RMMICT@FACEBOOK

Ahad, September 04, 2011

Apa Itu Kiosk ?

Apabila ditanya apakah itu KIOSK, amat jarang mendapat jawapan yang memuaskan. Ini kerana terdapat pemahaman berlainan bagi setiap orang mengenai KIOSK ini. Pemahaman dari segi teknologi adalah peralatan sistem maklumat awam yang direka untuk pelbagai tujuan memberikan info berkaitan atau perkhidmatan di mana KIOSK tersebut ditempatkan berdasarkan usia, jantina, latar belakang budaya, tahap pemahaman dan pendidikan dan keterbatasan fizikal yang berbeza. Antara tempat di mana KIOSK boleh kelihatan tentunya di kawasan-kawasan umum seperti lapangan terbang, lobi hotel, sekolah, universiti, kompleks membeli belah dan lain-lain. Rekabentuk KIOSK adalah berbeza mengikut kehendak atau kreativiti pembinanya. Tidak terlalu besar seperti almari atau kecil seperti meja makan. Apa yang penting bagi KIOSK jenis ini adalah paparan skrinnya atau disebut sebagai komunikasi visualnya. Menggunakan teknologi skrin sesentuh adalah KIOSK yang biasa dijumpai. Adalah penting terutama dari segi antaramuka penggunanya agar menarik digunakan oleh pengguna.

Sistem KIOSK yang berjaya adalah bergantung kepada kandungan yang sesuai dengan tempat, perkhidmatan yang ditawarkan sesuai dengan keperluan awam, daya tarikan atau attractiveness dari antara muka pengguna yang digunakan (aspek rekabentuk komunikasi visual). Lagi mudah maklumat yang sedia boleh diakses oleh pengguna dan berapa jelas sistem tersebut difahami oleh pengguna (aspek accessibility dan aspek human cognitive system - computer interaction) maka KIOSK tersebut dikira sebagai berjaya.

Berdasarkan pembacaan saya, antara perkara yang memberikan kejayaan sesuatu KIOSK itu adalah berdasarkan  perkara-perkara berikut ;

-Aplikasi hendaklah mempunyai grafik yang menarik
-Penggunaan skrin sesentuh (Touchable)
-Menghadkan pilihan / option sesedikit mungkin
-Mempunyai panduan penggunaan
-Menyajikan kekunci navigasi sederhana [start] - [next] - [back]
-Berada dikawasan yang dapat mengelakkan vandalisme (kawasan yang terbuka dan ramai orang)

**** Jika terdapat sekolah-sekolah yang mempunyai KIOSK, maka dapatlah kita kongsi bersama berkaitan keberkesanan penggunaannya di sekolah....

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"