Menyimpan pemacu (driver) pc atau laptop sangat penting apabila ia gagal berfungsi dan langkah akhir iaitu format perlu dilakukan. Bagi mereka yang kedai komputer berhampiran dan apatah lagi upah untuk mem'format' di kedai adalah murah (lebih kurang RM20 sahaja) maka perkara ini tidak begitu penting. Namun bagi sesetengah antara kita, apabila berlaku sesuatu yang memerlukan pc atau laptop perlu cepat dibaiki maka sesalan akan dirasai jika 'backup driver' tidak dilakukan. Sebelum ini saya menggunakan Magician driver , namun atas rasa tidak mudah berpuas hati, saya mencari perisian-perisian lain yang seumpamanya. Saya menjumpai perisian Double Driver dan mencubanya. Tidak mengecewakan kerana ianya percuma. Mempunyai kebolehan Restore Driver adalah satu bahagian yang perlu dititikberatkan jika ingin mencari perisian berjenis ini. Anda boleh memuat turunnya di SINI. Fail yang di muat turun adalah fail mampat (compressed file).
Ditunjukkan apabila anda telah membuka fail mampat tersebut... (klik pada gambar untuk membesarkannya)
Ini adalah paparan double driver ....
*** Jangan lupa backup driver pc atau laptop anda....
0 comments :
Catat Ulasan