RMMICT@FACEBOOK
Isnin, April 05, 2010
Fiber Optic
Hari ini syarikat yang datang bagi menyambung semula kabel fiber optik yang putus datang ke sekolah. Apa yang menarik minat adalah tool yang digunakan bagi menyambung kabel fiber optik tersebut. Sebenarnya memang tahu harga alat ini memang mahal tapi tak sangka la pula semahal itu. Satu set tool yang lengkap harganya sahaja boleh mencecah RM48 ribu. jadi tidak hairan la jika kos pemasangan kabel optik semangnya mahal.
Ahad, April 04, 2010
Information System (Chapter 6)
Give The Meaning Of Data, Information And Information Systems
1 data is a collection of unprocessed items, which can include text, numbers, images, audio and video.data are the raw, unprocessed facts, including text, numbers, images and sound.
2. information is data that organized and meaningful to a specific user.
3. information systems is the collection of software, hardware, data, people and procedure information and supports user activity in an organization.
1. data merupakan koleksi bahan mentah yang mengandungi samada teks, nombor, imej, audia dan video
2. informasi adalah data yang diuruskan dan bermakna kepada pengguna berkaitan
3. system informasi adalah koleksi perisian, perkakasan, data manusia dan informasi berprosedur dan menyokong penggunakan melakukan aktiviti di dalam organisasi
FIELDS | GENERAL USAGE |
EDUCATION |
|
BUSINESS |
|
MANAGEMENT |
|
LAPANGAN | KEGUNAAN |
PELAJARAN |
|
PERNIAGAAN |
|
PENGURUSAN |
PENGURUSAN MASA DAN INVENTORI PRODUK |
Ahad, Mac 21, 2010
Sidang Video
Metro 21 Mac: LAMBOR: Pasangan pengantin baru Mohd Zahid Abu Bakar, 29 yang berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan pasangannya Yasidah Abu Bakar, 27, di sini, mencatat sejarah unik apabila melangsungkan perkahwinan sidang video dengan mewakilkan abang pengantin lelaki, Mohd Nikman, 33, untuk akad nikah.
Begitulah jika teknologi digunakan sebaiknya. Paling penting, ia MUDAH dan MURAH... Namun begitu tidak dinyatakan apakah nama, jenis atau aplikasi sidang video yang digunakan. Teringin benar hendak tahu.. Lambor jika sesiapa tidak tahu terletak di Perak, saya pernah praktikal mengajar di sana dahulu tahun 1995. Kini Lambor sebuah tempat yang telah maju. Berbalik kepada sidang video, jika sesiapa menonton biggest loser finale terdapat sidang video diadakan. Mereka menggunakan skype.. Jika pada awal dahulu yahoo messanger menawarkan perkhidmatan sidang video, kini pelbagai aplikasi menjadi pilihan ramai. Selain skype, kita juga boleh menggunakan OoVoo atau 6 Rounds. Rugi benar rasanya jika kita cuba menggunakan apa yang disediakan, sekali lagi, ia MUDAH, MURAH dan PERCUMA !!!!
Begitulah jika teknologi digunakan sebaiknya. Paling penting, ia MUDAH dan MURAH... Namun begitu tidak dinyatakan apakah nama, jenis atau aplikasi sidang video yang digunakan. Teringin benar hendak tahu.. Lambor jika sesiapa tidak tahu terletak di Perak, saya pernah praktikal mengajar di sana dahulu tahun 1995. Kini Lambor sebuah tempat yang telah maju. Berbalik kepada sidang video, jika sesiapa menonton biggest loser finale terdapat sidang video diadakan. Mereka menggunakan skype.. Jika pada awal dahulu yahoo messanger menawarkan perkhidmatan sidang video, kini pelbagai aplikasi menjadi pilihan ramai. Selain skype, kita juga boleh menggunakan OoVoo atau 6 Rounds. Rugi benar rasanya jika kita cuba menggunakan apa yang disediakan, sekali lagi, ia MUDAH, MURAH dan PERCUMA !!!!
Sabtu, Mac 13, 2010
Internet lembab ??? Kenapa ??
Jawapannya kerana kelajuan internet di Malaysia memang perlahan. Lihat kelajuan muat turun (download) di bawah.. Malaysia berada di tempat 86.. sungguh jauh dibandingkan dengan Korea sebuah negara asia juga..Jika dibanding dengan negara asia tenggara, kita berada di belakang Filipina, Thailand dan Singapura. Tidak bolehkah sesuatu yang kerajaan boleh lakukan mengenai hal ini ?? Ini kerana umum tahu, kita antara negara yang begitu banyak memperihalkan tentang internet..segala macam internet... promosi sana..promosi sini... Jika melihat dari segi naik turun (upload) negara kita di ranking 75 setakat ini...

sumber : speedtest.net

sumber : speedtest.net
Ahad, Mac 07, 2010
Belajar Menggunakan Google Doc Presentation
Penggunaan google doc sememangnya merupakan satu cara yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan p&p mereka. Minggu lepas satu mencuba aplikasi ini ke atas murid-murid saya. Apa yang dapat di perhatikan menggunakan aplikasi yang membolehkan mereka bersembang atau chatting dengan rakan lain menjadi daya penarik mereka yang utama. Menjadi tugas guru memikirkan bagaimana penggunaan aplikasi google doc ini boleh memberi kelainan dan strategi baru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Rabu, Mac 03, 2010
VB Modules For Assessment (Chapter 5)

Untuk guru dan pelajar ICT saya sertakan modul Visual Basic yang mudah merangkumi 3 tajuk iaitu Circle, average 3 Number dan Triangle. Ini adalah untuk kerja kursus ICT .Modul-modul ini boleh didapati di ruangan muat turun. Klik SINI untuk terus ke ruangan muat turun.
Selasa, Mac 02, 2010
Mesyuarat Terjemahan Sukatan
Dari 1 hingga 4 Mac 2010 ini, saya menghadiri mesyuarat terjemahan sukatan matapelajaran ICT tingkatan 4 dan 5.. Sebagaimana sedia maklum..dassar PPSMI telah berubah, dan ini termasuk juga mata pelajaran ICT. Mata pelajaran ICT bermula 2012 akan bertukar semula namanyanya kepada mata pelajaran teknologi maklumat dan komunikasi dan diajar dalam bahasa melayu… Mesyuarat bertempat di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi Putrajaya..
My birthday
Tahun ini rasanya seronok sangat...dah bertahun-tahun lamanya tidak pernah mengalami keadaan di mana sebegitu ramai yang mengucapkan selamat hari jadi... Ini semua gara-gara facebook.. selama ini tak pernah peduli di bahagian event di facebook tu... Kini baru perasan..itu lah gunanya... terima kasih..
Sabtu, Februari 20, 2010
Tiada Talian Internet
Di musim-musim cuti sekolah di kampung tempat admin tinggal ni memang banyak kenduri kahwin. Ini termasuklah cuti tahun baru cina yang baru sahaja berlalu. Maka adanya 2 ke 3 buah kenduri serentak pada hari yang sama memang tidak dapat dielakkan.. Cerita admin dah agak lama cuma kali ni dengan orang yang berlainan. Saya terjumpa seorang pakcik tu... maka dialognya begini.. "pakcik, dah pegi rumah kenduri pakcik .....? Maka di jawab oleh pakcik ni... "Rumah dia tak de talian internet !!".. Tergelak saya mendengarnya.. Nak tahu mengapa? Sudah lumrah hidup di kampung.. jika ada kenduri kendara, kematian,majlis doa selamat, maka hendaklah kita rajin berkunjung... jika jenisnya orang itu tidak bercampur orang..maka jika buat kenduri macam mana orang lain hendak datang... itu lah sebabnya... Apa yang menarik di sini adalah ayat yang di gunakan.. bagaimana pakcik-pakcik menggunakan ayat teknologi itu dan diperumpamakan dengan sikap seseorang.. Jelas di sini bahawa pakcik-pakcik walaupun di kampung faham bahawa internet memainkan peranan penting dalam berhubung dengan orang lain.. Ingat ye... semoga tiada pula orang lain kata rumah kita tiada talian internet !!! renung-renungkan... sebab internet itu sendiri menyebabkan kita jarang bergaul dengan persekitaran luar...
Jumaat, Februari 12, 2010
Google Buzz
Baru-baru ini google melancarkan pula google buzz. Jika dilihat pada gmail kita telah sedia ada google buzz ini. Google buzz menurut kata google memberi kemudahan kepada penggunanya untuk segala macam perkara yang telah biasa kita lakukan seperti mesej, gambar, chatting dan sebagainya. Nampaknya aplikasi ini seperti agak biasa kepada kita. Jelasnya kelihatan seperti twitter bagi menghantar pesanan ringkas. Dilihat padanya, yahoo telah ada kemudahan ini iaitu yahoo buzz.. Tiru kot... Google wave pun belum habis belajar lagi atau kita gunakan sepenuhnya dah keluar pula yang baru. Kita sekarang mempunyai banyak pilihan dan terpulang kepada kita yang mana hendak digunakan. Pendapat saya maksimumkan penggunaan bagi dua atau tiga sudah mencukupi, jika semuanya hendak guna maka sudah tentu berterabur jadinya.
Rabu, Februari 10, 2010
Kolaborasi Antara Pelajar
Menggunakan skype, saya dan rakan saya membuat satu kolaborasi antara pelajar kami. Menarik memerhatikannya..
Langgan:
Catatan
(
Atom
)









