Alhamdulillah segala puji kepada Allah s.w.t, pada minggu lepas jumlah paparan halaman blog ini berjaya mencecah ke 1 juta paparan halaman. Sesungguhnya pencapaian ini dibantu oleh ramai para guru dan murid-murid seluruh Malaysia. Terima kasih atas sokongan berterusan kepada blog ini. Ianya secara tidak langsung memberikan semangat kepada saya untuk terus berkongsi apa sahaja berkaitan ICT kepada anda semua. Berbanding blog BUKAN pendidikan, 1 juta paparan halaman mungkin tidak mengambil masa yang lama berbanding blog pendidikan seperti rmmict ini. Saya mula membina blog ini pada September 2009 ekoran tugasan yang diberikan oleh Pensyarah Upsi Tuan Haji Nazri. Bermula daripada itu blog ini semakin berkembang sedikit demi sedikit sehinggalah ke hari ini. Niat asalnya hanya bertujuan memudahkan anak murid sekolah sendiri mendapatkan bahan bagi pembelajaran kendiri. Saya sendiri tidak menyangka ianya akan bertahan sehingga ke hari ini. Saya berdoa ianya boleh bertahan selama ianya masih relevan digunakan. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan TERIMA KASIH tidak terhingga kepada guru-guru yang banyak mendoakan saya dari pelbagai sudut seperti kesihatan dan sebagainya.. Saya tidak mampu membalas jawapan atas doa-doa yang dikirimkan ekoran terlalu banyak email yang saya terima...saya hanya mampu mendoakan kembali.. Semoga perkongsian ini berterusan...saya sangat percaya apabila kita memudahkan orang lain..Allah s.w,t akan membalas dengan memudahkan tugas-tugas kita.. kerana itulah apa yang saya rasa...Terima kasih sekali lagi.... Akhirnya ..sekadar berkongsi..3 paparan halaman terbanyak adalah....
1. ICT TINGKATAN 5
2. ICT TINGKATAN 4
0 comments :
Catat Ulasan