Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Selasa, Oktober 26, 2010

Kelajuan Internet 1GB/Saat

Pada tahun 2011, Google dalam perancangan untuk menguji rangkaian broadband berkelajuan ultra tinggi. Rangkaian ini akan menyediakan akses internet berkelajuan tinggi sekitar 100 kali kelajuan berbanding pada masa kini sehingga 1 GB (gigabit) persaat. Pengujian ini pastinya menggunakan enjin carian google iaitu Google Chrome. Cerita lanjut tentang pengujian ini boleh anda baca di New Technology World (sila klik)...

Turun Tapi Naik

Entri Internet Lembab ??? Kenapa??(13/03/10) menunjukkan kedudukan Malaysia dari segi kelajuan internet adalah ke 86 bagi download dan 75 bagi upload. Setelah 7 bulan saya lihat semua di  speedtest.net . Nampaknya semakin merundum dari segi download tapi naik sedikit dari segi upload  tetapi dari segi kelajuan nampaknya naik sangat sedikit sahaja. Apa nak dikata, di Malaysia ni mintak lebih sikit sikit boleh, tapi kenalah bayar lebih-lebih sikit !!!





Isnin, Oktober 18, 2010

Di Mana Gambar-Gambar Blog Tersimpan ??

Apabila kita muat naik (upload) gambar ke blog, pernahkah anda terfikir di mana ianya tersimpan ? Berapa banyak gambar yang telah anda muat naik ? Adakah cara untuk anda delete , tukar atau edit gambar-gambar tersebut dengan mudah ? Sebenarnya, gambar-gambar tersebut tersimpan di Picasa Web Album anda sendiri. Jika anda belum sign up, maka sign up dahulu akaun picasa anda. Ini bermakna anda perlu akaun gmail untuk anda signup akaun picasa web album. Anda akan dapat lihat satu folder album bagi ke semua gambar yang terdapat di blog anda. Pada album tersebut telah mempunyai kemudahan untuk anda edit gambar-gambar tersebut menggunakan PICNIC... Sangat mudah...cubalah !! Setakat 18 Oktober, gambar-gambar di blog saya adalah sejumlah 443 gambar..

Flow Chart (Chapter 6)

Bagi guru-guru ICT yang ingin mengajar flowchart, saya sertakan slaid pengajarannya di ruangan download. Disertakan sekali dengan latihan untuk murid-murid. Berguna sebagai bantuan asas dalam mengajar flowchart.

Pengalaman Dipantau Nazir

Pengalaman dipantau nazir memang sukar dilupakan. Dipantau ketua bidang pun dah menjadi satu masalah apalagi dipantau nazir. Memang kebanyakan guru tidak suka dilihat ketika mengajar walaupun oleh rakan guru sendiri. Permohonan untuk guru cemerlang awal tahun dulu diterima dan maka itu nazir datang pada hari ini. Agak kalut pada awalnya namun atas nasihat rakan-rakan yang telah dipantau sebelum ini maka beberapa persediaan yang perlu dapat dibuat awal. Antara persediaan penting yang perlu dibuat ialah merancang pengajaran dan pembelajaran. Jadi rasanya tiada masalah mengenai itu. Saya baru tahu bahawa untuk permohonan GC, nazir diarahkan untuk melihat sahaja P&P guru dan mereka tidak AKAN komen langsung P&P yang anda jalankan. Selain itu fail-fail mestilah lengkap dan susun siap-siap atas meja.  Sangat memudahkan jika terdapat perkara-perkara yang ingin nazir lihat. Apa yang saya lihat, nazir GC ingin melihat bagaimana kita MENJUAL diri kita dan ini termasuklah pengetahuan am semasa yang berlaku di negara kita lebih-lebih lagi berkaitan dasar dan sebagainya. Ianya banyak menjurus kepada bidang kita.
HARAPAN saya.... siapa yang tidak berharap...setelah apa yang kita lakukan..dan kita sendiri yang membuat permohonan.. tiada siapa paksa pun. APA yang penting..percaya kepada rezeki yang ALLAH beri... redha segala ketentuannya. Saya terima sahaja keputusannya nanti. YANG penting kita dah cuba. NAZIR terima permohonan saya pun dah kira syukur kerana sekurang-kurangnya apa yang kita tulis di borang permohonan telah diluluskan..

Khamis, Oktober 14, 2010

Penguat Semangat Diri

Bermula dari cuba-cuba, akhirnya selepas setahun setengah tercapai juga hasrat. Semoga rakan-rakan se batch dulu berjaya juga. Terima kasih pada rakan-rakan yang banyak membantu dan kepada famili terutamanya...

Rabu, Oktober 13, 2010

Follow Blog & Google Reader

Rupa-rupanya ramai tidak tahu bahawa tidak perlu membuka blog yang kita minati untuk membaca entri-entri baru blog tersebut. Cukuplah dengan follow blog-blog yang anda suka dan membacanya di google reader. Ikuti langkah berikut.. Pastikan anda telah ada akaun Gmail dan follow beberapa blog yang anda suka.





1. Buka Gmail anda
2. Klik pada reader seperti di bawah.
















3. Apabila paparan google reader telah terbuka. Perhatikan pula kepada All Items atau pun blogs i'm following .All Items atau pun blogs i'm following ini adalah blog-blog yang telah anda ikuti (follow). Cuma klik dan semua update terbaru blog-blog yang anda follow akan terpapar.Jadi tak perlulah buka semua blog yang anda follow ok !!



Sabtu, Oktober 09, 2010

Picasa - Cepat Dan Mudah

Klik SINI untuk memuat turun Picasa 3.8,. Dengan adanya perisian daripada google ini akan memudahkan banyak kerja lebih-lebih lagi jika kita menggunakan pelbagai aplikasi internet. Antara kemudahan yang ditawarkan jika anda memasang (install) di pc anda adalah:



i. Semua folder gambar yang ada di komputer anda tidak kira disimpan di mana akan di paparkan dalam perisian Picasa ini.
























ii. Muat Naik Gambar ke dalam Picasa Web Album. Jika anda telah mempunyai Picasa Web Album, maka perisian ini akan memudahkan anda memuat naik satu folder gambar dengan cepat dari PC ke Web. Cuma pilih folder dan perisian ini akan synchronise ke web album anda. walaubagaimanapun anda perlu pastkan telah sign in email google anda. 
























iii. Pilih gambar dan emailkan gambar.
























iv. Cetak, hantar entri / post  blog  , editing video






Picasa juga memudahkan untuk mecetak gambar pilihan anda, mengeksport folder gambar ke mana anda mahukan, membina entri / posting baru ke blog anda dan juga membina video. Selain itu terdapat beberapa lagi aplikasi yang boleh anda buat menggunakan perisian picasa ini.


p/s: walaupun ia merupakan promosi free untuk google, namun saya pasti perisian ini sangat berguna untuk anda kerana ia terbukti memudahkan kerja saya !!!

PDF - Split And Merge

Menggunakan  perisian open source ini membolehkan anda untuk mencantum atau memisahkan fail-fail berjenis PDF. Klik di SINI untuk memuat turun. Perisian ini sangat berguna di masa-masa tertentu..


p/s: thank Cikgu Shan (lenggong) for the info...

Selasa, Oktober 05, 2010

Mesyuarat Terjemahan Perisian ICT

Bertempat di Seri Cempaka Services Suites saya menghadiri Mesyuarat Terjemahan Bahan Dalam Perisian Kursus Pengajaran (Teaching Courseware) Mata Pelajaran ICT Menengah Atas Ke Dalam Bahasa Melayu Bil 2/2010. Bermula 4 hingga 7 Oktober menterjemah dari Bahasa Inggeris ke bahasa Melayu nak di kata sukar tak sesukar mana  tapi agak pening lalat sedikit.

Ahad, Oktober 03, 2010

Gunakan Sebaiknya..


Walaupun skrin LCD dah takde namun jika masih boleh diguna maka gunakan sebaiknya. Kalau orang lain dah lama tukar laptop baru atau cari skrin baru..(laptop rakan)

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"