RMMICT@FACEBOOK
Rabu, September 25, 2013
Modul Soalan ICT Berdasarkan Subtopik Terbaru
Modul Soalan ICT terbaru berdasarkan subtopik kini telah siap dan sedia dimuat turun. Modul soalan ini adalah daripada soalan-soalan
percubaan ict negeri-negeri 2012 dan soalan SPM 2007-12 .Bagi guru-guru ICT yang ingin menggunakannya sebagai
latihan untuk murid-murid boleh la mendapatkannya
diruangan turun bahagian lain-lain atau klik SINI.
Khamis, September 19, 2013
Soalan Percubaan ICT SPM Negeri-Negeri 2013
Rabu, September 11, 2013
Pengumpulan soalan percubaan ICT 2013...
Proses mengumpul soalan2 percubaan ICT 2013 kini bermula. Saya amat
mengalu-alukan sumbangan guru-guru ICT seluruh negara agar dapat dikongsikan di blog ini. Soalan boleh dihantar ke email saya sppangsess@gmail.com . Harapan semua agar perkongsian ini dapat digunakan sebaiknya bagi kecemerlangan anak murid kita. Sebaik2nya dihantar selepas
peperiksaan selesai dijalankan.. Sumbangan guru-guru saya dahului ucapan terima
kasih..
Sabtu, Ogos 31, 2013
Selamat Hari Kemerdekaan Ke 56
Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua.Tema hari
kebangsaan pada tahun ini 'Malaysiaku Berdaulat,Tanah Tumpah Darahku.
Sentiasa bangga dan cintai negara. Di mana bumi dipijak di situ
langit dijunjung. Kekalkan kemakmuran sedia ada. Jangan ditanya apa yang
negara beri kepada kita tetapi fikirlah apakah sumbangan kita kepada
negara. Bersatulah kita menjaga negara kita, negara Malaysia tercinta
!!! Selamat Hari Kemerdekaan ke 56.
Rabu, Ogos 21, 2013
Analisis Soalan ICT (2007-2012)
Bagi memudahkan guru-guru ICT tingkatan 5 dalam membuat jangkaan bentuk soalan atau tajuk yang akan keluar pada peperiksaan ICT SPM kelak, analisis soalan ini adalah sangat berguna. Analisis khusus untuk seksyen B dan C ini berdasarkan tahun 2007 hingga 2012. Analisis ini boleh didapati di ruangan Muat Turun---> Lain-Lain (nombor 16)
Rabu, Ogos 07, 2013
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat hari raya aidilfitri kepada semua guru-guru dan murid yang melayari laman blog rmmict ini. Saya dan keluarga dengan rendah diri dan seikhlas hati memohon ampun dan maaf jika terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan secara sengaja atau tidak kerana saya hanya insan biasa.. Semoga kita dirahmati Allah s.w.t, bergembira di hari raya dan berhati-hati tidak kira di mana..Sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua..
Rabu, Julai 31, 2013
Maklumat Tentang Subjek PAV
Subjek Pendidikan Asas Vokasional kini berada dalam tahap projek rintisnya di sekolah-sekolah terpilih. Mengikut maklumat tidak rasmi, semua sekolah akan mempunyai subjek PAV ini bermula pada tahun 2016. JIka ada yang masih tidak mengetahui berkenaan PAV ini boleh lah membacanya di SINI. Maka itu pada tahun 2015 adalah tahun terakhir program ICTL. Jika ada maklumat lanjut mengenai subjek PAV dialukan berkongsinya di blog ini. Sambil-sambil itu saya kongsikan ulangkaji soalan ICTL di ruangan muat turun ICTL..
Isnin, Julai 22, 2013
Aplikasi Pendokumentasi PBS ICT V3

Selaras dengan borang baru PBS iaitu Score Sheet Form (SSF), Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT juga turut berubah dengan Version 3 2014..beserta panduan penggunaannya..Bagi guru-guru yang telah memohon mendapatkan versi terdahulu, anda tidak lagi perlu mengisi borang baru kerana saya akan menghantarnya terus kepada guru2 sekalian.. hanya yang permohonan baru sahaja perlu mengisi borang KLIK SINI untuk mendapatkannya.... harap maklum.. terima kasih..
Isnin, Julai 15, 2013
Borang Baru PBS ICT 2013
Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS kini akan menggunakan borang baru selaras dengan perubahan pada markah-markah setiap kerja kursus yang perlu dibuat oleh murid. Maklumat ini diperoleh daripada Ketua Pentaksir Kebangsaan.
Guru-gur boleh mendapatkannya di ruangan kerja kursus atau terus ke
http://rmmict.blogspot.com/p/kerja-kursus-ict.html
"Mulai tahun 2013, PBS ICT (3765/2) akan menggunakan sistem pemarkahan
yang baru dan satu system baru juga disediakan oleh Lembaga Peperiksaan ,
dimana berbeza dengan system yang lama, oleh yang demikian Borang BSF (Betch
Score Form ) TIDAK akan diguna lagi dan Digantikan dengan Borang SSF ( Score
Sheet Form) ,
Dengan ini saya serta file SSF
untuk tindakan guru guru ICT "Guru-gur boleh mendapatkannya di ruangan kerja kursus atau terus ke
http://rmmict.blogspot.com/p/kerja-kursus-ict.html
Jumaat, Julai 12, 2013
Salam Ramadhan 2013
Umat
Islam pada hari ini telah berpuasa selama 3 hari..Tidak terlambat
rasanya untuk mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua pembaca blog ini. Semoga puasa pada tahun ini dikurniakan dengan
kesihatan yang baik dan dapat menjalankan perintah Allah dengan penuh
ketakwaan dan kesabaran. Saya juga memohon kemaafan jika terdapat sebarang silap dan salah salah saya samaada disedari atau tidak.....
Jumaat, Julai 05, 2013
Format Video
Memasukkan video yang di muat turun daripada youtube ke dalam slaid persembahan masih memberi masalah kepada murid-murid. Masalah jelas berlaku jika video berformat .flv daripada youtube tidak boleh dibaca oleh perisian persembahan powerpoint. Powerpoint hanya membenarkan beberapa format video dimasukkan ke dalamnya seperti .mpg dan beberapa lagi. Aplikasi internet keepvid ini membolehkan masalah ini ditangani. Keepvid akan menyediakan kepada anda banyak format video yang dikehendaki apabila dimuat turun daripada youtube. Berikut adalah langkah-langkahnya..
1. Buka video youtube
2. Copy url video tersebut dan buka paparan halaman keepvid
3. Masukkan url youtube yang di copy tadi
4. klik 'download' dan dalam beberapa saat paparan berikut keluar dan check box dan klik 'run'
5.Paparan seterusnya menunjukkan format-format fail video yang boleh anda muat turun. Buat pilihan dan save.
1. Buka video youtube
2. Copy url video tersebut dan buka paparan halaman keepvid
3. Masukkan url youtube yang di copy tadi
4. klik 'download' dan dalam beberapa saat paparan berikut keluar dan check box dan klik 'run'
5.Paparan seterusnya menunjukkan format-format fail video yang boleh anda muat turun. Buat pilihan dan save.
Khamis, Mei 16, 2013
Selamat Hari Guru 2013
Selamat Hari Guru kepada semua warga guru di mana jua anda berada. Semoga terus berusaha mempertingkatkan diri dan menjadi insan yang benar-benar menjadi guru.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)


















