| 3. KERJA KURSUS ICT | ||
RMMICT@FACEBOOK
Rabu, Jun 24, 2015
1 Juta Paparan Halaman
1. ICT TINGKATAN 5
2. ICT TINGKATAN 4
Selasa, Jun 09, 2015
Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT kini didatangkan versi terbaru 2016. Versi baru ini telah ditambah baik dari versi sebelumnya. Aplikasi ini turut menyediakan panduan lengkap bagaimana mengimport data dari APDM. Aplikasi ini sesungguhnya memudah dan menjadikan kerja PBS ICT Tingkatan 4 dan 5 lebih bersistematik.
Terima kasih tidak terhingga kepada Guru Cemerlang Encik Shanmuganathan atas perkongsian hebat ini. Semoga banyak lagi aplikasi seumpamanya dapat dikongsikan. Klik SINI untuk mendapatkannya secara PERCUMA !!! , dan saya akan menghantarnya secara email kepada anda. Pemohon versi sebelum ini tidak perlu mengisi borang kerana saya akan hantarkann versi terbaru kepada anda. Jika ada
kemusyikilan berkaitan, guru-guru boleh berhubung terus dengan Cikgu
Shan di alamat email berikut lynx653@gmail.com
Ahad, Mei 24, 2015
Telefon Di Sekolah
Satu soalan rawak dijalankan di sekolah saya bertanyakan kekuatan dan kelemahan membawa telefon ke sekolah. Hanya merujuk kepada kelemahan, rata-rata murid tidak kira bangsa dan IQ tahu bahawa terdapat banyak kelemahan membawa telefon ke sekolah berbanding kekuatan. Secara peribadi saya tiada masalah jika telefon boleh dibawa ke sekolah tetapi memerlukan kawalan yang ketat. Sudah tentu ia menambahkan kerja guru !!! Saya sokong ke tak ni ??? hehehe
Ahad, Februari 08, 2015
10 Tahun Yang Menakjubkan
Sangat cepat masa berlalu. Diam tak diam telah 10 tahun saya berada di dunia ICT sekolah menengah. Sememangnya sangat banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya peroleh dalam jangkamasa ini. Sesungguhnya ilmu tidak pernah habis, semakin banyak yang ditimba semakin banyak lagi ilmu yang muncul. Tidak dapat saya senaraikan pengalaman selama 10 tahun ini. Saya berdoa saya dapat terus bersama-sama ribuan lain guru ict berusaha keras bagi memberi ilmu ict sebanyak mungkin kepada murid-murid. Saya sangat berterima kasih kepada ramai guru-guru yang memberi tunjuk ajar, pengalaman, idea dan perkongsian bahan.. Saya tidak tahu nak sambung apa lagi.....
Isnin, September 15, 2014
Membuat video animasi dan persembahan

Powtoon, aplikasi internet yang menarik untuk mereka yang berminat membuat video animasi dan persembahan. Daftar akaun anda dan bina video animasi anda. Cara-cara membuat video animasi dan persembahan juga disertakan. Simpan atau kongsikannya di youtube. Jika anda berkongsi dengan saya, saya akan paparkan di blog ini. Selamat mencuba.Layari http://www.powtoon.com
Rabu, Jun 11, 2014
Jawapan dan Analisis
Guru-guru ICT khususnya kini boleh mendapatkan jawapan ICT SPM 2013 dan analisis soalan bahagian B&C antara tahun 2007-2013. Terima kasih atas perkongsian ini.
Credit to - Cikgu Choo and Cikgu Kim (SMK Sg Ruan)
Credit to - Cikgu Choo and Cikgu Kim (SMK Sg Ruan)
Jumaat, Mei 09, 2014
Ithink
Ithink adalah kerja kursus dalam talian , satu lagi projek aplikasi KPM untuk guru-guru seluruh Malaysia namun secara berperingkat. Menerapkan 8 peta pemikiran yang perlu difahami oleh guru bagi menerapkannya dalam PdP di sekolah. Amat baik bagi murid-murid memahami topik yang dipelajari menggunakan mana-mana peta pemikiran ini.
Selasa, April 22, 2014
Aplikasi/Alat PdP Paling Popular
Kajian dalam talian yang dijalankan selama hampir 3 bulan berjaya mendapatkan 186 respon daripada guru-guru ICT seluruh Malaysia. Terima kasih atas kerjasama guru-guru yang menjawab soal selidik tersebut. Berikut adalah senarai aplikasi/alat paling popular digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran bermula yang paling popular.
Ahad, April 20, 2014
Padlet
Padlet, satu lagi aplikasi web sembang secara kumpulan atau terbuka. Seperti yang saya letakkan di bahagian bawah blog ini, ia adalah terbuka dan membenarkan sesiapa sahaja menggunakannya. Padlet, anda hanya perlu klik dan taip. Menariknya untuk berkongsi fail, ia menggunakan konsep tarik dan letak. Ambil mana-mana fail yang ingin dikongsi dan letakkan pada 'wall' padlet.
Khamis, Mac 20, 2014
Keputusan ICT SPM 2013
Tahniah kepada semua guru ict atas keputusan spm ict 2013 pada hari
ini.. Tidak kira meningkat atau menurun , kita telah berusaha sehabis
baik, insyaAllah usaha kita itu diberkati...Jom kita usaha lebih kuat lagi...
Isnin, Mac 03, 2014
Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2015
Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT kini didatangkan versi terbaru. Versi lama mendapat sambutan hangat daripada lebih 300 orang guru. Versi 2015 ini memberi lebih banyak kemudahan dan antaranya menyediakan cara mengimport data daripada SMM (Sistem Maklumat Murid). Sangat memudahkan dan menjadikan kerja PBS ICT Tingkatan 4 dan 5 lebih bersistematik. Sistem yang dibina oleh Guru Cemerlang Encik Shanmuganathan dari SMK Dato Ahmad Lenggong kini boleh diperoleh dengan hanya KLIK SINI dan saya akan menghantarnya secara email kepada anda. Jika ada kemusyikilan berkaitan, guru-guru boleh berhubung terus dengan Cikgu Shan di alamat email berikut datoahmad
@hotmail.com
Khamis, Februari 13, 2014
Ranking Top 5 Supercomputer
Berikut adalah supercomputer yang berada di kedudukan 5 senarai teratas. Senarai kedudukan supercomputer kebiasaanya disemak setiap 2 tahun sekali. Kali terakhir adalah pada November 2013 yang lepas. Penilaian supercomputer berdasarkan prestasinya dari segi kelajuan memproses serta keupayaan bertahan dalam penyelesaian masalah dan sebagainya. 5 supercomputer yang berada dalam senarai teratas adalah ;
1. Tianhe-2, or Milky Way-2 ( CHINA)
Tianhe-2 mempunyai 16,000 nod, masing-masing dengan dua pemproses Intel Xeon IvyBridge dan tiga pemproses Xeon Phi untuk jumlah gabungan 3120000 teras (core) pengkomputeran.
2. Titan, - Cray XK7 (Amerika Syarikat)
Menggunakan 261632 teras (core) pemecut NVIDIA K20x
3. Sequoia - BlueGene/Q (Amerka Syarikat)
IBM . Menggunakan 1572864 teras (core). Sequoia juga merupakan salah satu yang paling cekap menggunakan tenaga dalam sistemnya.
4. K computer- SPARC64 VIIIfx (Jepun)
Fujitsu - Menggunakan 705,024 teras (core) pemprosesan SPARC64.
5. Mira - BlueGene/Q, (Amerika Syarikat)
IBM - menggunakan 786432 teras (core) pemecut.
Anda boleh membaca lebih lanjut tentang supercomputer di pautan berikut
http://www.top500.org/blog/lists/2013/11/press-release/
http://forwardthinking.pcmag.com/computing/312732-the-world-s-fastest-supercomputer-now-in-china
http://www.top500.org/lists/2013/06/
http://www.top500.org/project/top500_description/
1. Tianhe-2, or Milky Way-2 ( CHINA)
Tianhe-2 mempunyai 16,000 nod, masing-masing dengan dua pemproses Intel Xeon IvyBridge dan tiga pemproses Xeon Phi untuk jumlah gabungan 3120000 teras (core) pengkomputeran.
2. Titan, - Cray XK7 (Amerika Syarikat)
Menggunakan 261632 teras (core) pemecut NVIDIA K20x
3. Sequoia - BlueGene/Q (Amerka Syarikat)
IBM . Menggunakan 1572864 teras (core). Sequoia juga merupakan salah satu yang paling cekap menggunakan tenaga dalam sistemnya.
4. K computer- SPARC64 VIIIfx (Jepun)
Fujitsu - Menggunakan 705,024 teras (core) pemprosesan SPARC64.
5. Mira - BlueGene/Q, (Amerika Syarikat)
IBM - menggunakan 786432 teras (core) pemecut.
Anda boleh membaca lebih lanjut tentang supercomputer di pautan berikut
http://www.top500.org/blog/lists/2013/11/press-release/
http://forwardthinking.pcmag.com/computing/312732-the-world-s-fastest-supercomputer-now-in-china
http://www.top500.org/lists/2013/06/
http://www.top500.org/project/top500_description/
Langgan:
Catatan
(
Atom
)







































