Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Jumaat, Disember 25, 2015

National Educational Blogging 2015

Syukur Alhamdulillah blog rmmict ini sekali lagi diiktiraf dalam pertandingan National Educational Blogging 2015 dan berjaya mendapat tempat ke 2. Tentunya ucapan setinggi-tinggi terima kasih saya kepada ramai menyokong blog rmmict ini atau lebih tepat kepada guru-guru ICT seluruh Malaysia dan juga murid-murid yang belajar mata pelajaran ICT di sekolah. Sudah tentunya kejayaan ini menjadi penyambung pembakar semangat saya dalam meneruskan perkongsian ilmu. Terima kasih sekali lagi.

Isnin, November 16, 2015

Rancangan Pelajaran Tahunan 2016

Dapatkan rancangan pelajaran tahunan 2016 di ruangan tingkatan 4 dan 5. RPT 2016 versi bahasa melayu ini telah dikongsi oleh guru ICT Selangor. Tukarkan mana-mana yang perlu mengikut kesesuaian sekolah masing-masing.

Khamis, September 10, 2015

Soalan Subtopik SPM ICT 2007-2014

Mungkin ramai tidak menyedari bahawa soalan subtopik terbaru adalah disusun berdasarkan soalan SPM ICT sebenar dari tahun 2007 hingga 2014. Cikgu-cikgu boleh dapatkannya di ruangan muat turun-lain-lain

Soalan Percubaan ICT 2015

Pastinya banyak sekolah yang telah selesai membuat peperiksaan percubaan SPM 2015 apatah lagi bagi mata pelajaran ICT. Saya kongsikan soalan dan jawapan ICT sekolah saya. Seperti biasa boleh dapatkannya di ruangan muat turun tingkatan 5. Saya mengalu-alukan juga soalan sekolah cikgu untuk dikongsikan di blog ini.

Selasa, Ogos 18, 2015

Muat Turun Dengan Savefrom.net

Seperti juga aplikasi keepvid yang sering saya gunakan jika ingin memuat turun video dari youtube dan sebagainya, http://en.savefrom.net/ juga menawarkan perkara yang serupa. Jadikan ia sebagai satu lagi cara untuk anda memuat turun video di internet.

Rabu, Jun 24, 2015

1 Juta Paparan Halaman

Alhamdulillah segala puji kepada Allah s.w.t, pada minggu lepas jumlah paparan halaman blog ini berjaya mencecah ke 1 juta paparan halaman. Sesungguhnya pencapaian ini dibantu oleh ramai para guru dan murid-murid seluruh Malaysia. Terima kasih atas sokongan berterusan kepada blog ini. Ianya secara tidak langsung memberikan semangat kepada saya untuk terus berkongsi apa sahaja berkaitan ICT kepada anda semua. Berbanding blog BUKAN pendidikan, 1 juta paparan halaman mungkin tidak mengambil masa yang lama berbanding blog pendidikan seperti rmmict ini. Saya mula membina blog ini pada September 2009 ekoran tugasan yang diberikan oleh Pensyarah Upsi Tuan Haji Nazri. Bermula daripada itu blog ini semakin berkembang sedikit demi sedikit sehinggalah ke hari ini. Niat asalnya hanya bertujuan memudahkan anak murid sekolah sendiri mendapatkan bahan bagi pembelajaran kendiri. Saya sendiri tidak menyangka ianya akan bertahan sehingga ke hari ini. Saya berdoa ianya boleh bertahan selama ianya masih relevan digunakan. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan TERIMA KASIH tidak terhingga kepada guru-guru yang banyak mendoakan saya dari pelbagai sudut seperti kesihatan dan sebagainya.. Saya tidak mampu membalas jawapan atas doa-doa yang dikirimkan ekoran terlalu banyak email yang saya terima...saya hanya mampu mendoakan kembali.. Semoga perkongsian ini berterusan...saya sangat percaya apabila kita memudahkan orang lain..Allah s.w,t akan membalas dengan memudahkan tugas-tugas kita.. kerana itulah apa yang saya rasa...Terima kasih sekali lagi....  Akhirnya ..sekadar berkongsi..3 paparan halaman terbanyak adalah....
1. ICT TINGKATAN 5
2. ICT TINGKATAN 4
3. KERJA KURSUS ICT


Selasa, Jun 09, 2015

Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT kini didatangkan versi terbaru 2016. Versi baru ini telah ditambah baik dari versi sebelumnya. Aplikasi ini turut menyediakan panduan lengkap bagaimana mengimport data dari APDM. Aplikasi ini sesungguhnya memudah dan menjadikan kerja PBS ICT Tingkatan 4 dan 5 lebih bersistematik. Terima kasih tidak terhingga kepada Guru Cemerlang Encik Shanmuganathan atas perkongsian hebat ini. Semoga banyak lagi aplikasi seumpamanya dapat dikongsikan. Klik SINI untuk mendapatkannya secara PERCUMA !!! , dan saya akan menghantarnya secara email kepada anda. Pemohon versi sebelum ini tidak perlu mengisi borang kerana saya akan hantarkann versi terbaru kepada anda. Jika ada kemusyikilan berkaitan, guru-guru boleh berhubung terus dengan Cikgu Shan di alamat email berikut lynx653@gmail.com

Ahad, Mei 24, 2015

Telefon Di Sekolah

Satu soalan rawak dijalankan di sekolah saya bertanyakan kekuatan dan kelemahan membawa telefon ke sekolah. Hanya merujuk kepada kelemahan, rata-rata murid tidak kira bangsa dan IQ tahu bahawa terdapat banyak kelemahan membawa telefon ke sekolah berbanding kekuatan. Secara peribadi saya tiada masalah jika telefon boleh dibawa ke sekolah tetapi memerlukan kawalan yang ketat. Sudah tentu ia menambahkan kerja guru !!! Saya sokong ke tak ni ??? hehehe

Ahad, Februari 08, 2015

10 Tahun Yang Menakjubkan

Sangat cepat masa berlalu. Diam tak diam telah 10 tahun saya berada di dunia ICT sekolah menengah. Sememangnya sangat banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya peroleh dalam jangkamasa ini. Sesungguhnya ilmu tidak pernah habis, semakin banyak yang ditimba semakin banyak lagi ilmu yang muncul. Tidak dapat saya senaraikan pengalaman selama 10 tahun ini. Saya berdoa saya dapat terus bersama-sama ribuan lain guru ict berusaha keras bagi memberi ilmu ict sebanyak mungkin kepada murid-murid. Saya sangat berterima kasih kepada ramai guru-guru yang memberi tunjuk ajar, pengalaman, idea dan perkongsian bahan.. Saya tidak tahu nak sambung apa lagi.....

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"