RMMICT@FACEBOOK

Isnin, Oktober 18, 2010

Pengalaman Dipantau Nazir

Pengalaman dipantau nazir memang sukar dilupakan. Dipantau ketua bidang pun dah menjadi satu masalah apalagi dipantau nazir. Memang kebanyakan guru tidak suka dilihat ketika mengajar walaupun oleh rakan guru sendiri. Permohonan untuk guru cemerlang awal tahun dulu diterima dan maka itu nazir datang pada hari ini. Agak kalut pada awalnya namun atas nasihat rakan-rakan yang telah dipantau sebelum ini maka beberapa persediaan yang perlu dapat dibuat awal. Antara persediaan penting yang perlu dibuat ialah merancang pengajaran dan pembelajaran. Jadi rasanya tiada masalah mengenai itu. Saya baru tahu bahawa untuk permohonan GC, nazir diarahkan untuk melihat sahaja P&P guru dan mereka tidak AKAN komen langsung P&P yang anda jalankan. Selain itu fail-fail mestilah lengkap dan susun siap-siap atas meja.  Sangat memudahkan jika terdapat perkara-perkara yang ingin nazir lihat. Apa yang saya lihat, nazir GC ingin melihat bagaimana kita MENJUAL diri kita dan ini termasuklah pengetahuan am semasa yang berlaku di negara kita lebih-lebih lagi berkaitan dasar dan sebagainya. Ianya banyak menjurus kepada bidang kita.
HARAPAN saya.... siapa yang tidak berharap...setelah apa yang kita lakukan..dan kita sendiri yang membuat permohonan.. tiada siapa paksa pun. APA yang penting..percaya kepada rezeki yang ALLAH beri... redha segala ketentuannya. Saya terima sahaja keputusannya nanti. YANG penting kita dah cuba. NAZIR terima permohonan saya pun dah kira syukur kerana sekurang-kurangnya apa yang kita tulis di borang permohonan telah diluluskan..

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"