Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Selasa, Mei 31, 2011

Wondershare Time Freeze

Wondershare Time Freeze , perisian yang sangat sesuai untuk mengunci komputer sekolah, pejabat dan sebagainya. Dengan memasang  perisian ini, sistem dan perisian dalam komputer tidak dapat diubah. Berfungsi sama seperti perisian Deep Freeze. Jika berminat sila klik SINI.

Yang Sudah Lama Tidak Dilihat

Perkembangan teknologi menyebabkan sesuatu yang selalu dibuat, dijumpai, dilihat dan dialami semakin dilupakan.. Tidak salah rasanya jika mengenang kembali malah terasa seronok pula.. Selain itu pastinya ramai yang tidak tahu pun terutama golongan murid-murid sekolah zaman sekarang... Antara yang menarik untuk di ingat ...



Jumaat, Mei 27, 2011

Kampung Wifi Menjadi Kenyataan ?

Berita terkini daripada pekerja Telekom mengatakan tidak lama lagi kampung yang saya diami sekarang bakal menikmati kemudahan wifi percuma atau lebih dikenali sebagai projek Kampung Wifi. Maklum sahaja kampung kediaman saya ni hulu !! (Memang terletak di Hulu Selangor). Apa itu projek Kampung Wifi ? Ianya merupakan salah satu projek di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam memberikan perkhidmatan teknologi tanpa wayar atau ’wireless-fidelity’ (WIFI) untuk menambahbaik keterkaitan atau ’connectivity’ kepada perkhidmatan Internet di kampung-kampung pendalaman. Seronok dan tidak sabar menunggunya keupayaan wifi ini. Jika percuma dan laju, apa guna streamyx di rumah ni ????

Rabu, Mei 25, 2011

Pertandingan Blog Pendidikan Peringkat Kebangsaan

Pertandingan Blog Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2011 kali 3 kini kembali. Pertandingan anjuran Pusat ICT Universiti Pendidikan Sultan Idris ini terbuka kepada sesiapa yang mempunyai blog berunsur pendidikan. Terbahagi kepada 3 kategori iaitu sekolah , ipta/ipts dan terbuka. Sila layari http://ict.upsi.edu.my/ictday untuk maklumat lanjut..

Kursus Profesionalisme Guru ICT 3 Daerah

Bertempat di makmal komputer SMK Dato Harun, 3 daerah bergabung menjayakan kursus ini. 3 daerah yang terlibat iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Klang. Kursus bertujuan meningkatkan lagi keupayaan guru-guru dalam menguasai Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Walaupun telah tahu mengenainya, tetapi biasalah, kita memang mudah lupa. Terima kasih juga kerana memberi satu slot untuk saya dalam kursus ini. Slot 'google doc dalam pendidikan' ini di rasakan tidak cukup masa. InsyaAllah jika ada kelapangan, saya bercadang membina modul lengkap penggunaan google doc ini dan kongsikan secara percuma....

Facebook Untuk Pengajaran Pembelajaran

Sesuaikah facebook untuk pengajaran pembelajaran antara guru dan murid ? Terdapat beberapa kajian telah dilakukan bagi melihat keberkesanan facebook untuk tujuan tersebut. Namun saya tidak berapa pasti hasilnya. Bagaimana caranya bagi guru khasnya menggunakan facebook dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika ada antara guru yang berminat mencubanya.. klik SINI .. Sementara itu lihat video facebook for educator....

Belajar Tentang Google

Google menawarkan pelbagai aplikasi atau servis yang berguna untuk anda. Apa yang penting adalah kebanyakannya adalah percuma. Google Things to do adalah sebuah laman yang dibina oleh Google UK untuk menerangkan pelbagai kegunaan Google. Jika anda rajin meneroka, terdapat banyak tips dan pekara menarik yang boleh anda lakukan dan gunakanya selalu. Cuba dan pelajari ...

Selasa, Mei 24, 2011

Sejarah QWERTY

Susun atur papan kekunci QWERTY telah direka dan dicipta dalam tahun 1860 oleh pencipta mesin taip moden pertama, Christopher Sholes, seorang editor surat akhbar yang tinggal di Milwaukee. Pada asalnya, huruf pada mesin taip telah diatur menurut abjad, satu bar logam telah dipasang pada setiap hujung abjad yang bertujuan memberi tekanan dakwat pada kertas apabila kuncinya ditekan. Bagaimanapun, sebaik sahaja seorang operator...

Isnin, Mei 23, 2011

Kembali Ke 'U'...

Sabtu lepas (21Mei) , pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris menjemput guru-guru ICT negeri Selangor untuk mempelajari Sistem Pengurusan Pembelajaran berasaskan web mereka.. Dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor UPSI, guru-guru ICT negeri Selangor diajar menggunakan aplikasi web dari pagi hingga petang...

Cipta Animasi Anda !!

Cipta animasi flash anda sendiri.. mudah dan cepat..anda  boleh mencipta jalan cerita anda jika rajin meneroka lebih lagi aplikasi web ini... Anda boleh merakam suara anda sendiri, memasukkan lagu pilihan anda, pergerakan muka dan sebagainya... Klik SINI..

Isnin, Mei 16, 2011

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Selamat Hari Guru kepada semua warga guru. Tidak lupa kepada guru-guru yang sudah tidak menjadi guru, kerja sebagai pegawai di PPD, Jabatan Pelajaran, Kementerian dan segala macam tempat lagi. Walaupun tidak di panggil 'cikgu' lagi namun asalnya anda bermula sebagai guru. Kenang-kenangkan.. Kepada guru-guru sekolah seperti saya, harapan saya statistik yang menunjukkan kakitangan kerajaan teramai mengalami masalah mental dapat dikurangkan.. (Yelah...guru adalah kakitangan kerajaan paling ramai hampir 400 ribu, tentulah segala apa pun , guru paling ramai sekali..)... Dan juga..semoga kita tak syok sendiri menyambut hari guru....

Sabtu, Mei 14, 2011

Adakah Anda Stress, Anziety atau Depression ???

Download soal selidik dibawah dan uji sendiri diri anda. Adakah anda stress, anziety (resah) atau depression(kemurungan ). Ini penting bagi anda mengetahui tahap kesihatan mental anda. Ia bukan bermaksud atau kena mengena sama ada anda berisiko berpenyakit mental. Ujian dari kementerian kesihatan ini membolehkan anda mengubah gaya hidup anda. Klik SINI

Khamis, Mei 12, 2011

Notepad Trick

Notepad adalah salah satu item yang membolehkan kita untuk membuat pengaturcaraan yang mudah. Hari ini saya ingin mengajar anda bagaimana untuk membuat satu trick yang mudah serta boleh di buat dalam masa yang singkat. Trick ini akan membolehkan CD-ROM anda terbuka dan tertutup sendiri. Jom cuba main-main di pc orang lain.....

Selasa, Mei 10, 2011

Lagi Tips Melajukan Komputer Anda

Semua orang mahu pc atau laptop mereka berfunngsi dengan cepat dan lancar. Anda diberikan lagi 10 tips di bawah ini untuk meningkatkan sistem komputer anda. Tidak menjadi masalah jika anda mempunyai RAM 256mb atau 2 GB RAM. Tip-tip dibawah ini untuk menghapuskan sampah memori dan tetingkap speedup OS.

Jumaat, Mei 06, 2011

Bila 'Folder' Jadi 'Shortcut'

Satu hari anda membuka pendrive dan tiba-tiba folder di dalamnya semua bertukar menjadi shorcut. Tekan-tekan pada shorcut ia pergi c:\windows\system32. Ke mana pergi ? Adakah fail anda telah hilang ? Ia tidak hilang, sebenarnya  disembunyikan. Tidak mengapa, cuba langkah berikut .....

Khamis, Mei 05, 2011

Semoga Sembuh Anak Murid ku...

Minggu ini memang sudah ditakdirkan banyak peristiwa yang menyedihkan berlaku yang saya dengar dan hadapi . Kita tidak boleh menolak takdir. Allah berkuasa menentukan segala. Sebagai hamba yang lemah kita harus redha dengan ketentuanNYA. Dia berkuasa menentukan segala yang diinginkan terhadap hamba-Nya. Mengajar di hadapan kelas, ketiadaannya begitu terasa. Kemalangan yang berlaku ke atasnya pada Ahad 1 Mei yang lalu begitu memeranjatkan... yang lebih memeranjatkan apabila mengetahui....

Selasa, Mei 03, 2011

Perisian Pertahanan Komputer

Satu lagi perisian yang terdapat di pasaran yang boleh mencari, membuang dan melindungi komputer kita daripada kod-kod malicious seperti virus, spyware, trojan dan pelbagai lagi. Jika anda suka anda boleh klik SINI. Syarikat pembuat perisian ini mendakwa ia adalah perisian pertahanan paling kecil, paling cepat, paling ringan dan paling kuat. Anda boleh melihat video mengenainya...

Isnin, Mei 02, 2011

Bosan Dengan [dot] blogspot ? Tukar Laa..

Jika anda dah bosan dengan nama [dot] blogspot pada url blog anda, apa kata tukar seperti nama blog saya ni. Tetap blogspot juga, jangan risau jika anda takut orang lain taip 'blogspot' , blog anda tidak dijumpai. Ianya tetap pergi ke halaman yang sama cuma  nama sahaja yang lain. Seperti nama blog saya yang baru ini, ianya menggunakan domain percuma .co.cc.. free sahaja.. terdapat beberapa langkah yang perlu diambil...

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"