RMMICT@FACEBOOK

Isnin, April 04, 2011

Hacker Je Yang Kena....

Jika kita membaca di forum-forum, terdapat perbezaan pendapat antara hacker dan cracker.. Ada yang mengatakan kedua-duanya adalah sama manakala selebihnya terdapat perbezaan besar antara keduanya. Hacker menurut pendapat adalah individu yang..
mahir dengan komputer dan atau pengaturcaraan tahap elit dan mampu memasuki sesuatu sistem atau aturcara sama ada secara sah atau tidak. Hacker diertikan juga sebagai individu yang memasuki sistem dengan tujuan menguji sistem keselamatan, belajar sistem itu sendiri atau menambah baik sistem tersebut. Hacker juga dikatakan tidak bertujuan untuk merosakkan sesuatu sistem itu. Isu undang-undang timbul apabila hacker memasuki sistem tanpa kebenaran yang sah dari pemiliknya. Pencerobohan berlaku dan apabila sistem telah dipaten maka hacker akan tertakluk kepada undang-undang dan boleh dikenakan tindakan walaupun sistem tersebut tidak diusik barang sedikit pun.

Cracker pula adalah individu yang juga berkemahiran
dengan komputer dan atau pengaturcaraan tahap elit dn mengunnakan kemampuan mereka untuk keuntungan diri mereka sendiri Sebagai contoh, mencuri data, mengubah akaun bank, penyebaran virus dan lain-lain. 

Kebiasaanya seseorang cracker merupakan hacker kerana kemampuan dan kemahiran mereka dalam komputer terutamanya pengaturcaraan. Untuk lebih mudah difahami, semua cracker adalah hacker, namun tidak semua hacker adalah cracker. Ini merupakan perbezaan penting antara keduanya. Oleh sebab itu istilah cracker seakan-akan tidak dipedulikan dan apabila berlaku sesuatu maka hacker dipertanggunjawabkan atas tindakan hacking mereka.

Istilah cracker dan hacker yang digunakan secara bergantian (walaupun salah) sebahagian besar disebabkan oleh ketidaktahuan masyarakat umum terutamanya media.


Anda boleh membaca beberapa artikel tentang hacker-hacker yang terkenal di pautan di bawah..
http://progsystem.free.fr/greatesthackers.htm
http://techbu.com/2008/03/06/top-ten-best-hackers-of-the-world
http://www.itsecurity.com/features/top-10-famous-hackers-042407
http://www.scribd.com/doc/2056821/Top-List-of-Famous-Hackers-of-All-Time


sumber :
http://wiki.answers.com/Q/What_is_the_difference_between_hacking_and_cracking
http://en.wikipedia.org/wiki/Hacker_%28computer_security%29

2 comments :

Tanpa Nama berkata...

ha? semua cracker adalah hacker... means cracker jugak hacker.. jadi xada isu la..

takkan nak buat rules hacker yang crack saja kena... erk?

Tanpa Nama berkata...

cracker adalah golongan hacker yang jahat eyh.. ouu.. paham2...

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"