TELEFON
Dulu ramai nampak orang ‘bergayut’ di pondok telefon.. berbaris..siap ada yang melepak tunggu giliran.. muka dah jadi lain mcm bila ada mamat berjam-jam bergayut..
Telefon awal masuk di Malaysia pula boleh mati anjing bila di baling… sekarang dah jadi besar balik.. bila ada teknology android ni.. skrin kena besar..baru puas sentuh skrin tu…
Dulu, posmen tak menang tangan proses surat… menyampah pun ada, sakit hidung pun ada..ye lah… surat wangi-wangi ni mesti nak bagi makwe atau pakwe… sekarang sms je… tak pun email.. ada facebook ni, surat jemputan pun dah kurang..siap tanya ya, tidak atau mungkin…. Cam tak ikhlas jemput jee…
Simpulan bahasa, malu bertanya sesat jalan sekarang dah tak relevan diguna… yang baru… tak ada gps…tak jumpa jalan !
Dulu cukup berhati2 ambil gambar, takut tak cantik sebab guna filem..rugi !!! sekarang belasah je la..ambil yang elok buang yang tak elok…digital la katakan….
Dulu di rumah orang , bawah meja kopi, punya banyak buku album, sekarang buku album tak laku… tengok je kat fb ke, slideshare ke…..
Kalau nak tukar channel cukup punya liat dulu… kalau baring jauh dari tv tu memang la malas betul nak bangun..sekarang, nak buka tv automatik pun dah boleh ‘set’…
Paling diingati adalah tiket bas. Terdapat seorang atendan bas yang akan melalui penumpang untuk mengutip duit dan memberikan tiket. Tiket di ketip pada masa dan tarikh. Kalau dapat sahaja tiket tu kemudian buang dan tiba-tiba inspektor bas naik…. Hahaha…kelam kabut mencari balik !!!
Sedikit masa dulu masa mula-mula keluar guna kaset, lepas tu guna cd, lepas tu entah bila pupus tak perasan pula… sekarang guna apa ? Ipod…
VIDEO KASET
Punya la besar video kaset ni.. Pemain kaset ini pun besar la juga... Dahhulu ada kedai sewa video kaset ni..sekarang dah tiada dah... Sebuah kaset, sewanya bergantung kepada ceritanya...
Ada banyak lagi..ini hanya sebahagian sahaja.. Walau apa pun, ia sesuatu yang harus kita terima dan alami...
Ada banyak lagi..ini hanya sebahagian sahaja.. Walau apa pun, ia sesuatu yang harus kita terima dan alami...
1 comments :
wah..ringkas tp best sngt.ley wat teka-teki nih.hihihii
Catat Ulasan