RMMICT@FACEBOOK

Isnin, Mei 31, 2010

Wufoo

Kenali Wufoo, aplikasi internet yang berguna untuk mendapatkan maklumat  melalui Internet. Melalui wufoo, maklumat diperolehi melalui pembinaan borang (form) , tinjauan (survey) dan jemputan (invitation) yang mana kesemuanya dibina secara atas talian mengikut bentuk yang dikehendaki oleh pengguna. Ianya dikatakan  sesuai untuk guru  bagi memberi soalan-soalan ujian kepada prelajar secara online. Ini bermakna pelajar yang menjawab soalan perlu menjawab soalan seperti yang ditetapkan oleh guru dalam masa yang ditetapkan. Wuf0o juga menawarkan beberapa lagi aplikasi tambahan seperti pilihan tema dan sebagainya. Pada pendapat saya kesemua tawaran aplikasi yang diberikan tetap merujuk kepada bagaimana penggunaan internet digunakan secara maksimum oleh pelajar termasuk kelajuan internet dan spesifikasi komputer itu sendiri. Perbandingan dengan apa yang ditawarkan oleh google (google for educator) turut perlu dilihat. Apatah lagi wufoo cuma menawarkan aplikasi ini digunakan sebagai percubaan (trial) dan kemudian login sebagai ahli berbayar perlu dilakukan. Namun begitu aplikasi ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba kemampuan dan kelainannya. 

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"