RMMICT@FACEBOOK

Sabtu, Februari 20, 2010

Tiada Talian Internet

Di musim-musim cuti sekolah di kampung tempat admin tinggal ni memang banyak kenduri kahwin. Ini termasuklah cuti tahun baru cina yang baru sahaja berlalu. Maka adanya 2 ke 3 buah kenduri serentak pada hari yang sama memang tidak dapat dielakkan.. Cerita admin dah agak lama cuma kali ni dengan orang yang berlainan. Saya terjumpa seorang pakcik tu... maka dialognya begini.. "pakcik, dah pegi rumah kenduri pakcik .....?  Maka di jawab oleh pakcik ni... "Rumah dia tak de talian internet !!".. Tergelak saya mendengarnya.. Nak tahu mengapa?  Sudah lumrah hidup di kampung.. jika ada kenduri kendara, kematian,majlis doa selamat, maka hendaklah kita rajin berkunjung... jika jenisnya orang itu tidak bercampur orang..maka jika buat kenduri macam mana orang lain hendak datang... itu lah sebabnya... Apa yang menarik di sini adalah ayat yang di gunakan.. bagaimana pakcik-pakcik menggunakan ayat teknologi itu dan diperumpamakan dengan sikap seseorang.. Jelas di sini bahawa pakcik-pakcik walaupun di kampung faham bahawa internet memainkan peranan penting dalam berhubung dengan orang lain.. Ingat ye... semoga tiada pula orang lain kata rumah kita tiada talian internet !!! renung-renungkan... sebab internet itu sendiri menyebabkan kita jarang bergaul dengan persekitaran luar...

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"