
RMMICT@FACEBOOK
Sabtu, Februari 23, 2013
Rangkaian Sosial Baru - Joota

Joota , berdasarkan pemahaman saya pada taklimat baru-baru ini merupakan sebuah rangkaian sosial yang menghubungkan manusia melalui isi kandungan yang ingin dikongsi. Sebagai contoh anda ingin berkongsi sebuah laman web dengan orang lain, maka anda aktifkan Joot dan isi kandungan tersebut disimpan di akaun Joota anda dan apabila orang lain mencari kategori yang sama maka ia akan terus berhubung dengan anda. Jika masih kurang faham maka silalah...
Khamis, Februari 21, 2013
Taklimat Program Kolaborasi & Pengintegrasian ICT

Hari ini bertempat di Menara TM Jalan Pantai Baru Kuala Lumpur saya menghadiri Taklimat Program Kolaborasi & Pengintegrasian ICT dalam PdP. Apakah taklimat tersebut saya akan jelaskan pada entri terbaru nanti. Taklimat ini menghimpunkan ketua-ketua Panitia ICT negeri Selangor. Setelah agak lama tiada perjumpaan maka taklimat ini merupakan peluang berjumpa rakan-rakan lama. Di sini saya mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan...
Rabu, Februari 20, 2013
'Backup and Restore Driver' PC Anda

Sebelum ini saya menggunakan perisian Driver Magician dan Double Driver untuk 'backup and Restore Driver'. Entah mengapa teringin pula menggunakan perisian lain seumpamanya. Maka saya terjumpa dengan perisian Driver Genius ini. Saya suka kerana mudah digunakan. Jika anda suka maka bolehlah klik SINI..
*** Jangan lupa backup driver pc atau laptop anda.....
Isnin, Februari 11, 2013
Pembayaran Elaun BISP

Ini merupakan Info terkini daripada Jabatan.
Mengikut dasarnya BISP dibayar sekiranya tiga syarat utama dipenuhi: i) Opsyen (subjek Matematik, Sains, ICT) ii) SPM - kredit BI (atau Kursus Etems, Edict) iii) Mengajar dalam Bahasa Inggeris (100%)
Sekiranya syarat ini masih dipenuhi, maka masih dibayar BISP. Tetapi
jika salah satu tidak dipenuhi, BISP akan ditarik balik. Sekiranya
persediaan mengajar, pengajaran dan pembelajaran,
dijalankan...
Selasa, Februari 05, 2013
Sistem Rancangan Mengajar ICT

Salam hormat kepada semua. Kali saya kongsikan satu sistem yang dikongsi oleh Cikgu Lee Chee Kean dan rakan-rakan beliau dari SMK Malugu Sri Aman Sarawak. Terima kasih kepada beliau yang sudi berkongsi aplikasi ini. Bagi mereka yang tidak gemar menulis di buku rancangan menhgajar maka ia sangat sesuai digunakan. Terima kasih sekali lagi kepada Cikgu Lee Chee Kean di atas perkongsian ini , semoga lebih banyak perkongsian dapat dilakukan di blog...
Langgan:
Catatan
(
Atom
)