RMMICT@FACEBOOK

Sabtu, Mac 26, 2011

Inovasi Dalam Pengajaran & Pembelajaran ICT

Tidak cukup rasanya jika belajar atau mengajar mata pelajaran ICT dengan kaedah biasa. Guru-guru ICT khasnya perlu memandang jauh bagaimana P&P ICT dapat dijayakan dengan lebih berkesan. Terdapat pelbagai inovasi telah dicipta bagi tujuan P&P ICT namun tidak ramai guru-guru ICT yang tahu mengenainya.  Inovasi adalah sesuatu yang baru dan lain dari kebiasaanya. Saya sendiri mengakui bahawa saya tidak kreatif dan kritis dalam memikirkan inovasi dalam P&P ICT. Apa yang saya harapkan jika ada pembaca blog ini merupakan guru tidak kira guru ICT atau tidak atau sesiapa sahaja dapat BERKONGSI inovasi yang telah dibuat atau boleh dibuat untuk mata pelajaran ICT khususnya. Berkongsi ilmu membolehkan kita mendapat ilmu yang lebih banyak..InsyaAllah... Dengan perkongsian tersebut maka saya bercadang mewujudkan satu ruangan inovasi di blog ini tidak lama lagi dengan memaparkan inovasi yang telah ada atau idea-idea baru bagi memantapkan lagi P&P ICT di sekolah...

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"