RMMICT@FACEBOOK
Khamis, September 10, 2015
Soalan Percubaan ICT 2015
Pastinya banyak sekolah yang telah selesai membuat peperiksaan percubaan SPM 2015 apatah lagi bagi mata pelajaran ICT. Saya kongsikan soalan dan jawapan ICT sekolah saya. Seperti biasa boleh dapatkannya di ruangan muat turun tingkatan 5. Saya mengalu-alukan juga soalan sekolah cikgu untuk dikongsikan di blog ini.
Selasa, Ogos 18, 2015
Muat Turun Dengan Savefrom.net
Seperti juga aplikasi keepvid yang sering saya gunakan jika ingin memuat turun video dari youtube dan sebagainya, http://en.savefrom.net/ juga menawarkan perkara yang serupa. Jadikan ia sebagai satu lagi cara untuk anda memuat turun video di internet.
Rabu, Jun 24, 2015
1 Juta Paparan Halaman
1. ICT TINGKATAN 5
2. ICT TINGKATAN 4
| 3. KERJA KURSUS ICT | ||
Selasa, Jun 09, 2015
Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT kini didatangkan versi terbaru 2016. Versi baru ini telah ditambah baik dari versi sebelumnya. Aplikasi ini turut menyediakan panduan lengkap bagaimana mengimport data dari APDM. Aplikasi ini sesungguhnya memudah dan menjadikan kerja PBS ICT Tingkatan 4 dan 5 lebih bersistematik.
Terima kasih tidak terhingga kepada Guru Cemerlang Encik Shanmuganathan atas perkongsian hebat ini. Semoga banyak lagi aplikasi seumpamanya dapat dikongsikan. Klik SINI untuk mendapatkannya secara PERCUMA !!! , dan saya akan menghantarnya secara email kepada anda. Pemohon versi sebelum ini tidak perlu mengisi borang kerana saya akan hantarkann versi terbaru kepada anda. Jika ada
kemusyikilan berkaitan, guru-guru boleh berhubung terus dengan Cikgu
Shan di alamat email berikut lynx653@gmail.com
Ahad, Mei 24, 2015
Telefon Di Sekolah
Satu soalan rawak dijalankan di sekolah saya bertanyakan kekuatan dan kelemahan membawa telefon ke sekolah. Hanya merujuk kepada kelemahan, rata-rata murid tidak kira bangsa dan IQ tahu bahawa terdapat banyak kelemahan membawa telefon ke sekolah berbanding kekuatan. Secara peribadi saya tiada masalah jika telefon boleh dibawa ke sekolah tetapi memerlukan kawalan yang ketat. Sudah tentu ia menambahkan kerja guru !!! Saya sokong ke tak ni ??? hehehe
Ahad, Februari 08, 2015
10 Tahun Yang Menakjubkan
Sangat cepat masa berlalu. Diam tak diam telah 10 tahun saya berada di dunia ICT sekolah menengah. Sememangnya sangat banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya peroleh dalam jangkamasa ini. Sesungguhnya ilmu tidak pernah habis, semakin banyak yang ditimba semakin banyak lagi ilmu yang muncul. Tidak dapat saya senaraikan pengalaman selama 10 tahun ini. Saya berdoa saya dapat terus bersama-sama ribuan lain guru ict berusaha keras bagi memberi ilmu ict sebanyak mungkin kepada murid-murid. Saya sangat berterima kasih kepada ramai guru-guru yang memberi tunjuk ajar, pengalaman, idea dan perkongsian bahan.. Saya tidak tahu nak sambung apa lagi.....
Isnin, September 15, 2014
Membuat video animasi dan persembahan

Powtoon, aplikasi internet yang menarik untuk mereka yang berminat membuat video animasi dan persembahan. Daftar akaun anda dan bina video animasi anda. Cara-cara membuat video animasi dan persembahan juga disertakan. Simpan atau kongsikannya di youtube. Jika anda berkongsi dengan saya, saya akan paparkan di blog ini. Selamat mencuba.Layari http://www.powtoon.com
Rabu, Jun 11, 2014
Jawapan dan Analisis
Guru-guru ICT khususnya kini boleh mendapatkan jawapan ICT SPM 2013 dan analisis soalan bahagian B&C antara tahun 2007-2013. Terima kasih atas perkongsian ini.
Credit to - Cikgu Choo and Cikgu Kim (SMK Sg Ruan)
Credit to - Cikgu Choo and Cikgu Kim (SMK Sg Ruan)
Jumaat, Mei 09, 2014
Ithink
Ithink adalah kerja kursus dalam talian , satu lagi projek aplikasi KPM untuk guru-guru seluruh Malaysia namun secara berperingkat. Menerapkan 8 peta pemikiran yang perlu difahami oleh guru bagi menerapkannya dalam PdP di sekolah. Amat baik bagi murid-murid memahami topik yang dipelajari menggunakan mana-mana peta pemikiran ini.
Selasa, April 22, 2014
Aplikasi/Alat PdP Paling Popular
Kajian dalam talian yang dijalankan selama hampir 3 bulan berjaya mendapatkan 186 respon daripada guru-guru ICT seluruh Malaysia. Terima kasih atas kerjasama guru-guru yang menjawab soal selidik tersebut. Berikut adalah senarai aplikasi/alat paling popular digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran bermula yang paling popular.
Ahad, April 20, 2014
Padlet
Padlet, satu lagi aplikasi web sembang secara kumpulan atau terbuka. Seperti yang saya letakkan di bahagian bawah blog ini, ia adalah terbuka dan membenarkan sesiapa sahaja menggunakannya. Padlet, anda hanya perlu klik dan taip. Menariknya untuk berkongsi fail, ia menggunakan konsep tarik dan letak. Ambil mana-mana fail yang ingin dikongsi dan letakkan pada 'wall' padlet.
Khamis, Mac 20, 2014
Keputusan ICT SPM 2013
Tahniah kepada semua guru ict atas keputusan spm ict 2013 pada hari
ini.. Tidak kira meningkat atau menurun , kita telah berusaha sehabis
baik, insyaAllah usaha kita itu diberkati...Jom kita usaha lebih kuat lagi...
Langgan:
Catatan
(
Atom
)



































