RMMICT@FACEBOOK
Jumaat, Jun 25, 2010
Untung ke jadi orang tidak mampu ????
Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Usaha kerajaan dalam menagani miskin tegar perlu disokong dan rakyat berkemampuan perlu turut serta dalam apa cara bantuan yang difikirkan sesuai. Penubuhan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) turut berperanan dalam hal ini mengikut objektifnya. Baru-baru ini sebanyak 150 borang diberi kepada pihak sekolah untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar yang mana keluarganya berpenddapatan RM3000 ke bawah. Pihak sekolah kemudianya menapis kepada pendapatan keluarga RM1000 berikut jumlah yang terlalu ramai. Borang yang edarkanmerupakan borang permohonan pemberian LAPTOP kepada para pelajar yang terpilih. Begitu banyak pendapat sama ada daripada guru mahupun murid-murid yang tidak mendapat borang tersebut diperoleh. Biasalah ada pro dan kontra. Pihak sekolah walau bagaimanapun menerima pendapat tersebut dan sekiranya projek PJK ini jika terbukti benar maka satu lagi tapisan oleh pihak sekolah akan dibuat bagi memastikan para pelajar yang benar-benar layak menerima akan mendapat pemberian LAPTOP SECARA PERCUMA tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan