Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Khamis, April 15, 2010

Apa itu 'cookies'

Jika ada sesiapa yang biasa atau rajin membuang fail internet sementara (temperory file) akan sering terjumpa dengan perkataan cookies in. Definisi lengkap bagi cookies adalah nama HTTP yang terdiri daripada rentetan teks (string) sahaja yang akan masuk ke dalam memori pada browser anda. String ini mengandungi domain, jalan dan nilai dari variabel (pembolehubah) yang anda tetapkan. Jika ia diguna selalu maka string ini akan disimpan ke fail untuk rujukan di masa mendatang. Banyak yang percaya bahawa cookies komputer berbahaya dan memberi kesan ke atas privasi. Namun cookies disimpan di dalam cakera keras (hard disk) komputer anda dan hanya boleh diakses oleh pengguna komputer itu sendiri. Beberapa contoh bagaimana cookies komputer dapat membantu anda adalah:

   
1. Simpan dalam hard disk drive maklumat yang memberi keutamaan untuk anda dan namakan sebagai simpanan internet. Maklumat ini hanya boleh diakses oleh anda dan digunakan untuk membantu mengarahkan anda lebih cepat ke tempat-tempat yang serinmg anda lawati.
   
2. Menyimpan maklumat mengenai laman utama bagi anda.. Jika anda mempunyai laman yang biasanya memberi keutamaan bagi anda semasa melayari internet maka maklumat boleh diperolehi daripada cookies.
D atas hanya sedikit contoh yang baik berkaitan cookies komputer.


sumber : computer quiz

Isnin, April 05, 2010

Fiber Optic

Hari ini syarikat yang datang bagi menyambung semula kabel fiber optik yang putus datang ke sekolah. Apa yang menarik minat adalah tool yang digunakan bagi menyambung kabel fiber optik tersebut. Sebenarnya memang tahu harga alat ini memang mahal tapi tak sangka la pula semahal itu. Satu set tool yang lengkap harganya sahaja boleh mencecah RM48 ribu. jadi tidak hairan la jika kos pemasangan kabel optik semangnya mahal.

Ahad, April 04, 2010

Information System (Chapter 6)


Give The Meaning Of Data, Information And Information Systems
1     data is a collection of unprocessed items, which can include text, numbers,    images, audio and video.data are the raw, unprocessed facts, including text, numbers, images and sound.
2.    information is data that organized and meaningful to a specific user.
3.    information systems is the collection of software, hardware, data, people and procedure information and supports user activity in an organization.
1.    data merupakan koleksi bahan mentah yang mengandungi samada teks, nombor, imej, audia dan video
2.    informasi adalah data yang diuruskan dan bermakna kepada pengguna berkaitan
3.    system informasi adalah koleksi perisian, perkakasan, data manusia dan informasi berprosedur dan menyokong penggunakan melakukan aktiviti di dalam organisasi










 
FIELDS
GENERAL USAGE
EDUCATION
  1. KEEP TRACK OF STUDENTS                                                               STATISTICS AND GRADES
  2. HELP STUDENTS AND TEACHERS IN                                             ONLINE LEARNING AND DISCUSSION.
  3. STORE SUBJECT CONTENT.
BUSINESS
  1. CARRY OUR ONLINE BUYING AND                                                 SELLING.
  2. HELP PLAN THE DELIVERY OF GOODS                                                       AND SERVICES.
  3. MAKE ROOM BOOKINGS AND FOR                                           CHECKING THE BEST RATES.
MANAGEMENT
  1. SEE EMPLOYEE RECORDS.
  2. ANALYSE PRODUCTS, SERVICES AND                                      PRODUCTS PRICES.
  3. PROCESS CUSTOMER ORDERS,                                                      ORGANIZE PRODUCTION TIMES                                                          AND KEEP TRACK OF PRODUCT                                                  INVENTORY.
LAPANGAN
KEGUNAAN
PELAJARAN
  1. MENYIMPAN GRED DAN STATISTIK                                             MURID
PERNIAGAAN
  1. MENJALANKAN OPERASI TALIAN                                          BERKENAAN PEMBELIAAN DAN                                           PENJUALAN.
  2. MEMBANTU PELAN  PENGHANTARAN                                    BARANGAN DAN PERKHIDMATAN.
  3. MENJALANKAN TEMPAHAN SECARA                                         TALIAN
PENGURUSAN
  1. REKOD PEKERJA.
  2. MENGANALISA PRODUK, PERKHIDMATAN                                          DAN HARGA..
  1. MEMPROSES TEMPAHAN PELANGGAN,
       PENGURUSAN MASA DAN INVENTORI PRODUK

Ahad, Mac 21, 2010

Sidang Video

Metro 21 Mac: LAMBOR: Pasangan pengantin baru Mohd Zahid Abu Bakar, 29 yang berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan pasangannya Yasidah Abu Bakar, 27, di sini, mencatat sejarah unik apabila melangsungkan perkahwinan sidang video dengan mewakilkan abang pengantin lelaki, Mohd Nikman, 33, untuk akad nikah. 

Begitulah jika teknologi digunakan sebaiknya. Paling penting, ia MUDAH dan MURAH... Namun begitu tidak dinyatakan apakah nama, jenis atau aplikasi sidang video yang digunakan. Teringin benar hendak tahu.. Lambor jika sesiapa tidak tahu terletak di Perak, saya pernah praktikal mengajar di sana dahulu tahun 1995. Kini Lambor sebuah tempat yang telah maju. Berbalik kepada sidang video, jika sesiapa menonton biggest loser finale terdapat sidang video diadakan. Mereka menggunakan skype.. Jika pada awal dahulu yahoo messanger menawarkan perkhidmatan sidang video, kini pelbagai aplikasi menjadi pilihan ramai. Selain skype, kita juga boleh menggunakan OoVoo atau 6 Rounds. Rugi benar rasanya jika kita cuba menggunakan apa yang disediakan, sekali lagi, ia MUDAH, MURAH dan PERCUMA !!!!

Sabtu, Mac 13, 2010

Internet lembab ??? Kenapa ??

Jawapannya kerana kelajuan internet di Malaysia memang perlahan. Lihat kelajuan muat turun (download) di bawah.. Malaysia berada di tempat 86.. sungguh jauh dibandingkan dengan Korea sebuah negara asia juga..Jika dibanding dengan negara asia tenggara, kita berada di belakang Filipina, Thailand dan Singapura. Tidak bolehkah sesuatu yang kerajaan boleh lakukan mengenai hal ini ?? Ini kerana umum tahu, kita antara negara yang begitu banyak memperihalkan tentang internet..segala macam internet... promosi sana..promosi sini... Jika melihat dari segi naik turun (upload)  negara kita di ranking 75 setakat ini...



















sumber : speedtest.net

Ahad, Mac 07, 2010

Belajar Menggunakan Google Doc Presentation

Penggunaan google doc  sememangnya  merupakan satu cara yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan p&p mereka. Minggu lepas satu mencuba aplikasi ini ke atas murid-murid saya. Apa yang dapat di perhatikan menggunakan aplikasi yang membolehkan mereka bersembang atau chatting dengan rakan lain menjadi daya penarik mereka yang utama. Menjadi tugas guru memikirkan bagaimana penggunaan aplikasi google doc ini boleh memberi kelainan dan strategi baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Rabu, Mac 03, 2010

VB Modules For Assessment (Chapter 5)










Untuk guru dan pelajar ICT saya sertakan modul Visual Basic yang mudah merangkumi 3 tajuk iaitu Circle, average 3 Number dan Triangle. Ini adalah untuk kerja kursus ICT .Modul-modul ini boleh didapati di ruangan muat turun. Klik SINI untuk terus ke ruangan muat turun.

Selasa, Mac 02, 2010

Mesyuarat Terjemahan Sukatan














Dari 1 hingga 4 Mac 2010 ini, saya menghadiri mesyuarat terjemahan sukatan matapelajaran ICT tingkatan 4 dan 5.. Sebagaimana sedia maklum..dassar PPSMI telah berubah, dan ini termasuk juga mata pelajaran ICT. Mata pelajaran ICT bermula 2012 akan bertukar semula namanyanya kepada mata pelajaran teknologi maklumat dan komunikasi dan diajar dalam bahasa melayu… Mesyuarat bertempat di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi Putrajaya..

My birthday

Tahun ini rasanya seronok sangat...dah bertahun-tahun lamanya tidak pernah mengalami keadaan di mana sebegitu ramai yang mengucapkan selamat hari jadi... Ini semua gara-gara facebook.. selama ini tak pernah peduli di bahagian event di facebook tu... Kini baru perasan..itu lah gunanya... terima kasih..

Sabtu, Februari 20, 2010

Tiada Talian Internet

Di musim-musim cuti sekolah di kampung tempat admin tinggal ni memang banyak kenduri kahwin. Ini termasuklah cuti tahun baru cina yang baru sahaja berlalu. Maka adanya 2 ke 3 buah kenduri serentak pada hari yang sama memang tidak dapat dielakkan.. Cerita admin dah agak lama cuma kali ni dengan orang yang berlainan. Saya terjumpa seorang pakcik tu... maka dialognya begini.. "pakcik, dah pegi rumah kenduri pakcik .....?  Maka di jawab oleh pakcik ni... "Rumah dia tak de talian internet !!".. Tergelak saya mendengarnya.. Nak tahu mengapa?  Sudah lumrah hidup di kampung.. jika ada kenduri kendara, kematian,majlis doa selamat, maka hendaklah kita rajin berkunjung... jika jenisnya orang itu tidak bercampur orang..maka jika buat kenduri macam mana orang lain hendak datang... itu lah sebabnya... Apa yang menarik di sini adalah ayat yang di gunakan.. bagaimana pakcik-pakcik menggunakan ayat teknologi itu dan diperumpamakan dengan sikap seseorang.. Jelas di sini bahawa pakcik-pakcik walaupun di kampung faham bahawa internet memainkan peranan penting dalam berhubung dengan orang lain.. Ingat ye... semoga tiada pula orang lain kata rumah kita tiada talian internet !!! renung-renungkan... sebab internet itu sendiri menyebabkan kita jarang bergaul dengan persekitaran luar...

Jumaat, Februari 12, 2010

Google Buzz



Baru-baru ini google melancarkan pula google buzz. Jika dilihat pada gmail kita telah sedia ada google buzz ini. Google buzz menurut kata google memberi kemudahan kepada penggunanya untuk segala macam perkara yang telah biasa kita lakukan seperti mesej, gambar, chatting dan sebagainya. Nampaknya aplikasi ini seperti agak biasa kepada kita. Jelasnya kelihatan seperti twitter bagi menghantar pesanan ringkas. Dilihat padanya, yahoo telah ada kemudahan ini iaitu yahoo buzz.. Tiru kot... Google wave pun belum habis belajar lagi atau kita gunakan sepenuhnya dah keluar pula yang baru. Kita sekarang  mempunyai banyak pilihan dan terpulang kepada kita yang mana hendak digunakan. Pendapat saya maksimumkan penggunaan bagi dua atau tiga sudah mencukupi, jika semuanya hendak guna maka sudah tentu berterabur jadinya.

Network Communication Technology (Chapter 3)

3 Types Of Network Communication Technology

i. Internet














 ii. Intranet












iii. Extranet

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"