Nama asal bagi mouse ialah bug tetapi kerana tali atau kabel pada peranti ini menyebabkan sebutan mouse lebih selesa digunakan. Penciptaan mouse bermula pada awal 60an oleh Douglas Engelbart dari Institut Penyelidikan Stanford. Penciptaan mouse ini bertitik tolak dari penciptaan trackball yang telah bermula di awal 50an lagi. Pada ketika itu trackball tidak terbuka kepada penggunaan rakyat biasa. Secara tepat pada tahun 1963, Douglas Engelbart dan rakan sekerjanya Bill English yang merupakan antara pelopor human-computer interaction telah mengeluarkan prototaip mouse yang pertama. Agak malang bagi Douglas..
walau ciptaannya di patenkan namun ia tidak mendapat barang sesen pun royalti kerana out of date semntara penggunaan mouse itu sendiri semakin meluas dan penambahbaikan serta penciptaan teknologi baru ke atas peranti tersebut sentiasa berlaku. Walaupun begitu pada tahun 1984, Steve Jobs, tuan punya Apple Incoporated, mereka cipta semula mouse bagi komputer Macintosh. Belau kemudian menganugerahkan penghargaan Lemelson-MIT pada 1997 kepada Douglas beserta 500 ribu USD sebagai menghargai ciptaan ulungnya itu dan meletakkan namanya sebagai National Inventors Hall of Fame pada tahun 1998.
mouse atau bug yang pertama
Sehinggalah pada tahun 1972, rakan Douglas, Bill English pada bulan September 1972 mencipta roller ball mouse. Pencipta mouse yang menggunakan bola ini begitu sukses dan melewati zamannya. Ini kerana sudah pasti kita masih boleh terjumpa atau membeli mouse yang menggunakan bola ini. Bertahan lebih 10 tahun sebelum digantikan dengan teknologi mouse yang baru.
roller ball mouse (Bill English)
Optical mouse kemudian mengambil alih dalam penciptaan terbaru mouse. Optical Mouse pemancar cahaya diod untuk mengesan gerakan relatif terhadap permukaan dasar, bukan bahagian yang bergerak dalaman seperti halnya mouse mekanikal (roller ball mouse). Pada zanan kini teknologi laser digunakan dalam penciptaannya. Penciptaannya dipatenkan pada awal 80an oleh Longitech yang kemudian pada tahun 1984 merekacipta cordless mouse yang pertama dan cordless optical mouse pada 2001. Cordless mouse atau pun wireless mouse menggunakan frekuensi radio sebagai penghubung dengan pc.
logitech optical mouse
cordless optical mouse
Mouse standard pada zaman ini mempunyai roda diatasnya. Penciptaannya bermula pada tahun 1995 oleh syarikat Mouse System. Seterusnya dimajukan lagi Microsoft Intellimouse pada 1996.
Penting ***** Berdasarkan pembacaan, tarikh atau tahun penciptaan pelbagai mouse seringkali tidak sama juga dari segi hak cipta. Terdapat dakwaan dari pelbagai syarikat atau individu yang mendakwa mereka adalah pencipta asal sesuatu jenis mouse itu. Apa yang saya taip disini adalah mana-mana yang dikata telah dipatenkan. Jika terdapat kesilapan dapatlah apa kiranya pembetulan dilakukan.
Lagi gambar-gambar mouse.....kalau la tikus boleh bercakap, mesti mintak royalti sebab guna nama dia.....
sumber
http://hubpages.com/hub/computer-mouse-history
http://inventors.about.com/library/weekly/aa081898.htm
http://hubpages.com/hub/History_of_the_Computer_Mouse
http://hubpages.com/hub/computer-mouse-history
http://en.wikipedia.org/wiki/Mouse_%28computing%29
http://www.ideafinder.com/history/inventions/compmouse.htm
http://weburbanist.com/2009/04/05/evolution-of-the-mouse-classic-to-cutting-edge/
http://www.buzzle.com/articles/history-of-computer-mouse.html
http://www.physorg.com/news1027.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Mouse_%28computing%29#Optical_mice
0 comments :
Catat Ulasan