RMMICT@FACEBOOK

Rabu, Mac 23, 2011

Jaga-Jaga..Depan Ada Longkang... Lompat !!!!

Entri pada kali ini mungkin agak klise. Namun tugas kita mengingatkan diri sendiri dan orang lain perlu berterusan, apa lagi perkara-perkara yang baik. Almaklumlah juga, orang melayu terutamanya memang mudah lupa..
Terdapat banyak tips penjagaan laptop yang boleh kita jumpa di internet.. Antara yang popular adalah seperti berikut...

1. Rajin-rajinlah tengok bahagian-bahagian berongga pada laptop kita.. Manalah tau kot ada belalang kunyit buat rumah dalam tu.
2. Letak laptop ditempat rata samada guna atau tidak... Cuba duduk sendeng tengok.. selesa tak ??
3. Pastikan laptop tidak dibawa dalam keadaan yang lasak dan kasar.. Gegaran boleh merosakkan komponen dalaman.. Cuba gegar kepala sendiri tengok !!!
4. Ramai suka guna atas katil..lagi feel katanya.. Habuk atau helaian halus fabrik dijangka dapat mempercepatkan lagi kerosakan laptop...
5. Jauhkan dari kanak-kanak yang belum tahu guna laptop.. takkan tu pun nak kena ingatkan selalu kot...
6. Dikatakan laptop tidak tahan jika diguna berterusan tanpa tutup lebih 2 hari kerana overheating boleh berlaku... Tak pernah pulak saya guna tak tutup lebih 2 hari...
7. Kalau ada yang letak benda berat atas laptop sendiri, maknanya memang dia banyak duit atau suka buang duit..
8. Belilah beg atau bekas laptop yang mahal sikit..kurang-kurang hentakan atau gegaran dapat dikurangkan..
9. Gunakan antivirus yang dibeli bukan percuma... Tak rugi punya....
10. Jangan biar komputer anda ditutup dalam keadaan standby..Confirm cepat rosak.
11. Gunakan cover  luaran...bukan sahaja cantik malah dapat mengelakkan goresan yang menyakitkan mata jika terkena..
12. Pastikan tangan anda bersih dan kering ketika menggunakan laptop...Jagalah kebersihan sikit...
13.Charge baterinya hanya jika laptop hampir atau benar-benar kehilangan kuasa.. Bila guna sahaja terus charge elektrik.. alamat bateri tak tahan lama..
14. Jika ingin mengeluarkan soket kabel charge  bateri, pastikan elektrik telah ditutup.. Kelalaian menyebabkan port mudah rosak. Pemasangan yang tidak betul atau longgar juga menyebabkan kerosakan.
15. Gunakan kain khas jika ingin membersihkan skrin berserta pencuci khas...siapa yang guna air sabun tak tak tau le nak cakap....
16. Makan dan minum berdekatan dengan laptop.. Ini semua orang tahu..bila air dah masuk dan makanan terselit..
17. Suhu di mana laptop berada perlu dijaga.. Memang sensitif panas terutamanya..

Selamat beringat kepada anda dan kepada DIRI saya sendiri....

0 comments :

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"