RMMICT@FACEBOOK
Khamis, Julai 21, 2011
Cabaran Membudayakan ICT Di Sekolah (Bahagian 3)
Sememangnya dalam membudayakan ICT di sekolah, guru-guru perlu digerak atau ada keinginan untuk bergerak sendiri seirirng dengan perkembangan semasa. Tidak kira guru opsyen apa, ICT sememang sesuai untuk semua jenis mata pelajaran. Dalam menggerakkan guru ke arah ini, tidak dinafikan pihak pentadbir sekolah perlu ada inisiatif menggalakkan guru menggunakan kemudahan ICT. Contoh paling pada pendapat saya adalah penggunaan email. Terdapat sekolah-sekolah di Malaysia ini di mana pentadbir menggunakan email sebagai satu cara menyebarkan maklumat kepada guru-guru mereka. Ini merupakan satu cara yang sangat baik pada pendapat saya. Mungkin ada sebilangan kecil guru yang berasa seperti dipaksa dan terpaksa apatah lagi jika tiadanya kemudahan internet di rumah. Namun alah bisa tegal biasa, lama kelamaan ianya sesuatu yang tidak akan menjadi masalah. Laman web sosial juga seperti facebook kini telah mula digunakan oleh banyak sekolah. Apa yang menjadi persoalan kini samada email atau facebook atau apa sahaja, keberkesananya dalam melibatkan ke semua guru dalam sesebuah terbukti berjaya. Perlu adanya kajian tindakan dalam melihat samada penggunaan internet berjaya menggerakkan organisasi sekolah dan perlahan-palan menggunakan pengetahuan dan pengalaman tersebut untuk disalurkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan