RMMICT@FACEBOOK
Selasa, Ogos 16, 2011
Keperluan Atau Kehendak
Pada pendapat saya, teknologi android yang menjadi kegilaan masa kini memang menarik. Terleka apabila menggunakannya. Almaklum sahaja apabila meminjam orang lain punya memang menarik untuk dipegang. Terasa sangat ingin membelinya. Namun apabila memikirkannya buat kali kedua dan berbincang dengan rakan, perkara penting berikut mulai timbul. Adakah satu keperluan untuk saya memilikinya ? Penting sangatkah ? Perlukah seorang guru ict mempunyainya ? Takut pula dikata ketinggalan zaman... Kehendak diri memang mahu memilikinya.. Ramai pula yang provoke !!! Mengenangkan telefon teknologi nokia ditangan ini masih elok dan tidak mendatang masalah..... Hmmmm... nanti dulu lah...... Nak raya....
Selasa, Ogos 09, 2011
Paling Teruk Di Malaysia !!!
Saya dihubungi oleh pegawai BPK (Bahagian Pembangunan Kurikulum) semasa di sekolah yang bertanyakan tentang maklumat yang mereka perolehi tentang bilangan komputer sekolah saya. Beliau melahirkan rasa terkejut saya kira kerana bilangan komputer bekalan KPM yang masih berfungsi adalah 0 !!! Bagaimana P&P ICT dijalankan ? Menurutnya antara paling teruk di Malaysia... Bangganya...hahaha..
Sememangnya benar kerana setelah hampir 2 tahun perkara ini berlaku. Komputer di makmal komputer telah mendapat surat kelulusan pada Julai tahun lepas. Sehingga kini masih tiada penggantian. Hairannya terdapat sekolah di daerah saya yang mendapat komputer baru tanpa membuat sebarang pelupusan komputer. Apabila ditanya, samada PKG, PPD mahupun Jabatan tidak tahu menahu langsung. Ini kerana penggantian komputer adalah secara terus daripada BTPN. Bagaimana mereka memilih sekolah untuk penggantian komputer masih lagi misteriiiiiiiii....
Saya tidak kisah..apa boleh buat.. surat dihantar tiada jawapan... tunggu sahajalah.. semakin ramai pelajar ICT di sekolah saya...semakin teruk keadaan makmal komputer.. Sekurang-kurang agak bernasib baik terdapat 8 buah komputer pelupusan daripada LHDN Jalan Duta.. Ianya hasil bantuan ibu bapa pelajar di sekolah saya.... Syukur kerana pelajar masih dapat menggunakan komputer walaupun terpaksa berkongsi....

Isnin, Ogos 08, 2011
Nasib Guru Sekolah Biasa
Kini ada sekolah berprestasi tinggi, sekolah kluster dan bermacam jenis sekolah hebat yang lain.. Tidak menafikan rezeki guru sekolah-sekolah hebat ini. Apa yang menjadi kebimbangan adalah nasib guru-guru di sekolah biasa. Apakah kebarangkalian untuk mereka dan dalam kes ini termasuk juga saya merasai apa yang dinikmati oleh rakan guru di sekolah-sekolah hebat yang lain. Kepada guru yang berada di sekolah mana diberikan kepada untuk jawatan-jawatan guru yang baru seperti guru cemerlang, guru wibawa, pendeta guru. Untuk sekolah biasa ? Rasanya macam jauh panggang dari api ...
Adakah terdapat kuota-kuota tertentu? Bunyi saya ini seperti dengki atau sakit hati.. Namun itu yang berlaku, saya tidak dapat menafikan apa yang saya rasa..Sebagai contoh terdekat, di daerah saya terdapat sebuah sekolah berasrama penuh yang baru menjadi sekolah berprestasi tinggi.. Saya bold kan berasrama penuh itu bagi menjelaskan lagi jenis pelajar yan terdapat di sekolah tersebut. Berita terkini yang diperolehi kini, di sekolah tersebut terdapat berpuluh-puluh guru cemerlang (gc) di sana.. Ada yang baru melangkah masuk syarat dah ada yang dapat..
Seperti yang dikatakan, bukan menidakkan rezeki guru terbabit, namun persoalan sebenarnya adalah cara pemilihan dilakukan.. Pastikah tiada kerenah birokrasi di sini ? Perkara seperti ini yang membuat guru-guru di sekolah biasa seakan tidak berminat atau memang tidak untuk memohon... seperti saya.... sekurang-kurangnya untuk kali ke 2..... tulis lebih-lebih nanti kena tukar la pulak..haha
** saya buka untuk komen, pendapat atau menghentam saya juga tidak mengapa...

Ahad, Ogos 07, 2011
Permohonan Program Matrikulasi
Bagi pelajar Tingkatan 5 yang berminat, bolehlah membuat permohonan sekarang. Sebelum memohon dapatkan nombor pin dengan membelinya di kaunter Bank Simpanan Nasional.Syarat Kalayakan
Pelajar perlu mengambil mata pelajaran teras berikut
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Matematik Tambahan
dan 2 Mata pelajaran pilihan yang lain
1. Kimia dan Biologi untuk jurusan Sains (Sains Hayat)
2. Kimia dan Fizik untuk jurusan Sains ( Sains Fizikal)
3. Kimia dan Fizik atau Biologi untuk jurusan Perakaunan
4. Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas untuk jurusan Perakaunan
5. Lukisan Kejuruteraan untuk aliran teknikal (Subjek ini tidak ditawarkan di sekolah ini)
Lihat kelayakan masuk di sini..
Masuk ke laman utama permohonan di sini..
Pelajar-pelajar lain yang tidak dapat memohon ke program matrikulasi boleh memohon dengan UPU apabila permohonan dibuka.
Untuk pelajar ICT, anda boleh memilih masuk ke jurusan Sains Fizikal atau Perakaunan
Isnin, Ogos 01, 2011
Salam Ramadhan Al Mubarak
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan di tambat."... Syaitan telah tiada...... yang tinggal adalah nafsu semata... Semoga mendapat pahala penuh berpuasa... Selamat berpuasa kepada semua pembaca rmmictgroup....
Rabu, Julai 27, 2011
Peranti Biometrik
Biometrik dalam bahasa yang lebih mudah adalah "sesuatu pada anda" atau "badan anda menunjukkan siapa anda". Peranti biometrik merupakan peranti atau perkakasan yang boleh mengenali dan memahami karektoristik unik bahagian tubuh badan dan ia kemudian ditukar ke kod digital. Kod digital itu kemudiannya di bandingkan kod digital dalam pangkalan data. Ini bermakna seseorang itu jika belum perlu menyimpan terlebih dahulu kod digital tubuh badannya untuk disimpan dalam pangkalan data. Sesuatu yang telah lama kita simpan adalah cap jari kita.
Saya tidak berminat membincangkan isu penggunaan perantik biometrik untuk digunakan dalam pilihanraya akan datang. Apa yang penting, tajuk ini terdapat di tingkatan 4 mata pelajaran ICT dan mari kita lihat beberapa jenis peranti biometrik yang terdapat di pasaran masa kini. Seperti yang telah disebut tadi perkara penting dalam penggunaan peranti biometrik adalah
i. Peralatan / perkakasan biometrik itu sendiri tidak kira jenis apa.
ii. Sistem pangkalan data yang baik, ketat dan tidak mudah ditembusi (perisian)
iii. Manusia sebagai entiti penting mendapatkan biometrik.
iv. Data dan prosedur mendapatkan data biometrik tersebut..
Antara Jenis-jenis peranti biometrik termasuklah
a. Fingerprint scannner / pengimbas cap jari
b. Hand geometry scanner / pengimbas geometri tapak tangan
c. Iris scanner / pengimbas iris
d. Facial recognition / pengesanan wajah
e. Voice recognition / pengesanan suara

Selasa, Julai 26, 2011
Teknik Menjawab Soalan ICT SPM
Pada hari ini teknik menjawab soalan ICT SPM 2011 diadakan khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 5. Seminar menjawab soalan ICT SPM ini julung-julung kali diadakan. Penceramah jemputan adalah Cikgu Choo Keng Fook dari SMK Klang Utama. Seorang guru yang sangat sibuk memberi ceramah teknik menjawab soalan ini. Juga merupakan ketua pentaksir kebangsaan, pemeriksa kertas ICT dan bermacam lagi. Di harap sedikit sebanyak murid-murid saya telah dapat mengutip seberapa banyak ilmu pada hari ini.
Geng Blogger Di HACK ???
Geng Blogger, komuniti yang menghimpunkan begitu banyak blog untuk tujuan ping entri dan berkolaborasi tidak boleh dibuka. Paparan meminta username dan password keluar apabila cuba membukanya.. Seterusnya paparan kod error 401 juga terpapar. Ada yang mengatakan ia telah dihack dan ada juga yang mengatakan terkena phising, malware dan pelbagai lagi. Di bawah adalah paparan yang keluar apabila geng blogger hendak di buka...
Merujuk kepada perkara ini, kita dapat ketahuinya berdasarkan kod error yang keluar iaitu 401. Apakah maknanya. Jika anda rajin membaca di internet , anda akan mengetahui bahawa...
Setiap Web Server menguruskan pengesahan pengguna dengan cara sendiri. Seorang pegawai keselamatan (contohnya Web Master) di tapak biasanya membuat keputusan yang pengguna dibenarkan untuk mengakses URL. Orang ini kemudian menggunakan perisian pelayan Web untuk menubuhkan pengguna dan kata laluan mereka. Oleh itu, jika anda perlu untuk mengakses URL (atau anda terlupa ID pengguna atau kata laluan anda), hanya pegawai keselamatan di tapak yang boleh membantu anda. Merujukkan apa-apa isu-isu keselamatan terus kepada mereka. ****merujuk kepada perkara ini, tidak mungkin web master sengaja membuatnya utnuk para ahli. Terlalu ramai untuk diberi password dan username..
Oleh itu mesej 401 menunjukkan geng blogger menghadapi masalah yang lebih mendalam. Perkara pertama yang anda boleh lakukan ialah mengelak daripada mencuba jaya meletakkan username dan password. Maka itu tidak mustahil bahawa pelayan web (atau sekitarnya sistem) telah dikonfigurasikan untuk sesuatu atau individu yang tidak membenarkan lalu lintas HTTP ke geng blogger. Dalam erti kata lain, komunikasi HTTP daripada pelayar web yang terkenal adalah dibenarkan, tetapi komunikasi automatik daripada sistem lain ditolak dengan kod ralat 401. Mmungkin menunjukkan dasar keselamatan yang sangat defensif di sekitar pelayan Web geng blogger dan secara peribadi saya berpendapat ia telah di hack....
(sila berkongsi pendapat anda...)

Ahad, Julai 24, 2011
SAPS - Online
Kementerian Pelajaran Malaysia meningkatkan lagi penguasaan dan penggunaan internet di kalangan guru khususnya dengan Sistem Analisis PePeriksaan (SAPS)secara talian. Sistem ini membolehkan guru-guru terutamanya guru kelas untuk menghantar data pada bila-bila masa dan tempat asalkan terdapatnya talian internet.
1. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.
2. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
3. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.
4. Sekurang-kurangnya karenah meminta data berkaitan peperiksaan ke sekolah akan dapat diminimakan. SAPS juga boleh dijadikan ”Early Warning System” kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV (Take Of Value), AR (Actual Result) dan ETR (Expected Target Result).
5. SAPS boleh dicapai melalui Portal NKRA seperti berikut:
http://saps.moe.gov.my/index.php
sumber ... http://myictrooms.co.cc

Sabtu, Julai 23, 2011
Cetak Halaman Web Dengan Kemas
Kadang-kadang terdapat halaman pada laman web atau blog yang ingin anda cetak. Mencetak dengan cara biasa menyebabkan cetakan yang terhasil mengandungi banyak bahagian-bahagian yang anda tidak mahu seperti bilangan muka surat, tarikh dan sebagainya. Ini seringkali menyebabkan hasil cetakan yang tidak kemas dan merugikan kertas. Dengan aplikasi printfriendly ini anda akan dipaparkan hanya halaman yang ingin anda cetak dan pentingnya ia kemas. Walaubagaimanapun terdapat langkah atau prosedur ringkas yang perlu anda lakukan jika ingin menggunakan aplikasi ini. Jangan bimbang kerana arahannya mudah untuk difahami. Klik SINI untuk mencuba aplikasi ini. Pada paparan utamanya cari link berikut (gambar di bawah) dan mulakan langkah seterusnya....

di bawah merupakan paparan ketika ingin mencetak.. fail cetakan ddalam bentuk pdf. Anda boleh memilih font, email dan juga mahu imej dipaparkan atau tidak.

di bawah merupakan paparan ketika ingin mencetak.. fail cetakan ddalam bentuk pdf. Anda boleh memilih font, email dan juga mahu imej dipaparkan atau tidak.
Khamis, Julai 21, 2011
Tablet Yang Popular Di Pasaran
Ipad merupakan tablet yang popular dipasaran pada masa kini. Tablet keluaran apple ini begitu menguasai atas faktor-faktor seperti kebolehgunaan, jangka hayat bateri yang panjang, aplikasi yang banyak, harga di samping ianya nipis dan ringan. Namun sebagai pengguna, kita sememangnya mempunyai pilihan. Terdapat beberapa lagi jenis tablet yang popular dan boleh menjadi saingan kepada Ipad.
Blackberry Playbook
Asus Eee Pad Tranformer TF101
Samsung Galaxy Tab 10.1v
LG Optimus Pad 3D 8.9"

HP Touch Pad
Jika anda berkira-kira hendak membeli tablet, mana satu pilihan anda ? Satu yang perlu diambil kira adalah, membelinya untuk kegunaan apa..
sumber :
http://techchai.com/2011/07/20/5-best-alternatives-to-ipad/#more-1713
http://www.zdnet.com/blog/btl/top-10-tablets-of-2011-the-new-leaderboard/48214

Cabaran Membudayakan ICT Di Sekolah (Bahagian 3)
Sememangnya dalam membudayakan ICT di sekolah, guru-guru perlu digerak atau ada keinginan untuk bergerak sendiri seirirng dengan perkembangan semasa. Tidak kira guru opsyen apa, ICT sememang sesuai untuk semua jenis mata pelajaran. Dalam menggerakkan guru ke arah ini, tidak dinafikan pihak pentadbir sekolah perlu ada inisiatif menggalakkan guru menggunakan kemudahan ICT. Contoh paling pada pendapat saya adalah penggunaan email. Terdapat sekolah-sekolah di Malaysia ini di mana pentadbir menggunakan email sebagai satu cara menyebarkan maklumat kepada guru-guru mereka. Ini merupakan satu cara yang sangat baik pada pendapat saya. Mungkin ada sebilangan kecil guru yang berasa seperti dipaksa dan terpaksa apatah lagi jika tiadanya kemudahan internet di rumah. Namun alah bisa tegal biasa, lama kelamaan ianya sesuatu yang tidak akan menjadi masalah. Laman web sosial juga seperti facebook kini telah mula digunakan oleh banyak sekolah. Apa yang menjadi persoalan kini samada email atau facebook atau apa sahaja, keberkesananya dalam melibatkan ke semua guru dalam sesebuah terbukti berjaya. Perlu adanya kajian tindakan dalam melihat samada penggunaan internet berjaya menggerakkan organisasi sekolah dan perlahan-palan menggunakan pengetahuan dan pengalaman tersebut untuk disalurkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)