raya pada tahun ini membawa keceriaan kepada semua dan sama-samalah kita berhati-hati dijalan raya.

Menggunakan aplikasi atas talian ini membolehkan anda untuk memuat turun video daripada youtube, metacafe, dailymotion dan lain dengan cepat dan mudah. Lebih memudahkan lagi, ia mempunyai kelebihan memuat turun video dalam pelbagai format yang anda inginkan seperti mp4, 3gp dan terkini dalam bentuk mp3. Ini bermakna bagi murid-murid yang ingin menggunakan video daripada youtbe kebiasaannya bagi tugasan kerja kursus, mereka tidak lagi perlu untuk 'convert' video tersebut. Klik
SINI ke laman keepvid.
Pastinya bagi ramai guru tingkatan 5 yang mengajar ICT sedang sibuk pada bulan ini. Almaklum pentaksiran akan bermula pertengahan puasa ini. Sibuk mengejar murid-murid yang belum menyiapkan kerja kursus. Harap-harap guru tidak hilang kesabaran dengan karenah murid yang pelbagai macam..takut kurang pula pahala puasa...
Alhamdulillah..Ramadan tiba lagi. Syukur sekali lagi kita diberi peluang menempuhinya. Bersama kita berdoa agar Allah s.w.t memberikan kita kekuatan menjalankan ibadahNya dengan penuh kesabaran, ketenangan dan menerima amalan kita.. InsyaAllah...

Hari ini saya menghadiri kursus klip video anjuran Pusat Kegiatan Guru di kawasan saya. Walaupun telah mempunyai pengetahuan dalam membina klip video namun masih terasa agak teruja. Sudah bertahun rasanya tidak secara serius membina klip video ini. Pada kursus ini perisian mengedit video Pinnacle Studio 14 digunakan. Versi terakhir Pinnacle yang saya gunakan dahulu adalah versi 8. Semasa agak berminat sangat-sangat mengedit video dahulu, bermacam perisian juga yang telah dicuba termasuklah Power Director, Ulead, Sony Vegas dan beberapa lagi. Lama kelamaan minat semakin berkurang kerana membuat video pendek sekali pun memakan masa yang agak lama dan hingga tak perasan juga sebenarnya berpuluh cd video telah dihasilkan. Maka kesempatan tiba-tiba ini digunakan untuk 'refresh' semula ilmu yang ada di samping menimba ilmu-ilmu mengedit video yang baru. Penceramah yang memberi ceramah adalah pegawai bahagian ini daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor. Membina dan mengedit video sememangnya jika dipelajari secara serius boleh mendatangkan pendapatan yang agak lumayan. Keperluan yang perlu ada termasuklah kesungguhan, kreatif, bersedia menerima teguran, mengambil kursus-kursus jangka pendek serta lain-lain perkara lagi. Menyebut tentang memperoleh pendapatan sampingan daripada membina dan mengedit video ini, LUPA kan sahaja hasrat murni itu jika Kamera/Kamera Video anda bukan jenis beresolusi AMAT tinggi dan laptop/pc yang berkuasa sangat tinggi kerana itu lah keperluan asas menghasilkan video berkualiti tinggi.
Berdasarkan huraian sukatan pelajaran terkini dalam Bahasa Malaysia, saya kongsikan slaid pembelajaran dan pengajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tingkatan 4. Slaid P&P ini boleh dilihat pada ruangan yang telah saya sediakan di blog ini atau anda boleh terus ke
slideshare saya. Jika ada pembetulan, penambahbaikan atau lain-lain yang berkaitan sila email kepada saya. Sekadar berkongsi...
Aplikasi internet ini membolehkan anda membina kuiz khusus untuk kelas yang anda daftarkan. Aplikasi internet ini turut membolehkan anda memasukkan fail-fail multimedia. Antara kemudahan lain yang diberi termasuklah mewujudkan 'timer' bagi murid menjawab soalan, menghantar email kepada murid bagi mengingatkan mereka menjawab kuiz, paparan keputusan untuk murid dan sebagainya. Pada pendapat saya, untuk pengguna baru, anda perlu memahami sepenuhnya arahan dan kemudahan yang diberi agar penggunaan aplikasi ini dapat berfungsi sebaik mungkin. Klik
SINI untuk mendaftar akaun anda..
Teknik menjawab soalan ICT bagi murid-murid tingkatan 5 telah dilaksanakan pada hari ini. Seperti tahun lepas, Ketua Pentaksir Kebangsaan & pemeriksa kertas ICT Cikgu Choo Keng Fook dijemput bagi menyampaikan ceramah. Moga-moga murid-murid yang mengikutinya telah dapat menimba pengetahuan sebanyak mungkin agar lebih bersedia menghadapi peperiksaan sebenar kelak.
Youblisher adalah aplikasi internet yang dapat menukarkan bahan-bahan PDF anda kepada bentuk majalah atau buku. Seperti majalah atau buku, kita perlu menyelak setiap halaman bahan-bahan yang telah siap dimuat naik. Di samping itu bahan-bahan juga boleh di'embed' ke dalam blog atau pun laman web. Youblisher boleh menjadi salah satu pilihan bagi guru menerbitkan bahan-bahan P&P bagi murid-murid. Anda boleh KLIK untuk ke laman youpublisher.
Contoh