Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS kini akan menggunakan borang baru selaras dengan perubahan pada markah-markah setiap kerja kursus yang perlu dibuat oleh murid. Maklumat ini diperoleh daripada Ketua Pentaksir Kebangsaan.
"Mulai tahun 2013, PBS ICT (3765/2) akan menggunakan sistem pemarkahan
yang baru dan satu system baru juga disediakan oleh Lembaga Peperiksaan ,
dimana berbeza dengan system yang lama, oleh yang demikian Borang BSF (Betch
Score Form ) TIDAK akan diguna lagi dan Digantikan dengan Borang SSF ( Score
Sheet Form) ,
Dengan ini saya serta file SSF
untuk tindakan guru guru ICT "
Guru-gur boleh mendapatkannya di ruangan kerja kursus atau terus ke
http://rmmict.blogspot.com/p/kerja-kursus-ict.html
Umat
Islam pada hari ini telah berpuasa selama 3 hari..Tidak terlambat
rasanya untuk mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua pembaca blog ini. Semoga puasa pada tahun ini dikurniakan dengan
kesihatan yang baik dan dapat menjalankan perintah Allah dengan penuh
ketakwaan dan kesabaran. Saya juga memohon kemaafan jika terdapat sebarang silap dan salah salah saya samaada disedari atau tidak.....
Memasukkan video yang di muat turun daripada youtube ke dalam slaid persembahan masih memberi masalah kepada murid-murid. Masalah jelas berlaku jika video berformat .flv daripada youtube tidak boleh dibaca oleh perisian persembahan
powerpoint. Powerpoint hanya membenarkan beberapa format video dimasukkan ke dalamnya seperti .mpg dan beberapa lagi. Aplikasi internet
keepvid ini membolehkan masalah ini ditangani.
Keepvid akan menyediakan kepada anda banyak format video yang dikehendaki apabila dimuat turun daripada youtube. Berikut adalah langkah-langkahnya..
1. Buka video youtube
2.
Copy url video tersebut dan buka paparan halaman keepvid
3. Masukkan url youtube yang di
copy tadi
4. klik 'download' dan dalam beberapa saat paparan berikut keluar dan
check box dan klik 'run'
5.Paparan seterusnya menunjukkan format-format fail video yang boleh anda muat turun. Buat pilihan dan
save.
Selamat Hari Guru kepada semua warga guru di mana jua anda berada. Semoga terus berusaha mempertingkatkan diri dan menjadi insan yang benar-benar menjadi guru.
Saya senaraikan email-email yang memohon untuk mendapat Aplikasi PBS dan Sistem Rancangan Mengajar namun GAGAL kerana mungkin berlaku kesilapan ketika proses mengisi borang permohonan. Sila isi semula jika masih berminat mendapatkannya.
Aplikasi Pendokumentasi PBS ICT
zuraini@smkkerteh.net
mqie@gmail.com
ctnana132@yahoo.com
smk_doj@hotmail.com
hanizayahaya@yahoo.com.my
Sistem Rancangan Mengajar
wkict@gmail.com
norhaizul@tkc.edu.my
ayob@smkbidor.edu.my
Beberapa minggu kebelakangan ini, saya banyak menerima maklumat daripada rakan-rakan guru yang mengatakan blog ini telah diserang malware. Apabila membuka blog ini, satu paparan akan muncul memaparkan amaran malware tersebut yang berpunca daripada smksy.com. Saya sendiri tidak pasti bagaimana ia berlaku, mungkin kerana terdapat kandungan daripada laman tersebut yang telah masuk ke blog ini. Sejujurnya hanya sekali sahaja apabila saya membuka blog ini paparan amaran muncul. Saya tidak tahu jika ia masih berlaku kepada orang lain kerana telah lama paparan amaran tidak muncul apabila saya buka blog ini. Walaubagaimanapun saya masih berusaha mengatasinya kerana jika ia berterusan berlaku, google secara automatik akan menutup blog ini.
Aplikasi Pendokumentasi PBS ICT kini berversi baru. Bagi guru-guru yang telah mendapatkan versi terdahulu tidak lagi perlu memohon yang baru kerana saya akan menghantar terus melalui email. Untuk guru-guru ICT yang belum mendapatkan aplikasi GC ICT SMK Dato Ahmad Lenggong ini, anda boleh mendapatkannya di
SINI. **** Bagi pengguna ICTIS2012, yang masih ingin meneruskan versi ini terdapat ralat yang telah dikenalpasti..
Ada dua ruang untuk masuk
markah:
1. ISF and BSF -> Pilih Tahun SPM
-> Double click pada mana-mana Aspect ID (yang ini TIADA ralat)
2. ISF and BSF -> Pilih Tahun SPM
-> Batch Score Board -> ISF (yang ini ADA ralat dan telah
dibetulkan)
Kepada yang dah masuk markah sekerat
jalan di dalam ICTIS2012 tak perlu key in semula semua markah yang telah
dimasukkan.
Anda boleh guna Utiliti Import yang
disediakan untuk Import dari ICTIS2012 yang telah digunakan.
Joota , berdasarkan pemahaman saya pada taklimat baru-baru ini merupakan sebuah rangkaian sosial yang menghubungkan manusia melalui isi kandungan yang ingin dikongsi. Sebagai contoh anda ingin berkongsi sebuah laman web dengan orang lain, maka anda aktifkan Joot dan isi kandungan tersebut disimpan di akaun Joota anda dan apabila orang lain mencari kategori yang sama maka ia akan terus berhubung dengan anda. Jika masih kurang faham maka silalah lihat video di bawah atau buka akaun Joota anda sendiri di
http://www.school.joota.com dan anda boleh mempelajarinya pada tutorial yang diberi.
Hari ini bertempat di Menara TM Jalan Pantai Baru Kuala Lumpur saya menghadiri Taklimat Program Kolaborasi & Pengintegrasian ICT dalam PdP. Apakah taklimat tersebut saya akan jelaskan pada entri terbaru nanti. Taklimat ini menghimpunkan ketua-ketua Panitia ICT negeri Selangor. Setelah agak lama tiada perjumpaan maka taklimat ini merupakan peluang berjumpa rakan-rakan lama. Di sini saya mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya akan kesihatan saya. Alhamdulillah sudah semakin baik.
Sebelum ini saya menggunakan perisian
Driver Magician dan
Double Driver untuk 'backup and Restore Driver'. Entah mengapa teringin pula menggunakan perisian lain seumpamanya. Maka saya terjumpa dengan perisian Driver Genius ini. Saya suka kerana mudah digunakan. Jika anda suka maka bolehlah klik
SINI..
***
Jangan lupa backup driver pc atau laptop anda....
Ini merupakan Info terkini daripada Jabatan.
Mengikut dasarnya BISP dibayar sekiranya tiga syarat utama dipenuhi:
i) Opsyen (subjek Matematik, Sains, ICT)
ii) SPM - kredit BI (atau Kursus Etems, Edict)
iii) Mengajar dalam Bahasa Inggeris (100%)
Sekiranya syarat ini masih dipenuhi, maka masih dibayar BISP. Tetapi
jika salah satu tidak dipenuhi, BISP akan ditarik balik. Sekiranya
persediaan mengajar, pengajaran dan pembelajaran,
dijalankan dalam 100% Bahasa Inggeris, masih layak dibayar BISP. Tetapi
sekiranya sudah didwibahasakan (pilihan sekolah dan dipersetujui dalam
mesyuarat sekolah), maka tidak layak lagi dibayar BISP. Kalau seorang
guru berjaya membuktikan yang dia masih menggunakan 100% Bahasa
Inggeris, dengan persetujuan pihak sekolah, dia masih layak dibayar
Salam hormat kepada semua. Kali saya kongsikan satu sistem yang dikongsi oleh Cikgu Lee Chee Kean dan rakan-rakan beliau dari SMK Malugu Sri Aman Sarawak. Terima kasih kepada beliau yang sudi berkongsi aplikasi ini. Bagi mereka yang tidak gemar menulis di buku rancangan menhgajar maka ia sangat sesuai digunakan. Terima kasih sekali lagi kepada Cikgu Lee Chee Kean di atas perkongsian ini , semoga lebih banyak perkongsian dapat dilakukan di blog ini daripada guru-guru ICT yang lain. Sila klik di
SINI untuk mendapatkannya.
*** REQUIREMENT: 1. MS OFFICE 2007 OR ABOVE
2. PROGRAM "SAVE AS PDF" (UNTUK AKTIFKAN BUTANG SAVE)
***
kepada guru-guru yang telah mengisi maklumat bagi mendapatkan aplikasi pentaksiran ICT (sehingga 5/2/2013) tidak perlu mengisi maklumat berikut kerana saya akan menghantarnya melalui email yang telah diberikan.