Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Isnin, Julai 26, 2010

Perisian Untuk Mengedit Gambar

Terdapat banyak perisian di pasaran yang boleh digunakan bagi mengedit sesuatu gambar. Untuk profesional sudah Adobe Photoshop menjadi pilihan. Tetapi bagaimana pula untuk mereka yang tidak pandai menggunakannya atau tidak rajin mempelajarinya, tetapi mahu gambar mereka kelihatan lain dan menarik. Terdapat beberapa perisian mengedit gambar yang tidak perlukan kemahiran tinggi menggunakannya.

Kesemua perisian ini mudah digunakan dengan arahan mengedit yang telah jelas disediakan.

1. Adobe Lightroom






 (SINI) untuk download


2. Dynamic Photo HDR






















(SINI) untuk download

3. Photo Brush





















(SINI) untuk download

4. Real Draw Pro






















5. Dynamic Auto Painter

























(SINI) untuk download

Saya telah mencuba kesemuanya. Pada pendapat saya, adobe lightroom paling mudah, dynamic photo dan photo brush agak biasa. Real draw menarik tetapi perlukan sedikit kemahiran manakala Dynamic Auto Printer amat menarik cuma ia mengambil masa menunggu perisian ini mengedit gambar kerana ianya secara automatik. Mungkin ada cara mempercepatkannya. Sesiapa pernah guna perisian-perisian ini mungkin boleh berkongsi pengalaman menggunakannya.

Jumaat, Julai 23, 2010

Top Ten Tools For Learning





Layari laman web berikut (SINI) untuk mengundi 10 Aplikasi teratas untuk pengajaran. Jika ingin melihat aplikasi terbaik 2009 hasil undian ramai sila klik READ MORE.. Sekadar sebagai sumbangan sukarela di samping salah satu tempat bacaan bagi penambahan ilmu.


Isnin, Julai 19, 2010

Ke Mana Belayarnya ?? Ketahuilah....













Melalui internet kini anak-anak mudah terdedah dengan pelbagai perkara yang boleh meruntuhkan moral dan akhlak. Hanya dengan perkataan yang tidak baik maka akan terpapar segala macam perkara. Ini belum lagi segala macam 'pop up' yang keluar di skrin. Dengan perisian Lastbit Surf Logger ini kita dapat mengetahui ke mana hala tujuan anak-anak kita. Ianya memapar url web yang dilayari, tarikh dan juga masa... Seperti gambar di bawah





































**walau bagaimanapun , kelemahan perisian ini adalah ianya cuma untuk IE (Internet Explorer) sahaja. Jika ada perisian yang boleh detect browser lain, kongsi-kongsi lah dengan saya...

Sabtu, Julai 17, 2010

Muat Turun Slaid PowerPoint LA 1-6









Kepada para guru ICT dan pelajar-pelajar ICT, saya kongsikan persembahan PowerPoint bagi setiap Bidang pembelajaran (Learning Area 1- 6) dan ianya dalam dwibahasa. Ianya boleh didapati di ruangan Muat Turun.

no 4

no5
.

Khamis, Julai 15, 2010

Mudahnya Muat Turun










Mudah sangat rasanya apabila menggunakan perisian untuk memuat turun ini. Perisian BVTH-IDM Silent  yang saya gunakan ini sangat menyenangkan. Cuma klik start download. Tidak perlu apa-apa, perisian ini memberikan button nya seperti di bawah apabila video atau lagu bermula. Anda boleh memuat turun perisian tersebut di SINI.

Rabu, Julai 14, 2010

Memasang Shoutmix / chat box 'Side Bar widget'



Ada yang bertanya bagaimana caranya meletakkan chatbox/shoutmix di tepi blog. Pada blog ini saya letakkannya di sebelah kanan. Ia terpulang kepada sesiapa untuk meletakkannya di kiri atau kanan. Ikuti langkah berikut:

 1. Anda mestilah telah mempunyai akaun shoutmix/chat box.

2. Pergi ke page element

3. Add gadjet (ikut kehendak sendiri, tak kisah ambil mana2 bahagian pun. Jika telah siap pasang chat, gunakan bahagian itu, tetapi terlebih dahulu cut kod html nya dan paste dulu di tempat lain)

4. Dapatkan  kod html berikut; klik SINI

5. Ambil semula kod html chat yang anda paste ditempat lain tadi dan letakkan pada ruangan PUT YOUR CHATBOX OR SHOUTMIX HTML CODE HERE (perkataan ini delete la yee)


6.Save dan selesai.

Penggunaan Google Maps

Mesyuarat guru bagi membincangkan perkhemahan Kokurikulum 2010 maju setapak lagi. Oleh kerana banyaknya pertanyaan tentang di mana tempat perkhemahan diadakan, maka pada mesyuarat pada tahun ini, guru-guru dipaparkan dengan paparan Google Maps. Nampaknya tiada lagi komplen kedengaran dari guru, semua jelas dan mudah. InsyaAllah pada pos akan datang kita akan membincangkan bagaimana google maps berperanan dalam membantu kita apatahlagi bagi mereka yang tidak ada GPS.

Susah Juga Nak Buat Rupanya !!!

Minggu ini di sekolah adalah minggu Teknik dan Vokasional. Pertandingan memasang tayar antara aktiviti yang dijalankan. Nampak sahaja senang rupanya, terkial-kial juga nak memasangnya balik. Sudahla kalah, bila di pam bocor pula. Nampaknya kemahiran memasang tiub basikal anak-anak tidak mendatangkan kelebihan buat saya. 

Hasilkan Gambar Pos Berkualiti Tinggi


















Biasanya kualiti gambar yang diupload pada entry pos tidak memberikan hasil yang cantik dan berkualti. Untuk mendapatkan gambar yang berkualiti, ikuti langkah berikut ;

1. Mula-mula anda upload gambar..



2. Klik pada Edit Html bagi melihat kod gambar tersebut..
 Lihat kod yang dibulatkan seperti di bawah..



3. Anda cuma perlu tukarkan s400 tersebut s1600 seperti di bawah.. Publish pos anda, selesai.. selamat mencuba..


Bengkel Khidmat Bantu ICT

Selama 2 hari bermula semalam saya dan penyelaras bestari zon PKG (Pusat Kegiatan Guru) Bukit Badong menyertai bengkel khidmat bantu ICT di SK Ijok Kuala Selangor. Bengkel yang dianjur oleh PKG pada setiap tahun ini bertujuan membantu sekolah yang terpilih agar kemudahan ICT yang ada disekolah dapat dipertingkatkan lagi penggunaannya.

Isnin, Julai 12, 2010

Gabungan Manusia & Teknologi

Ketika pos ini ditulis, perlawanan separuh masa kedua final piala dunia baru hendak bermula. Video pembuatan bola rasmi piala dunia 2010 yang begitu kontroversi ini menarik untuk disaksikan.

Paparan Windows - DULU hingga SEKARANG

Saya mula mengenali komputer pada tahun 1990 di tingkatan 3. Pada ketika itu paparannya warna hijau. Warna 'games'nya semua hijau. 'Cave Man' yang tidak mungkin saya lupakan. Mari lihat paparan Windows dulu hinggalah sekarang..











Bermula dengan MS DOS. Sebanyak 7 versi MS DOS yang mana setiap satunya terdapat penambahbaikan. Kebanyakakan versi MS DOS berlatarbelakangkan hitam seperti di atas dan juga seperti di bawah ini.





































Kemudian perubahan mula ketara apabila MS DOS 7 muncul dengan warna mula mengambil peranannya.


















Selepas itu muncullah perkataan WINDOWS... bermula dengan Microsoft Windows 1.0 hingga Microsoft Window 3.0 (1985-1990) seperti dibawah;


















































Pengeluaran windows 3.0 di hapuskan sepenuhnya pada tahun 2001. Kerjasama antara Microsoft dan IBM pada lewat 80an mewujudkan OS/2 bagi meneruskan kejayaan DOS. Di lancar pada 1987  bermula dengan versi 1.0 sehingga 3.0. Pada ketika inilah komputer mula bergerak maju dengan kerja pelbagai tugas (multitasking) dapat dilakukan. Gambar seperti di bawah adalah OS/2 (kurang pasti versi apa..)



















Diawal 90 an Microsoft dan IBM berbalah dan berpecah. IBM meneruskan projek OS/2 sementara Microsoft meneruskan OS/3 yang mana kemudian munculnya Microsoft Windows 3.1 ataupun lebih dikenali sebagaii Windows NT yang dilancar pada tahun 1992. Nama kod bagi windows NT adalah CAIRO.



































Pada generasi windows NT 3.5 inilah muncul fail sistem NTFS (New Technology File System) yang mana Windows NT ini sangat stabil dalam pasaran sebagai Windows yang berfungsi sebagai SERVER. Perhatikan, pada masa itu games 'free cell' telah bermula dan masih ada  sehingga kini


Microsoft terus bergerak dan pada tahun 1995, munculnya generasi baru iaitu Windows 95 atau NT 4.0 ataupun lebih tepat windows 95 terletak diatas antara muka NT 4.0. Perhatikan, warna-warna semakin banyak pada windows ini. Nama kod bagi windows generasi ini adalah CHICAGO.


 
















Pada 25 Jun 1998, Microsoft seterusnya melancarkan Windows 98. Windows ini menyokong banyak pmacu(driver) perkakasan dan menambahkan sokongan kuat kepada file sistem FAT32.Windows 98 second edition kemudiannya memberikan kelancaran yang lebih kepada generasi windows ini dengan pertambahan sokongan kepada banyak pemacu(driver) perkakasan .Contohnya perkakasan yang menggunakan USB (universal serial bus).
























Generasi Windows NT berterusan kepada NT 5.0 yang mana lebih dikenali sebagai Windows 2000. Ia sangat berjaya sebagai sistem pengoperasian yang sangat berjaya sebagai komputer SERVER dan rangkaian.


















Di alaf baru pada September 2000, Windows ME (Millenium Edition) diperkenalkan dan memberi nilai tambah kepada multimedia dan ciri-ciri mesra internet. pada generasi inilah SYSTEM RESTORE diperkenalkan. Windows ME ini merupakan versi windows paling cepat diganti iaitu selama setahun sahaja kerana merupakan persinggahan sementara antara Windows 2000 dan Windows XP.


















Setahun selepas Windows ME iaitu pada 2001 dengan nama kodnya WHISTLER, muncullah Windows yang paling berjaya dalam generasi Windows sehingga kini iaitu Windows XP. Windows yang sangat mesra pengguna ini paling lama bertahan iaitu antara 2001 sehingga 30 januari 2007 dengan Service Pack (SP) 1 pada september 2002, SP 2 pada Ogos 2004 dan SP 3 pada April 2008. Versi paling popular dalam generasi ini adalah XP Home dan XP Profesional.




















Pada tahun 30 November 2006, Microsoft melancar generasi Windows terbaru yang mana dianggap oleh pengguna sebagai PALING GAGAL iaitu Windows Vista. Didatangkan dengan reka bentuk serba baru dan menarik dan berteknologi tinggi. Dengan keperluan spesifikasi yang sangat tinggi denggan XP dan terdapat beberapa masalah dengan sistemnya yang kurang menyokong dengan mudah pemacu menyebabkan windows XP kekal digunakan oleh ramai pengguna komputer.


















Asalnya dikenali dengan nama kod BLACKCOMB dan VIENNA, Microsoft memperkenalkan generasi terbaru yang dikenali kini sebagai Windows 7. Windows ini dianggap sebagai pembaikan daripada Windows Vista. Ia ringan tetapi berkuasa.Dibina dalam tempoh 3 tahun selepas Vista.



















****SEGALA INFO DI ATAS ADALAH MELALUI PEMBACAAN SAYA, JIKA ADA KESALAHAN FAKTA MAKA DIPOHON DAPAT MEMBERIKAN MAKLUM BALAS DENGAN MEMBETULKANNYA... terima kasih...

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"