PBPPP adalah singkatan
Penilaian
Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Ia adalah satu
kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan konsep Tugas dan Tempat
Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi
yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP
2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.
PTK
digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen
pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira
keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua
perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan
kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis
panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
PBPPP
merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus
kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta
mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan bagaimanapun
tertakluk kepada garis panduan JPA.
Jika adalah mahu maklumat lanjut boleh mendapatkan bahan berkaitan . Sila klik SINI
Modul Soalan ICT terbaru berdasarkan subtopik kini telah siap dan sedia dimuat turun. Modul soalan ini adalah daripada soalan-soalan
percubaan ict negeri-negeri 2012 dan soalan SPM 2007-12 .Bagi guru-guru ICT yang ingin menggunakannya sebagai
latihan untuk murid-murid boleh la mendapatkannya
diruangan
turun bahagian lain-lain atau klik
SINI.
Seperti biasa setiap tahun saya kongsikan soalan-soalan percubaan ICT SPM negeri-negeri. Guru-guru dan murid-murid boleh mendapatkannya di ruangan Muat Turun--->Tingkatan 5. Terima kasih kepada guru-guru yang menghantar soalan. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat sebagai salah satu persediaan menghadapi peperiksaan sebenar.
Proses mengumpul soalan2 percubaan ICT 2013 kini bermula. Saya amat
mengalu-alukan sumbangan guru-guru ICT seluruh negara agar dapat dikongsikan di blog ini. Soalan boleh dihantar ke email saya sppangsess@gmail.com . Harapan semua agar perkongsian ini dapat digunakan sebaiknya bagi kecemerlangan anak murid kita. Sebaik2nya dihantar selepas
peperiksaan selesai dijalankan.. Sumbangan guru-guru saya dahului ucapan terima
kasih..
Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua.Tema hari
kebangsaan pada tahun ini 'Malaysiaku Berdaulat,Tanah Tumpah Darahku.
Sentiasa bangga dan cintai negara. Di mana bumi dipijak di situ
langit dijunjung. Kekalkan kemakmuran sedia ada. Jangan ditanya apa yang
negara beri kepada kita tetapi fikirlah apakah sumbangan kita kepada
negara. Bersatulah kita menjaga negara kita, negara Malaysia tercinta
!!! Selamat Hari Kemerdekaan ke 56.
Bagi memudahkan guru-guru ICT tingkatan 5 dalam membuat jangkaan bentuk soalan atau tajuk yang akan keluar pada peperiksaan ICT SPM kelak, analisis soalan ini adalah sangat berguna. Analisis khusus untuk seksyen B dan C ini berdasarkan tahun 2007 hingga 2012. Analisis ini boleh didapati di ruangan Muat Turun---> Lain-Lain (nombor 16)
Selamat
hari raya aidilfitri kepada semua guru-guru dan murid yang melayari laman blog rmmict ini. Saya dan keluarga dengan rendah diri dan seikhlas hati
memohon ampun dan maaf jika terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan
yang saya lakukan secara sengaja atau tidak kerana saya hanya insan
biasa.. Semoga kita dirahmati Allah s.w.t, bergembira di hari raya dan
berhati-hati tidak kira di mana..Sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri
buat semua..
Subjek Pendidikan Asas Vokasional kini berada dalam tahap projek rintisnya di sekolah-sekolah terpilih. Mengikut maklumat tidak rasmi, semua sekolah akan mempunyai subjek PAV ini bermula pada tahun 2016. JIka ada yang masih tidak mengetahui berkenaan PAV ini boleh lah membacanya di
SINI. Maka itu pada tahun 2015 adalah tahun terakhir program ICTL. Jika ada maklumat lanjut mengenai subjek PAV dialukan berkongsinya di blog ini. Sambil-sambil itu saya kongsikan ulangkaji soalan ICTL di ruangan muat turun ICTL..

Selaras dengan borang baru PBS iaitu Score Sheet Form (SSF),
Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT juga turut berubah dengan Version 3
2014..beserta panduan penggunaannya..Bagi guru-guru yang telah memohon
mendapatkan versi terdahulu, anda tidak lagi perlu mengisi borang baru kerana
saya akan menghantarnya terus kepada guru2 sekalian.. hanya yang permohonan
baru sahaja perlu mengisi borang KLIK
SINI untuk mendapatkannya.... harap maklum.. terima kasih..
Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS kini akan menggunakan borang baru selaras dengan perubahan pada markah-markah setiap kerja kursus yang perlu dibuat oleh murid. Maklumat ini diperoleh daripada Ketua Pentaksir Kebangsaan.
"Mulai tahun 2013, PBS ICT (3765/2) akan menggunakan sistem pemarkahan
yang baru dan satu system baru juga disediakan oleh Lembaga Peperiksaan ,
dimana berbeza dengan system yang lama, oleh yang demikian Borang BSF (Betch
Score Form ) TIDAK akan diguna lagi dan Digantikan dengan Borang SSF ( Score
Sheet Form) ,
Dengan ini saya serta file SSF
untuk tindakan guru guru ICT "
Guru-gur boleh mendapatkannya di ruangan kerja kursus atau terus ke
http://rmmict.blogspot.com/p/kerja-kursus-ict.html
Umat
Islam pada hari ini telah berpuasa selama 3 hari..Tidak terlambat
rasanya untuk mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua pembaca blog ini. Semoga puasa pada tahun ini dikurniakan dengan
kesihatan yang baik dan dapat menjalankan perintah Allah dengan penuh
ketakwaan dan kesabaran. Saya juga memohon kemaafan jika terdapat sebarang silap dan salah salah saya samaada disedari atau tidak.....
Memasukkan video yang di muat turun daripada youtube ke dalam slaid persembahan masih memberi masalah kepada murid-murid. Masalah jelas berlaku jika video berformat .flv daripada youtube tidak boleh dibaca oleh perisian persembahan
powerpoint. Powerpoint hanya membenarkan beberapa format video dimasukkan ke dalamnya seperti .mpg dan beberapa lagi. Aplikasi internet
keepvid ini membolehkan masalah ini ditangani.
Keepvid akan menyediakan kepada anda banyak format video yang dikehendaki apabila dimuat turun daripada youtube. Berikut adalah langkah-langkahnya..
1. Buka video youtube
2.
Copy url video tersebut dan buka paparan halaman keepvid
3. Masukkan url youtube yang di
copy tadi
4. klik 'download' dan dalam beberapa saat paparan berikut keluar dan
check box dan klik 'run'
5.Paparan seterusnya menunjukkan format-format fail video yang boleh anda muat turun. Buat pilihan dan
save.