RMMICT@FACEBOOK

Selasa, Mei 31, 2011

Yang Sudah Lama Tidak Dilihat

Perkembangan teknologi menyebabkan sesuatu yang selalu dibuat, dijumpai, dilihat dan dialami semakin dilupakan.. Tidak salah rasanya jika mengenang kembali malah terasa seronok pula.. Selain itu pastinya ramai yang tidak tahu pun terutama golongan murid-murid sekolah zaman sekarang... Antara yang menarik untuk di ingat ...









TELEFON
Dulu ramai nampak orang ‘bergayut’ di pondok telefon.. berbaris..siap ada yang melepak tunggu giliran.. muka dah jadi lain mcm bila ada mamat berjam-jam bergayut..
Telefon awal masuk di Malaysia pula boleh mati anjing bila di baling… sekarang dah jadi besar balik.. bila ada teknology android ni.. skrin kena besar..baru puas sentuh skrin tu…







SURAT
Dulu, posmen tak menang tangan proses surat… menyampah pun ada, sakit hidung pun ada..ye lah… surat wangi-wangi ni mesti nak bagi  makwe atau pakwe… sekarang sms je… tak pun email.. ada facebook ni, surat jemputan pun dah kurang..siap tanya ya, tidak atau mungkin…. Cam tak ikhlas jemput jee…


ARAH JALAN
Simpulan bahasa, malu bertanya sesat jalan sekarang dah tak relevan diguna… yang baru… tak ada gps…tak jumpa jalan !













FILEM KAMERA
Dulu cukup berhati2 ambil gambar, takut tak cantik sebab guna filem..rugi !!! sekarang belasah je la..ambil yang elok buang yang tak elok…digital la katakan….

















ALBUM GAMBAR
Dulu di rumah orang , bawah meja kopi, punya banyak buku album, sekarang buku album tak laku… tengok je kat fb ke, slideshare ke…..









TELEVISYEN LAMA
Kalau nak tukar channel cukup punya liat dulu… kalau baring jauh dari tv tu memang la malas betul nak bangun..sekarang, nak buka tv automatik pun dah boleh ‘set’…










TIKET
Paling diingati adalah tiket bas. Terdapat seorang atendan bas yang akan melalui penumpang untuk mengutip duit dan memberikan tiket. Tiket di ketip pada masa dan tarikh. Kalau dapat sahaja tiket tu kemudian buang dan tiba-tiba inspektor bas naik…. Hahaha…kelam kabut mencari balik !!!






















WALKMAN
Sedikit masa dulu masa mula-mula keluar guna kaset, lepas tu guna cd, lepas tu entah bila pupus tak perasan pula… sekarang guna apa ? Ipod…










VIDEO KASET
Punya la besar video kaset ni.. Pemain kaset ini pun besar la juga... Dahhulu ada kedai sewa video kaset ni..sekarang dah tiada dah... Sebuah kaset, sewanya bergantung kepada ceritanya...














Ada banyak lagi..ini hanya sebahagian sahaja.. Walau apa pun, ia sesuatu yang harus kita terima dan alami...






1 comments :

zul berkata...

wah..ringkas tp best sngt.ley wat teka-teki nih.hihihii

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"