Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!
Microsoft Office 2010 yang dilancarkan pada 15 Jun 2010 yang lalu hanya seseuai untuk Microsoft Windows XP SP3 ke atas sahaja. Perisian berlesen ini menawarkan pelbagai aplikasi tambahan yang banyak melibatkan visual. Microsoft Corp. mendakwa versi terbaru office ini menawarkan kelebihan kepada mereka yang kreatif , sentiasa bergerak aktif sama ada bekerja atau beriadah dan mereka yang sentiasa atau selalu berada di alam web. Secara ringkas antara alasan mengapa Office 2010 ini perlu digunakan adalah;
1.Membantu anda mengungkapkan idea-idea anda secara lebih visual.Visual yang ditawarkan bersifat profesional apatahlagi dalam Power Point.
2. Ms Office 2010 turut memberikan pengalaman di web.Dengan Office Web Apps, pelbagai kemudahan diberikan ketika bekerja menggunakan Microsoft Word, Excel, PowerPoint dan OneNote. Ini kerana anda boleh mengakses kerja anda bila-bila masa dari Smartphone atau komputer dengan talian internet.
3. Storan. Jejaki semua fail dan dan nota anda dalam satu tempat. Dengan Microsoft OneNote 2010, anda mendapat notebook digital utama untuk mengesan, mengawal dan berkongsi teks, imej, dan video dan fail audio. Ciri-ciri baru pautan nota dan sebagainya memberi anda kawalan lebih besar atas nota anda supaya anda sentiasa terkehadapan selaras dengan perubahan terkini.
4. Perisian persembahan (power point) yang lebih menarik.Dengan PowerPoint 2010, anda boleh secara efektif melibatkan penonton anda dengan embedding video dalam persembahan anda. Ini tentunya menjimatkan masa dan wang.
Terdapat lagi kelebihan yang dinyatakan, namun begitu perubahan terbesar tentunya dari segi visual dan jika anda ingin mencuba trial MS Offie 2010 ini, anda boleh boleh memuat turunnya di SINI.
Bagi ruangan 'follower' blog , butang asasnya tertera perkataan 'follow' atau 'ikut'. Ikuti langkah berikut bagi menukar perkataan asasnya kepada perkataan yang anda ingini. Langkah berikut akan turut menukar butang tersebut kepada warna biru. Anda perlu ke admin page setting untuk menukarnya.
1.Klik dan login akaun anda ke http://www.google.com/friendconnect
2.Pada sidebar sebelah kiri halaman klik pada nama blog anda dan kemudian klik pula overview
3. Setelah klik overview , Lihat urlnya di atas seperti contoh berikut
4. Gantikan perkataan overview kepada settings , dan terus sahaja enter.
5. Pada halaman berikutnya klik pada advanced
6. Isi pada ruangan berikut dengan perkataan anda sendiri dan save settings
7. Warna biru pada butang follower akan terjadi dengan sendirinya..
Ramai diantara kita yang mengabaikan cara duduk yang betul ketika berhadapan dengan komputer. Pelbagai gaya ketika berhadapan dengan komputer memungkinkan pelbagai masalah seperti sakit belakang apatahlagi dalam jangka masa yang lama.Cuba ikuti tips yang berikut :
1. Tolak pinggul anda serapat mungkin dengan belakang kerusi Sesuaikan kerusi agar kaki anda rata di lantai dan lutut anda sama dengan, atau sedikit lebih rendah dari, pinggul anda. Sesuaikan belakang kerusi kepada sudut 100 ° -110 ° bersandar. Pastikan bahawa bahagian atas dan punggung bawah disokong. Jika perlu, gunakan bantal tiup atau bantal kecil. JIka kerusi mempunyai lengan maka sesuaikan lengan kerusi sehingga bahu anda berasa rileks.
2. Duduk berhampiran dengan keyboard anda dan kedudukan itu sehingga tepat di depan tubuh Anda. Pastikan bahawa butang terpusat dengan tubuh anda.
3. Kedudukan keyboard Sesuaikan ketinggian keyboard sehingga bahu anda rileks, siku anda berada dalam kedudukan yang sedikit terbuka, dan pergelangan tangan anda lurus.
4. Tentukan cerun keyboard anda berdasarkan kedudukan anda duduk. Gunakan kaki keyboard dan sesuaikan kecerunannya dengan tangan anda.Jika anda duduk di depan atau kedudukan tegak, cuba miring keyboard anda menjauh dari anda, tetapi jika anda sedikit bersandar, maka sedikit miring ke depan akan membantu untuk mempertahankan kedudukan pergelangan tangan lurus.
5. Gunakan pergelangan tangan untuk membantu mempertahankan postur neutral lengan anda.
6. Ketahuilah bahawa kedudukan paparan yang salah boleh menyebabkan kedudukan badan salah. Sesuaikan monitor sehingga leher anda berada dalam neutral, kedudukan santai. Pusat monitor langsung di depan anda dan di atas keyboard.Bahagian atas monitor sekitar 2-3 "di atas ketinggian mata duduk anda. Jika anda memakai kacamata, monitor yang lebih rendah lebih sesuai.
7. Duduk dengan lengan menjauh dari paparan dan sesuaikan jarak panddangan anda.Kurangkan silau apabila melihat skrinAtur sudut paparan menegak dan kawalan skrin untuk meminimumkan silau dari lampu di atas kepala.
8. Dokumen perlu berada dihadapan anda. Gunakan klip yang boleh menegakkan dokumen anda dan ia perlu berada dihadapan anda. Ini dapat mengurangkan kepala anda bergerk banyak.
9. Bantulah diri anda sendiri dan berehat sebentar bagi melepaskan sebahagian dari ketegangan otot.
10. Buat senaman jari dengan menolak ke atas jari-jari anda
Permohonan guru cemerlang 2010 kini dibuka. Anda boleh layari laman web jemaah nazir di SINI atau muat turun borang permohanan pada blog ini di SINI. Tarikh tutup menghantar adalah paada 29 Julai 2010.
Setiap templat blogspot biasa akan mempunyai bar navigasi di atasnya. Bagi kebanyakkan blogger, bar navigasi tersebut tidak memberi masalah kepada mereka. Namun begitu terdapat juga blogger yang sakit mata apabila melihat blog mereka dengan adanya bar navigasi tersebut. Bagi menghilangkannya, ikut langkah berikut..
1. Buka dashboard anda, klik pada design
2. Klik pula edit html seperti gambar di bawah
3. Setelah kod html anda di buka taipkan kod di bawah dan letakkan pada gambar seperti yang ditunjukkan di bawah.
Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Usaha kerajaan dalam menagani miskin tegar perlu disokong dan rakyat berkemampuan perlu turut serta dalam apa cara bantuan yang difikirkan sesuai. Penubuhan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) turut berperanan dalam hal ini mengikut objektifnya. Baru-baru ini sebanyak 150 borang diberi kepada pihak sekolah untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar yang mana keluarganya berpenddapatan RM3000 ke bawah. Pihak sekolah kemudianya menapis kepada pendapatan keluarga RM1000 berikut jumlah yang terlalu ramai. Borang yang edarkanmerupakan borang permohonan pemberian LAPTOP kepada para pelajar yang terpilih. Begitu banyak pendapat sama ada daripada guru mahupun murid-murid yang tidak mendapat borang tersebut diperoleh. Biasalah ada pro dan kontra. Pihak sekolah walau bagaimanapun menerima pendapat tersebut dan sekiranya projek PJK ini jika terbukti benar maka satu lagi tapisan oleh pihak sekolah akan dibuat bagi memastikan para pelajar yang benar-benar layak menerima akan mendapat pemberian LAPTOP SECARA PERCUMA tersebut.
Kenali Pusat Jalur Lebar Komuniti (Community Broadband Centre) atau singkatannya PJK. Projek Pusat Jalur Lebar Komuniti ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta TM Berhad. Tujuan utama PJK ini adalah bagi merapatkan jurang komunikasi digital setempat antara bandar dan luar bandar. Maka semestinya ia tertumpu ke kawasan-kawasan desa di seluruh negara. Klik SINI untuk mengetahui lebih jelas tentang PJK ini dari segi objektif, projek yang bakal dan telah dijalankan, pautan PJK- PJK seluruh negara dan pelbagai lagi.
Tengah semangat isi data ke sistem tiba-tiba, apocot kau molotop !!!! Gelap gelita rumah.. Punya la kuat petir malam semalam, jarang-jarang begitu kuat bunyinya. Bila dah terang, cuba akses internet semula. Aikkk, kenapa tak boleh !!! Adoiiiiiiii modem jahanam. Lebih mengharukan wireless router pun jahanam !!! Modem, TM ganti, wireless router ??? Warranty dah habis, so sendiri ganti laaaaaaaa........... Adoiiiiiiiiiiiiiii........
Ingin merasa menggunakan windows 7 ?? Hanya untuk windows XP... Jadikan XP anda kepada windows 7. Anda boleh memuat turnnya di SINI.Ianya merangkumi ciri-ciri seperti wallpaper, tema, sistem bunyi, screensaver dan lain-lain. Cubalah dan rasainya..
bit
– computer store information in digital format, on and off called logic 1 and logic 0. the smallest element in a computer is bit and holds either 1 or 0.
– komputer menyimpan maklumat dalam bentuk digital, buka dan tutup yang dipanggil logik dan logik 0. elemen terkecil ialah bit dan hanya memegang 0 dan 1 byte
– computer uses only one bit that can have two situation either 1 or 0. it is not practical to save vast information. therefore more than 1 bit is gathered.
– one byte consist of 8 bits, and can consist of 256 values. computer uses byte to represent character like ‘a’ and number ‘3’ and symbol ‘ *’.
– komputer hanya menggunakan satu bit yang mana boleh ada 2 situasi samada 1 atau 0.
– satu bait menandungi 8 bit dan boleh mengandungi 256 nilai. komputer menggunakan bait untuk mempersembahkan karektor seperti ‘a’, ‘3’ dan ‘simbol’. field
– combination of one or more character and it is the smallest unit that can be retrieved.
– kombinasi satu atau lebih karektor dan merupakan unit terkecil record
- collection of field.
- adalah koleksi beberapa lapangan file
- collection of record.
- koleksi beberapa rekod database
– collection of file.
– koleksi beberapa fail
(sppangsess@gmail.com) Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini. Blog ini memberikan pelbagai maklumat dan dapatan berkaitan komputer , internet dan aplikasi dan juga sesuai untuk semua peringkat golongan. Ia juga sangat sesuai bagi guru, pelajar ICT dan ICTL bagi tujuan memuat turun bahan-bahan pembelajaran. Semoga perkongsian maklumat ini dapat memberi manfaat kepada semua yang mengunjunginya. BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN GOOGLE CHROME DAN MOZILLA FIREFOX
NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING
NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING
NATIONAL EDUCATION BLOGGING
RAKAN BLOGGER
MUAT TURUN SLAID PdP TMK TING.5
Muat Turun Slaid PdP Tingkatan 4
Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2015
Module By Subtopic
Pautan Web/Blog Guru ICT Malaysia (Terkini OKTOBER 2016 : SMK TEMERLOH PAHANG)