RMMICT@FACEBOOK
Rabu, September 21, 2011
Soalan Percubaan ICT Negeri-Negeri 2011
Sekarang saya dalam proses mengumpul soalan-soalan percubaan ICT negeri-negeri 2011. Apa lah kira ada guru ICT negeri-negeri lain dapat berkongsi agar dapat dimasukkan ke dalam blog ini.. Setakat ini baru ada soalan dari 5 negeri sumbangan guru-guru negeri tersebut..Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.
Khamis, September 15, 2011
Pantun 1 vs 0
Apa sekali sekala berchatting, menggunakan ayat biasa terasa membosankan..sampai tak tahu nak taip apa..Maka alternatif diambil dengan berpantun pula..Tak sangka pula panjang juga masa perlu diambil apabila berchatting dengan gaya ini.. Perlu berfikir lama nak buat ayat... Jom baca kalau anda nak baca..tak tahu kelakar ke tidak...
intai-intai ditepi sempadan
intai-intai ditepi sempadan
intai-intai sambil berlari
kalau keta yg ada dah tak padan
baik aje beli lori.
pergi ke kelab untuk menari
tak kira waktu tak kira masa
kenari bukan sebarang kenari
kenari telah banyak berjasa
sakit dicubit tidak terperi
melompat-lompat cam kena loteri
kalau kenari tu boleh start sendiri | |
tentu dah lama blah lari. | |
pergi kerja jangan merungut
biarkan hati dalam bahagia
kenari aku tak pernah bersungut
sebab tu aku sayangkan dia
terjumpa syiling malu nak pungut
konon malunya padaa adiknya dipas
cam mana kenari tu nak bersungut
dihentak dihentam susahnya nak bernafas
badan dah la keding macam papan
ada hati nak kahwin lagi satu
kalau setakat waja jangan nak perasan
tolong la tukar seat belakangnya tu.
makwe cantik pandang tak lekang.
nampaknya pula ditengah pekan
bukan takde hati nak tukar seat belakang.
kalau boleh mintak org klang tolong tukarkan..
pergi ke pasar membeli ikan
ditambah pula kerang dan lala
bukan aku taknak belikan
nanti bini ko jeles le pula
berjalan-jalan terpijak paku
sakit sungguh tidak terperi
takkan bini jeleskan aku
cakap jelah duit sendiri..
terpijak paku sakit tak terperi
sempat jugak beli buah beri..
bukannya aku takut bini
kan aku jenis menghormati
sila sila bersila juga
budaya melayu janga dilupa
cuba citer kat aku pula
teluk gadong tu ape yang ada?
budaya melayu dijunjung tinggi
berbudi bahasa amalan mulia
apa yg ada kat telok gadong ni?
hmm mana bole cerita.... rahsiaaa
bunga mawar bunga seroja
untuk si manis senyum meleret
ko ni buat tak keje
website same je jarang ke update?
website sekolah memang la ada
member yang tolong buatkan
eh aku buat kerja la
baru je website tu aku updatekan
pergi berjalan ke pekan rokan
singgah sebentar berjumpa pak musa
org jauh jangan diharapkan
orng dekat lebihkanlah usaha
laki bedah namanya pak musa
kahwin dah berkurun anaknya lima
orang2 dekat dah mula berusaha
atas arahan, hm sapa lagi, pengetua la
ke pekan rabu membeli peria
membeli peria bersama rakan
gitulah sudah adatnya manusia
kalau takde arahan,kejenya tido makan
ko dah takde sayur lain ke
asyik beli peria je
hai mcm tu le adat manusia ye
kalau tak dibagi arahan, tido aje le
kerajaan galak rakyat bersukan
bersukan nyihatkan badan
kalau dah cikgu tido makan
camne nak jadi cikgu GC kan??
dengan kawan kenalah bersantun
jangan dilambung macam dadu
oit aku dah letih berpantun
skrg giliran untuk beradu
tuan puteri silalah beradu
tido juga nyihatkan badan
rasanya boleh selalu ginikankan
lama2 pantun yg ada boleh dibukukan
Rabu, September 14, 2011
Buka Laman Yang DiSekat
Kerajaan baru-baru ini telah menyekat laman-laman perkongsian fail seperti megaupload, rapidshare dan filestube. Sebuah laman yang sering saya baca bagi mendapatkan info-info berkaitan ict telah menunjukkan cara bagi menghalang sekatan yang telah dibuat oleh kerajaan. Sangat dan sangat mudah !! Tidak memerlukan kepakaran yang tinggi. Apa yang menjadi masalah, adakah perlu saya memaparkan caranya di sini ??? Saya rasa bagi yang ingin sangat mengetahuinya, baca sahaja sendiri di laman tersebut.... KLIK....
Isnin, September 12, 2011
Google Plus
Google telah melancarkan rangkaian sosial terbaru mereka iaitu google+. Setelah google wave sebelum ini yang pada pendapat saya tak berapa popular , rangkaian sosial peringkat trial yang terbaru ini menawarkan kemudahan-kemudahan yang seakan sama dengan rankaian sosial yang lain. Antaranya kumpulan kolaborasi yang dikenali sebagai circles , chatting secara video (hangouts) dan perkongsian bahan yang ingin dikongsi bersama rakan (sparks).. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah huddle , backing up data, privacy dan mobile. Maklumat lanjut anda boleh baca di SINI. Untuk join google+ anda cuma perlu taip join google+ dan apabila anda telah join, maka google akan menghantar satu email pengesahan bagi meneruskan penggunaan google+ ini.. Selamat berkolaborasi...
Khamis, September 08, 2011
Uji Kelajuan Blog/Web Anda
Menggunakan aplikasi-aplikasi ini anda akan memperolehi secara terperinci bukan sahaja kelajuan blog/web anda dibuka malah maklumat-maklumat seperti gambar atau fail yang lambat untuk dibuka, berapa banyak gambar dihalaman utama, skrip html dan sebagainya. Berguna sebagai panduan untuk meningkatkan lagi kelajuan blog/web untuk dibuka. Klik untuk ke PINGDOM dan klik ke SITE-perf sekarang...
Ahad, September 04, 2011
Apa Itu Kiosk ?
Apabila ditanya apakah itu KIOSK, amat jarang mendapat jawapan yang memuaskan. Ini kerana terdapat pemahaman berlainan bagi setiap orang mengenai KIOSK ini. Pemahaman dari segi teknologi adalah peralatan sistem maklumat awam yang direka untuk pelbagai tujuan memberikan info berkaitan atau perkhidmatan di mana KIOSK tersebut ditempatkan berdasarkan usia, jantina, latar belakang budaya, tahap pemahaman dan pendidikan dan keterbatasan fizikal yang berbeza. Antara tempat di mana KIOSK boleh kelihatan tentunya di kawasan-kawasan umum seperti lapangan terbang, lobi hotel, sekolah, universiti, kompleks membeli belah dan lain-lain. Rekabentuk KIOSK adalah berbeza mengikut kehendak atau kreativiti pembinanya. Tidak terlalu besar seperti almari atau kecil seperti meja makan. Apa yang penting bagi KIOSK jenis ini adalah paparan skrinnya atau disebut sebagai komunikasi visualnya. Menggunakan teknologi skrin sesentuh adalah KIOSK yang biasa dijumpai. Adalah penting terutama dari segi antaramuka penggunanya agar menarik digunakan oleh pengguna.
Sistem KIOSK yang berjaya adalah bergantung kepada kandungan yang sesuai dengan tempat, perkhidmatan yang ditawarkan sesuai dengan keperluan awam, daya tarikan atau attractiveness dari antara muka pengguna yang digunakan (aspek rekabentuk komunikasi visual). Lagi mudah maklumat yang sedia boleh diakses oleh pengguna dan berapa jelas sistem tersebut difahami oleh pengguna (aspek accessibility dan aspek human cognitive system - computer interaction) maka KIOSK tersebut dikira sebagai berjaya.
Berdasarkan pembacaan saya, antara perkara yang memberikan kejayaan sesuatu KIOSK itu adalah berdasarkan perkara-perkara berikut ;
-Aplikasi hendaklah mempunyai grafik yang menarik
-Penggunaan skrin sesentuh (Touchable)
-Menghadkan pilihan / option sesedikit mungkin
-Mempunyai panduan penggunaan
-Menyajikan kekunci navigasi sederhana [start] - [next] - [back]
-Berada dikawasan yang dapat mengelakkan vandalisme (kawasan yang terbuka dan ramai orang)
**** Jika terdapat sekolah-sekolah yang mempunyai KIOSK, maka dapatlah kita kongsi bersama berkaitan keberkesanan penggunaannya di sekolah....

Sekolah Dan Hari Raya
Sama ada suka atau tidak, esok sekolah bermula selepas seminggu bercuti. Memang terasa singkat cuti seminggu ini. Apa sekali pun kerja tetap kerja dan raya tetap raya. Habis bekerja, balik kemudian terus beraya. Sudah menjadi lumrah seperti tahun-tahun sebelumnya memang ada sahaja rumah terbuka. Terpulang sama ada hendak pergi atau tidak. Tak penat, pergi... Penat... tepuk dada tanya selera.. Selamat menyambung pergi beraya....
Selasa, Ogos 30, 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Maaf zahir batin ikhlas daripada saya. Semoga hari raya ini membawa kebahagian kepada semua.
Khamis, Ogos 25, 2011
Kursus Integrasi ICT Secara Talian
Khusus untuk guru-guru yang berminat untuk mengikuti kursus anjuran BPG secara atas talian. Boleh disertai oleh setiap guru tidak mengira opsyen. Peserta yang menamatkan kursus dikira 3 hari berkursus dan diminta menghantar pelan tindakan. Merupakan satu aktiviti LADAP secara schoobased. Jika anda berminat sila klik
borang pendaftaran kursus. untuk mendaftar. Untuk maklumat lanjut sila layari pautan berikut kursus atas talian. Sijil akan diberikan setelah tamat kursus dan pelan tindakan telah dihantar.
borang pendaftaran kursus. untuk mendaftar. Untuk maklumat lanjut sila layari pautan berikut kursus atas talian. Sijil akan diberikan setelah tamat kursus dan pelan tindakan telah dihantar.
Khamis, Ogos 18, 2011
Lawatan Penanda Arasan
Pada hari ini, saya bersama-sama 9 orang guru sekolah saya mengadakan lawatan penanda arasan ke Sekolah Berprestasi Tinggi, SM Sains Kuala Selangor. Sekolah ini menduduki rangking antara 20 sekolah terbaik di Malaysia. Diterajui oleh Pengetua Cemerlang Jusa C, saya dan bersama rakan-rakan guru, buat pertama kalinya melihat, apakah yang telah membolehkan sesebuah sekolah itu diiktiraf sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi. Kesimpulan secara keseluruhan yang saya perolehi adalah perkara pertama adalah bagaimana pentadbir menggerakkan warga sesebuah sekolah itu. Ia kemudian diikuti dengan kerja kuat berpasukan semua warga sekolah termasuk guru-guru, murid-murid , kakitangan dan tidak ketinggalan PIBG yang sentiasa menyokong aktiviti sekolah. Sebenarnya terlalu banyak untuk dihuraikan. Saya pertontonkan sahaja imej-imej sekolah tersebut....
Facebook vs Google
Berikut adalah perbandingan antara facebook dan google. Perbandingan melihat dari segi persamaan aplikasi yang ditawarkan oleh kedua-duanya dalam menarik seberapa ramai pengikut setia. Menarik untuk dibaca.
sumber : http://thetechaddicts.com/
sumber : http://thetechaddicts.com/
Rabu, Ogos 17, 2011
Selamat Menyambut Nuzul Al Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. Wallahualam.

Langgan:
Catatan
(
Atom
)