Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Selasa, Oktober 18, 2011

Mana Satu Perlu Perhatian Lebih ???

Soalan ini mula popular sekarang.. Oleh kerana tahun ini peperiksaan ICT bermula awal..Agak sukar untuk menggunakan semua soalan trial negeri sebagai latihan kepada murid-murid. Jadi, yang soalan negeri mana yang perlu diberi perhatian lebih ?? Saya tak mampu hendak menjawabnya di sini secara terbuka....tahu sahaja la ramai pembuat soalan ict dan akhirnya soalan-soalan itu semua Pihak Lembaga yang menentukannya. Namun begitu... melalui risik-risik.... antara soalan ict negeri yang popular adalah.......... (email pada saya.....saya un sedang risik-risik ni....tak berani di sini nanti ada negeri yang marah... nanti dikata pandai-pandai pula...lagi pun saya bukan orang kuat bab-bab membuat soalan ni....)

Selasa, Oktober 11, 2011

Perisian Mengedit Gambar

Jika anda suka mengedit gambar dengan cara yang ringkas dan mudah. Anda boleh mencubanya dengan perisian photo instrument ini. Perisian kecil yang didatangkan dengan tunjuk cara ini amat sesuai bagi anda tidak punya banyak masa untuk dibazirkan. Sila klik di SINI untuk ke pautan mengenainya..

Ahad, Oktober 09, 2011

Kursus Guru-Guru ICT

Pada 4 hingga 6 Oktober yang lalu, saya menghadiri kursus di Pusat Latihan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Kursus yang diadakan khusus untuk guru-guru ict dari seluruh negeri Selangor ini bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengulang semula apa yang telah diketahui sebelum ini dan juga mendapatkan info-info terkini berkaitan ict. Sekali lagi saya telah diberi slot google doc pada kursus kali ini. Semoga sedikit sebanyak ada juga ilmu yang boleh diguna pakai. InsyaAllah...




4 OKTOBER




5 OKTOBER





6 OKTOBER

Isnin, Oktober 03, 2011

Bermacam Ragam Bermacam Gaya

Sudah agak terlalu lama saya tidak ke stadium menonton bola sepak. Menonton perlawanan piala Sultan Selangor sabtu lalu mengingatkan kembali nostalgia dulu-dulu. Apa yang saya perhatikan, ragam dulu dan ragam sekarang tidak banyak bezanya. Musykil jugak saya, apakah benar penonton yang hadir (khusus untuk remaja) benar-benar menyokong ataupun  keseronokan bersama kawan semata-mata. Yelah, jika tidak masakan bila pasukan menang baru penuh stadium, bila kalah tak mahu datang. Saya minat bola, tetapi tidakah sampai mebaling objek ke padang sampai FRU pun hampir kena...nak cari nahas agaknya... bagi saya, jarak yang jauh membataskan kehadiran ke stadium.

Rabu, September 28, 2011

Terima Kasih Atas Perkongsian

Pada tahun ini pengumpulan soalan-soalan percubaan ict spm negeri-negeri begitu cepat diperolehi. Terima kasih kepada guru-guru yang telah sudi berkongsi soalan negeri masing-masing untuk dikongsikan di blog ini. Ke semua soalan-soalan ini boleh kita perbanyakkan dan dijadikan latihan untuk murid-murid kita dalam menghadapi peperiksaan SPM sebenar tidak lama lagi. Inilah masanya kita menghabiskan sisa-sisa duit PCG yang ada... Semoga perkongsian berterusan. Sharing is caring....

Rabu, September 21, 2011

Alahai...Lamanya Tidak Nampak ....

Sudah terlalu lama rasanya tidak nampak situasi begini. Menjual kuih dari satu rumah ke rumah..Kuih ! Kuih ! Yang menariknya, si penjual baru berada di tahun 1.. Tanpa segan dan silu, gaya selambanya amat mengagumkan..Situasi ini saya ambil di Lendu, Alor Gajah Melaka..Setelah membeli, sempat juga memberi duit raya... Syabas dik.... Jika dahulu, situasi ini dapat kita lihat di hospital-hospital. Mula sahaja waktu melawat, menderu-deru peniaga masuk ke wad menjual makanan.. Sekarang sudah berbeza.. Akan datang, masih adakah lagi ?

Soalan Percubaan ICT Negeri-Negeri 2011

Sekarang saya dalam proses mengumpul soalan-soalan percubaan ICT negeri-negeri 2011. Apa lah kira ada guru ICT negeri-negeri lain dapat berkongsi agar dapat dimasukkan ke dalam blog ini.. Setakat ini baru ada soalan dari 5 negeri sumbangan guru-guru negeri tersebut..Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.

Khamis, September 15, 2011

Pantun 1 vs 0

Apa sekali sekala berchatting, menggunakan ayat biasa terasa membosankan..sampai tak tahu nak taip apa..Maka alternatif diambil dengan berpantun pula..Tak sangka pula panjang juga masa perlu diambil apabila berchatting dengan gaya ini.. Perlu berfikir lama nak buat ayat... Jom baca kalau anda nak baca..tak tahu kelakar ke tidak...








intai-intai ditepi sempadan
intai-intai sambil berlari
kalau keta yg ada dah tak padan
baik aje beli lori.

pergi ke kelab untuk menari
tak kira waktu tak kira masa
kenari bukan sebarang kenari
kenari telah banyak berjasa

sakit dicubit tidak terperi
melompat-lompat cam kena loteri
kalau kenari tu boleh start sendiri

tentu dah lama blah lari.


pergi kerja jangan merungut
biarkan hati dalam bahagia
kenari aku tak pernah bersungut
sebab tu aku sayangkan dia

terjumpa syiling malu nak pungut
konon malunya padaa adiknya dipas
cam mana kenari tu nak bersungut
dihentak dihentam susahnya nak bernafas

badan dah la keding macam papan
ada hati nak kahwin lagi satu
kalau setakat waja jangan nak perasan
tolong la tukar seat belakangnya tu.

makwe cantik pandang tak lekang.
nampaknya pula ditengah pekan
bukan takde hati nak tukar seat belakang.
kalau boleh mintak org klang tolong tukarkan..

pergi ke pasar membeli ikan
ditambah pula kerang dan lala
bukan aku taknak belikan
nanti bini ko jeles le pula

berjalan-jalan terpijak paku
sakit sungguh tidak terperi
takkan bini jeleskan aku
cakap jelah duit sendiri..

terpijak paku sakit tak terperi
sempat jugak beli buah beri..
bukannya aku takut bini
kan aku jenis menghormati

sila sila bersila juga
budaya melayu janga dilupa
cuba citer kat aku pula
teluk gadong tu ape yang ada? 

budaya melayu dijunjung tinggi
berbudi bahasa amalan mulia
apa yg ada kat telok gadong ni?
hmm mana bole cerita.... rahsiaaa

bunga mawar bunga seroja
untuk si manis senyum meleret
ko ni buat tak keje
website same je jarang ke update? 

website sekolah memang la ada
member yang tolong buatkan
eh aku buat kerja la
baru je website tu aku updatekan

pergi berjalan ke pekan rokan
singgah sebentar berjumpa pak musa
org jauh jangan diharapkan
orng dekat lebihkanlah usaha 

laki bedah namanya pak musa
kahwin dah berkurun anaknya lima
orang2 dekat dah mula berusaha
atas arahan, hm sapa lagi, pengetua la 

ke pekan rabu membeli peria
membeli peria bersama rakan
gitulah sudah adatnya manusia
kalau takde arahan,kejenya tido makan 

ko dah takde sayur lain ke
asyik beli peria je
hai mcm tu le adat manusia ye
kalau tak dibagi arahan, tido aje le 

kerajaan galak rakyat bersukan
bersukan nyihatkan badan
kalau dah cikgu tido makan
camne nak jadi cikgu GC kan?? 

dengan kawan kenalah bersantun
jangan dilambung macam dadu
oit aku dah letih berpantun
skrg giliran untuk beradu 

tuan puteri silalah beradu
tido juga nyihatkan badan
rasanya boleh selalu ginikankan
lama2 pantun yg ada boleh dibukukan

















Rabu, September 14, 2011

Buka Laman Yang DiSekat

Kerajaan baru-baru ini telah menyekat laman-laman perkongsian fail seperti megaupload, rapidshare dan filestube. Sebuah laman yang sering saya baca bagi mendapatkan info-info berkaitan ict telah menunjukkan cara bagi menghalang sekatan yang telah dibuat oleh kerajaan. Sangat dan sangat mudah !! Tidak memerlukan kepakaran yang tinggi. Apa yang menjadi masalah, adakah perlu saya memaparkan caranya di sini ??? Saya rasa bagi yang ingin sangat mengetahuinya, baca sahaja sendiri di laman tersebut.... KLIK....

Isnin, September 12, 2011

Google Plus

Google telah melancarkan rangkaian sosial terbaru mereka iaitu google+. Setelah google wave sebelum ini yang pada pendapat saya tak berapa popular , rangkaian sosial peringkat trial yang terbaru ini menawarkan kemudahan-kemudahan yang seakan sama dengan rankaian sosial yang lain. Antaranya kumpulan kolaborasi yang dikenali sebagai circles , chatting secara video (hangouts)  dan  perkongsian bahan yang ingin dikongsi bersama rakan (sparks).. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah huddle , backing up data, privacy dan mobile. Maklumat lanjut anda boleh baca di SINI. Untuk join google+ anda cuma perlu taip join google+ dan apabila anda telah join, maka google akan menghantar satu email pengesahan bagi meneruskan penggunaan google+ ini.. Selamat berkolaborasi...

Khamis, September 08, 2011

Uji Kelajuan Blog/Web Anda

Menggunakan aplikasi-aplikasi ini anda akan memperolehi secara terperinci bukan sahaja kelajuan blog/web anda dibuka malah maklumat-maklumat seperti gambar atau fail yang lambat untuk dibuka, berapa banyak gambar dihalaman utama, skrip html dan sebagainya. Berguna sebagai panduan untuk meningkatkan lagi kelajuan blog/web untuk dibuka. Klik untuk ke PINGDOM dan klik ke SITE-perf sekarang...

Ahad, September 04, 2011

Apa Itu Kiosk ?

Apabila ditanya apakah itu KIOSK, amat jarang mendapat jawapan yang memuaskan. Ini kerana terdapat pemahaman berlainan bagi setiap orang mengenai KIOSK ini. Pemahaman dari segi teknologi adalah peralatan sistem maklumat awam yang direka untuk pelbagai tujuan memberikan info berkaitan atau perkhidmatan di mana KIOSK tersebut ditempatkan berdasarkan usia, jantina, latar belakang budaya, tahap pemahaman dan pendidikan dan keterbatasan fizikal yang berbeza. Antara tempat di mana KIOSK boleh kelihatan tentunya di kawasan-kawasan umum seperti lapangan terbang, lobi hotel, sekolah, universiti, kompleks membeli belah dan lain-lain. Rekabentuk KIOSK adalah berbeza mengikut kehendak atau kreativiti pembinanya. Tidak terlalu besar seperti almari atau kecil seperti meja makan. Apa yang penting bagi KIOSK jenis ini adalah paparan skrinnya atau disebut sebagai komunikasi visualnya. Menggunakan teknologi skrin sesentuh adalah KIOSK yang biasa dijumpai. Adalah penting terutama dari segi antaramuka penggunanya agar menarik digunakan oleh pengguna.

Sistem KIOSK yang berjaya adalah bergantung kepada kandungan yang sesuai dengan tempat, perkhidmatan yang ditawarkan sesuai dengan keperluan awam, daya tarikan atau attractiveness dari antara muka pengguna yang digunakan (aspek rekabentuk komunikasi visual). Lagi mudah maklumat yang sedia boleh diakses oleh pengguna dan berapa jelas sistem tersebut difahami oleh pengguna (aspek accessibility dan aspek human cognitive system - computer interaction) maka KIOSK tersebut dikira sebagai berjaya.

Berdasarkan pembacaan saya, antara perkara yang memberikan kejayaan sesuatu KIOSK itu adalah berdasarkan  perkara-perkara berikut ;

-Aplikasi hendaklah mempunyai grafik yang menarik
-Penggunaan skrin sesentuh (Touchable)
-Menghadkan pilihan / option sesedikit mungkin
-Mempunyai panduan penggunaan
-Menyajikan kekunci navigasi sederhana [start] - [next] - [back]
-Berada dikawasan yang dapat mengelakkan vandalisme (kawasan yang terbuka dan ramai orang)

**** Jika terdapat sekolah-sekolah yang mempunyai KIOSK, maka dapatlah kita kongsi bersama berkaitan keberkesanan penggunaannya di sekolah....

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"