Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Isnin, Jun 20, 2011

Senarai Semak Penyelenggaraan Komputer

Anda yang mempunyai kenderaan apabila sampai sahaja waktu tertentu, kenderaan anda perlu di selenggara. begitu juga dengan komputer atau laptop kita. Ia perlu diselenggara agar sentiasa berjalan lancar. Jangan dikata 'tahu pakai je...'. Entri ini sesuai bagi mereka yang baru membeli pc atau laptop namun masih relevan untuk yang telah lama... Jika sudah lama, faham-faham sahajalah... kereta tua la katakan...









Senarai Semak Penyelenggaran Komputer

1. Tetapkan 'System Restore Point'
Perkara ini paling jarang berlaku bagi sesiapa yang membeli komputer baru. Adalah baik jika tetapkannya pada masa komputer anda berada dalam keadaan paling baik dan stabil..Langkahnya..
a. Klik start --> all program
b. cari 'Accessories'
c. cari 'system tools'
d. klik 'system restore'
paparan terbuka dan 'check' pada ' 'create a restore point'
e. ikut langkah seterusnya dengan klik pada 'next'...

2. Buang Fail yang tidak Diingini
Windows menyediakan 2 cara bagi membuan gfail-fail yang tidak ingini seperti cookies, fail internet sementara(temporary intenet files) dan sebagainya... 
a. Disk Cleanup
Ini akan membuang fail seperti fail sementara, recycle bin,  fail mampat lama(compressed), fail program muat turun dan laim-lain..
caranya.. pergi ke 'my computer'>klik kanan pada pemacu(drive) yang anda ingin bersihkan>pilih properties>kemudian pilih 'disk cleanup'
b. Padam sejarah pelayaran (browsing history)
Antara fail-fail 'browsing history' ini adalah cookies. Oleh kerana pelayar internet yang berbeza anda boleh klik SINI..

3. Pastikan program anda di bawah kawalan
a. Keluarkan apa-apa program yang anda tidak gunakan atau mempunyai tempoh percubaan yang telah tamat. Selalulah melihat kepada add or remove program
b. Untuk pengguna XP.. Buang update yang tidak diperlukan. Pada paparan add or remove program  terdapat satu kotak di sebelah atas yaang biasa tidak di'check'.




check padanya.... dan skroll ke bawah... lihat  pada




buang semua di bawah windows xp - software updates tersebut... ini merupakan salah satu sebab mengpa pc anda lembab,,,
c. Jangan 'install' terlalu banyak perisian... Boleh cuba, tetapi bila rasa kadang2 sahaja guna, lebih baik remove kan sahaja...

4. Keselamatan Komputer
a. Perisian antivirus.. jangan kedekut untuk beli .... perisian antivirus yang berbayar telah terbukti keberkesanannha.. Tidak kisah jenis mana yang anda beli...
b. Muat turun.. jangan terlalu ghairah memuat turun kerana kemungkinan anda akan memuat turun perisian yang mempunyai virus. Lakukan penyelidikan dahulu sebelum terus memuat turun apa program dan sebagainya.
c. Laman web yang tidak elok.. Sudah tentu laman-laman web pornografi dan sebagainya.. terlalu banyak risiko yang bakal terjadi ke atas anda. Contohnya..'cookies' yang dapat mencuri maklumat anda..
d. Cakera keras Luaran (external hard disk)..penting sebagai sandaran data-data penting anda.

5. Semak cakera anda (elakkan 'bad sector' dan 'errors')
Sama sahaja bagi xp, vista dan seven...
Buka my computer -> klik kanan pada pemacu..biasa pemacu C:...klik pada tool..

windows vista dan seven


















windows xp






























6.Defragment komputer anda..
The Disk Defragmenter Windows mengorganisasikan fail dan data bagi membantu komputer berjalan dengan lancar. Ia menggerakkan fail yang kerap digunakan untuk kawasan yang mudah di akses dan kurangnya fail digunakan , sebaliknya. Ia juga mengumpulkan fail berpecah-belah dan kumpulkannya kembali bersama-sama. Anda harus defrag komputer anda setiap 10-15 hari.

  • Pergi ke start menu dan pilih all programs
  • Kemudian pilih accessories, seterusnya system tools
  • Pilih disk defragmenter daripada menu..


diubahsuai daripada...











Sabtu, Jun 18, 2011

Pilihan Anda, Blogspot atau Wordpress ???

Kebanyakan bloggger masa kini kebanyakkan menggunakan blogspot atau wordpress sebagai tapak blog mereka. Saya gemar dengan wordpress kerana ia kelihatan kemas dan menarik. Saya menggunakan templat wordpress namun dengan tapak blogspot. Ini  kerana ,blogspot mempunya ciri-ciri yang lebih mesra pengguna. Terdapat perbezaan antara keduanya. Perbezaan antara keduanya membolehkan anda untuk memilih tapak mana yang sesuai dengan blog anda ...Namun perbezaan berikut adalah bagi yang percuma sahaja...




Blogspot
Wordpress
Tema dan penyesuaian 
Blogger telah memperkenalkan koleksi mudah untuk menyesuaikan template dengan Google Web Font. Template dahulu masih boleh diedit, tetapi tidak mempunyai semua ciri-ciri. Yang terbaru kini, mobile template
Tiada pengeditan template. Gaya penyuntingan lembaran hanya apabila anda upgrade dengan membuat bayaran.
Statistik Pelawat
Terbina dalam papan pemuka statistik (dashbooard)  Anda juga boleh menggunakan skrip pihak ketiga (third party).
Tiada skrip ibenarkan. Papan pemuka admin menunjukkan statistik 2 hari dan harian, carta mingguan dan bulanan. 
Import 

Import data hanya dibenarkan dari blog blogspot sahaja.
Membolehkan mengimport dari Blogger, Yahoo! 360, Jenis · Pad, MovabIe · Jenis, Blogli, Israblog, Posterous, Vox.com, Live · JournaI atau lain-lain blog  WordPress
Storan imej 
1 Gigabyte. Tiada antara muka yang membolehkan anda melihat imej yang telajh diuplod kecuali anda mendaftar untuk Picasa Web Albums. Jika anda telah mendaftar perubahan boleh dibuat secara terus daripada picasa.
3 Gigabyte. Anda juga boleh memuat naik jenis-jen is data seperti  Ppt,. Doc,. Odt dan. Fail pdf . Untuk blog yang dibayar, kebh ruang dan lebih banyak jenis data boleh diupload.
Galeri 

Anda boleh menggunakan Album Web Picasa. 
Hanya tambah tag [galeri] untuk mewujudkan galeri.
Laman statik (pages)
Blogger membenarkan sehingga 10 laman statik diwujudkan .
Bina  'halaman'. Laman statik akan disenaraikan di menu yang berasingan. 
Kategori 
Digelar 'Label'. 
Digelar 'Kategori'. 
Petikan Post 
Membenarkan keseluruhan bahagian dipaparkan kecuali ada tema yang mempunyai kemudahan baca seterusnya atau ada skrip yang boleh mewujudkan  baca seterusnya
Biasanya tema wordpress mempunyaia bahaian tag baca seterusnya.
Post melalui email 

Boleh menghantar pos melalui email.  Anda boleh menerima mesej baru melalui e-mel juga (berguna untuk blog pasukan). 
Boleh menghantar pos melalui email. Imej juga boleh dilampirkan.
Borang untuk dihubungi (contact form)
Tiada disediakan namun terdapat skrip third party.
Telah ada. Hanya wujudkannya daripada halaman antara mula.
Blog Persendirian
Boleh menghalang akses sesiapa melayarinya kecuali kepada sesiapa Nama domain percuma
Anda boleh menyekat akses kepada 35 dijemput pemegang akaun Wordpress (tanpa had dengan peningkatan yang dibayar). Selain itu, setiap posting boleh dilindungi dengan kata laluan.

Blog  Berpasukan
Admin dan bukan admin sahaja. 
Administrator, Editor, Pengarang & Penyumbang. Pilihan untuk menerima perubahan pos melalui e-mel. 
Comments 
Pengesahan visual, penapisan spam dan pilihan kesederhanaan, tetapi tiada penyuntingan komen


Kesederhanaan, komen editing dan Akismet spam protectio








. 












Untuk aplikasi tambahan (widget)

BlogSpot Widgets
Description
Add a Gadget / tambah gajet
Aplikasi perisian yang menarik. Ada menu pada bahagian bar sisi.
Popular Posts / pos popular
Memaparkan pos yang popular di blog anda.
Blog stats / statistik blog
Paparkan jumlah pengunjung
Pages / halaman
Paparkan halaman yang berasingan pada blog anda. Halaman boleh dibina sehingga 10 halaman.
Followers / pengikut
Paparkan senarai mereka yang mengikut blog anda
Search Box / kotak carian
Mencari maklumat atau pos berdasarkan kata kunci yang ditaip oleh anda.
HTML/JavaScript / skrip HTML
Ada kemudahan pihak ketiga (third party)
Text / teks
Menulis perkataan seperti perkataan selamat datang
AdSense / adsen
Membolehkan tuan punya blog meletakkan iklan pada blognya.
Picture
[for the sidebar] / gambar untuk bar sisi
Letakkan gambar dari komputer anda atau dari mana-mana sahaja.
Slideshow / paparan slaid
Memaparkan slaid gambar yang telah dibuat
Video Bar / bar video
Boleh memasukan video daripada web lain seperti youtube tnpa perlu pembaca meninggalkan blog
Poll / undian
Meletakkan bahagian untuk undian.
Blog List / senarai blod       
Papar blog yang anda ikuti (follow) di blog anda
Link List / senarai pautan
Letak pautan yang anda gemari seperti laman web atau blog
List / senarai
Letakkan buku kesukaan anda, filem atau apa yang anda suka
Feed
Tambah kandungan suapan RSS atau Atom untuk blog anda.
Newsreel
Secara automatik menambah tajuk semasa dari Google News untuk blog anda
Labels [categories]
Papar semua label (kategori) dalam blog anda
Subscription Links
Biar pembaca anda dengan mudah melanggan blog anda dengan pembaca suapan yang popular.
Logo
Pilih dari pelbagai jenis logo Blogger untuk ditambah ke halaman anda.
Profile
Memaparkan maklumat mengenai diri anda [Wordpress blog] mempunyai "Perihal" Laman
Blog Archive
Memaparkan pautan kepos lama
Page Header
Paparan tajuk blog anda dan penerangan.
Wordpress.com Widgets
Akismet | Archives | Authors | Author Grid | Blog Stats | Blog Subscriptions | Box.net file sharing | Calendar | Categories | Category cloud | del.icio.us | Flickr | Gravatar | Image | Links | Meebo | Meta | Pages | Recent Comments | Recent Posts | RSS | RSS Links| Search | SocialVibe | Tag Cloud | Text | Top Clicks | Top Posts | Top Rated | Twitter | Vod:Pod Videos



sumber : 
http://pulsed.blogspot.com/2007/07/blogger-wordpress-chart.html
http://tendou86.blogspot.com/2009/01/wordpress-vs-blogspot.html

Jumaat, Jun 17, 2011

Facebook Bakal Senasib Myspace dan Friendster ?

Berita di surat khabar beberapa hari lepas menyatakan jumlah pengguna fb terbesar dunia iaitu di Amerika Syarikat merundum hampir 6 juta pengguna iaitu daripada 155.2 juta kepada 149.4 juta orang manakala  beratus ribu pengguna di England telah menutup akaun mereka. Adakah pengguna sudah mula merasa bosan dengan facebook ? Adakah ia bakal menjadi seperti Myspace dan friendster yang semakin lama perlahan-lahan dilupakan ?  Bagaimana pula keadaannya di Malaysia ? Entri saya pada 27 Disember 2010 menyatakan sebanyak hampir 9 juta pengguna facebook di Malaysia... Statistik terbaru berdasarkan socialbakers menunjukkan....

Khamis, Jun 16, 2011

Kursus Pembugaran Mata Pelajaran ICT

Bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana Shah Alam, guru-guru ICT daerah Petaling Perdana dan Petaling Utama berkumpul untuk kursus Pembugaran Mata Pelajaran ICT. Terima Kasih kerana menjemput saya sebagai penceramah bagi slot kedua dalam kursus ini. Google Doc dalam pendidikan menjadi pilihan saya untuk slot tersebut. Terima kasih atas kerjasama guru-guru yang mana nampaknya berminat dalam penggunaan google doc ini.

Gambar-gambar sekitar kursus tersebut....

Hebatnya Menjadi Hacker

Sekarang ini kecoh tentang kumpulan hacker dunia yang bergelar "anonymous" yang menyerang laman-laman web kerajaan Malaysia. Apa yang marah sangat tu tak tahu la.. Tidak adakah anak Malaysia dalam kumpulan tersebut ? Dari satu segi memang salah tindakan mereka ini. namun dari satu segi yang lain, ilmu yang ada pada mereka ini sangat hebat !! Rasanya belum ada kursus di universiti tempatan yang menawarkan subjek hacker ini. Saya pun teringin juga hendak belajar. Saya tidak tahu juga jika ada kolej atau universiti luar negara menawarkan kursus menjadi hacker ini. Apakah ilmu atau kepakaran yang perlu ada pada seseorang untuk bergelar 'hacker sejati ?'...Berdasarkan pembacaan saya hacker perlu pakar dalam ......

Selasa, Jun 14, 2011

Menjadi Kenyataan Namun Mengecewakan

Sambungan daripada entri terdahulu 'Kampung Wifi Menjadi Kenyataan-27 Mei'. Perkara ini memang telah menjadi kenyataan. Sudah hampir 2 minggu pun ianya berlaku. Namun memang agak mengecewakan kerana capaiannya yang sangat lemah. Seperti yang dijanjikan, radius capaian wifi ini pada awalnya dikatakan mampu mencapai jarak sehingga 500 meter jauhnya, tetapi apa yang berlaku adalah....

Isnin, Jun 13, 2011

Banyaknya Universiti Di Malaysia !!!!

Pada masa kini, untuk menyambung pelajaran adalah tidak sukar. Terdapat banyak pilihan universiti sama ada IPTA, swasta dan berkembar untuk murid-murid lepasan sekolah. Ini membawa maksud sama ada mahu atau tidak mahu sahaja. Di tambah lagi dengan pelbagai lagi kolej dan politeknik yang terdapat di merata tempat. Apa yang menjadi persoalan adalah, sama ada pilihan murid-murid untuk menyambung pelajaran dapat memberi kelebihan merangkumi ilmu yang diperoleh, mudah mendapat kerja  dan sebagainya. Berdasarkan senarai yang ditunjukkan di bawah, bagi yang pertama kali mengetahuinya pasti terkejut kerana terdapat begitu banyak universiti di Malaysia.....


Khamis, Jun 09, 2011

Ranking Universiti-Universiti Malaysia

Di manakah kedudukan universiti anda belajar ketika ini di peringkat asia dan dunia ? Anda boleh melihat kedudukan universiti-universiti Malaysia terutamanya di http://www.topuniversities.com . Bagaimana cara ranking universiti-universiti dibuat ? Antaranya melihat kepada kualiti penyelidikan-penyelidikan yang telah dilakukan. Ia juga melihat bagaimana penyelidikan-penyelidikan yang dibuat menyumbang kepada masyarakat setempat, negara, dunia dan sebagainya. Kedudukan universiti saya belajar dahulu ???? ........ Berikut adalah sedikit info yang diperoleh daripada laman web ini....

Selasa, Jun 07, 2011

Kursus ICT Yang Laku Di Pasaran Kerja

Entri saya yang terdahulu,  kerjaya dalam ict  telah menerangkan  tentang pilihan-pilihan kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang ict. Namun begitu, dalam banyak pilihan kerjaya tersebut, yang manakah laku di pasaran kerja masa kini. Amat malang jika pelajar berminat dalam sesuatu bidang ict namun apabila tamat belajar tiada peluang kerjaya yang diperolehi. Hakikatnya pada masa kini ialah..

Isnin, Jun 06, 2011

Menarik Sangat Ke Telefon Teknologi Android ?

Apa yang menarik minat orang ramai dengan teknologi android ini ? Apa perbezaan ketara mengenainya berbanding dengan teknologi sebelum ini seperti symbian, windows mobile dan sebagainya. Memang menjadi kegilaan terkini bagi peminat-peminat telefon berteknologi baru seperti ini. Lihat sahaja di sekolah sendiri, begitu punya ramai guru yang menggunakan telefon jenis ini, bermacam jenis dan rupa. Cuma yang hairannya, cikgu-cikgu ICT kat sekolah saya dan termasuklah saya belum ada yang berura-ura nak beli.... belum ada modal kot... atau nak tunggu teknologi ini semakin canggih.. terkini, HTC dan Sprint melancarkan smartphone pertama berteknologi android 3D..(info lanjut..KLIK) Semakin canggih.. Apa yang menjadi persoalannya adalah..

Sabtu, Jun 04, 2011

Storan Untuk Video Anda

Bagi mereka yang suka berkongsi video, kebiasaannya youtube menjadi pilihan utama. Terdapat banyak lagi aplikasi storan yang berada di pasaran. Salah satunya adalah vimeo. Fungsinya sudah tentu lebih kurang sama seperti youtube. Anda boleh mendaftar di SINI. Aplikasi ini mendakwa dapat menawarkan video berkualiti tinggi untuk anda.

Rabu, Jun 01, 2011

Mengelakkan Pemacu (drive:) Dari Dicerobohi

Terdapat banyak perkara di dalam komputer anda yang tidak boleh dkongsi oleh orang lain. Walaubagaimanapun, kadang-kadang kita tidak dapat mengelakkan komputer atau laptop dari dipinjam oleh orang lain. Bagi mengelakkan perkara tersebut daripada terjadi, anda bolehlah melakukan langkah-langkah berikut ....

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"