Sekarang ini kecoh tentang kumpulan hacker dunia yang bergelar "anonymous" yang menyerang laman-laman web kerajaan Malaysia. Apa yang marah sangat tu tak tahu la.. Tidak adakah anak Malaysia dalam kumpulan tersebut ? Dari satu segi memang salah tindakan mereka ini. namun dari satu segi yang lain, ilmu yang ada pada mereka ini sangat hebat !! Rasanya belum ada kursus di universiti tempatan yang menawarkan subjek hacker ini. Saya pun teringin juga hendak belajar. Saya tidak tahu juga jika ada kolej atau universiti luar negara menawarkan kursus menjadi hacker ini. Apakah ilmu atau kepakaran yang perlu ada pada seseorang untuk bergelar 'hacker sejati ?'...Berdasarkan pembacaan saya hacker perlu pakar dalam ......
1. Pengaturcaraan. Ini bermakna sangat mahir dalam bahasa-bahasa pengaturcaraan seperti phyton, ruby, java, c++ dan segala macam bahasa pengaturcaraan yang berkaitan.
2. Mahir dalam sumber terbuka (open source operating system / open source software)... Sebagai contoh linux atau unix,. Boleh memasang, mengguna dan menjalankannya..
3. Mahir dalam menulis HTML (Hypertext Markup Language).
4. Mahir dalam rangkaian samada peralatan , internet dan sebagainya..
4. Mahir dalam bahsa inggeris, menulis dan bercakap. Jika tidak mahir dan tidak mahu belajar, lupakan sahaja hasrat menjadi hacker terbilang !!! hacker kecil-kecil boleh la...
Itu antara beberapa keperlu yang perlu ada bagi seseorang hacker. Saya nak jadi hacker kecil-kecil pun tak mampu.. Anda boleh membaca lebih lanjut di SINI , SINI, dan SINI dan banyak lagi sebenarnya...
4 comments :
Diorang marah kerajaan tutup sharing website tanpa buat kajian. bercakap English perlu ke? Hacker mana ada buat public speaking. haha.
tutup sharing website tu semua org pun marah....
hemmm memang la mereka marah kerane kerajaan tutup sharing website tanpa buat kajian , perluka kena mahir dlm bahasa ingeris tidak perlu sangat la sebab hacker2 ni perlu kemahiran dalm mengodam saje contoh hacker sepanyol mereka mengunakan bahsa mereka , mereka kurang menggunakan bahasa ingeris
Jadi ada pembetulan dari segi keperluan mahir berbahasa inggeris... apa yang perlu cuma memahami bahasa inggeris..
Catat Ulasan