Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT Versi 2016

Terkini dengan Kemudahan Import Data APDM Lebih 500 buah sekolah telah menggunakannya

TERKINI: Borang Baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM ICT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ICT 2013) kini menggunakan borang SSF bagi menggantikan BSF

Aplikasi Internet Keepvid

Gunakan Keepvid untuk menukar format video youtube kepada pelbagai format.

Pautan Web/Blog Guru-Guru ICT Malaysia

Layari laman web/blog guru-guru ICT Malaysia.. Kenali Laman-laman pendidikan di Malaysia...

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik

Modul Soalan-Soalan Berdasarkan Peperiksaan Sebenar. Disusun mengikut subtopik.Telah dikongsi jawapannya kepada lebih 800 buah sekolah seluruh Malaysia. Percuma !!!

TERBARU- Analisis Soalan ICT SPM 2007-2013

Analisis Soalan Seksyen B dan C

RMMICT@FACEBOOK

Ahad, Mac 21, 2010

Sidang Video

Metro 21 Mac: LAMBOR: Pasangan pengantin baru Mohd Zahid Abu Bakar, 29 yang berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan pasangannya Yasidah Abu Bakar, 27, di sini, mencatat sejarah unik apabila melangsungkan perkahwinan sidang video dengan mewakilkan abang pengantin lelaki, Mohd Nikman, 33, untuk akad nikah. 

Begitulah jika teknologi digunakan sebaiknya. Paling penting, ia MUDAH dan MURAH... Namun begitu tidak dinyatakan apakah nama, jenis atau aplikasi sidang video yang digunakan. Teringin benar hendak tahu.. Lambor jika sesiapa tidak tahu terletak di Perak, saya pernah praktikal mengajar di sana dahulu tahun 1995. Kini Lambor sebuah tempat yang telah maju. Berbalik kepada sidang video, jika sesiapa menonton biggest loser finale terdapat sidang video diadakan. Mereka menggunakan skype.. Jika pada awal dahulu yahoo messanger menawarkan perkhidmatan sidang video, kini pelbagai aplikasi menjadi pilihan ramai. Selain skype, kita juga boleh menggunakan OoVoo atau 6 Rounds. Rugi benar rasanya jika kita cuba menggunakan apa yang disediakan, sekali lagi, ia MUDAH, MURAH dan PERCUMA !!!!

Sabtu, Mac 13, 2010

Internet lembab ??? Kenapa ??

Jawapannya kerana kelajuan internet di Malaysia memang perlahan. Lihat kelajuan muat turun (download) di bawah.. Malaysia berada di tempat 86.. sungguh jauh dibandingkan dengan Korea sebuah negara asia juga..Jika dibanding dengan negara asia tenggara, kita berada di belakang Filipina, Thailand dan Singapura. Tidak bolehkah sesuatu yang kerajaan boleh lakukan mengenai hal ini ?? Ini kerana umum tahu, kita antara negara yang begitu banyak memperihalkan tentang internet..segala macam internet... promosi sana..promosi sini... Jika melihat dari segi naik turun (upload)  negara kita di ranking 75 setakat ini...



















sumber : speedtest.net

Ahad, Mac 07, 2010

Belajar Menggunakan Google Doc Presentation

Penggunaan google doc  sememangnya  merupakan satu cara yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan p&p mereka. Minggu lepas satu mencuba aplikasi ini ke atas murid-murid saya. Apa yang dapat di perhatikan menggunakan aplikasi yang membolehkan mereka bersembang atau chatting dengan rakan lain menjadi daya penarik mereka yang utama. Menjadi tugas guru memikirkan bagaimana penggunaan aplikasi google doc ini boleh memberi kelainan dan strategi baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Rabu, Mac 03, 2010

VB Modules For Assessment (Chapter 5)










Untuk guru dan pelajar ICT saya sertakan modul Visual Basic yang mudah merangkumi 3 tajuk iaitu Circle, average 3 Number dan Triangle. Ini adalah untuk kerja kursus ICT .Modul-modul ini boleh didapati di ruangan muat turun. Klik SINI untuk terus ke ruangan muat turun.

Selasa, Mac 02, 2010

Mesyuarat Terjemahan Sukatan














Dari 1 hingga 4 Mac 2010 ini, saya menghadiri mesyuarat terjemahan sukatan matapelajaran ICT tingkatan 4 dan 5.. Sebagaimana sedia maklum..dassar PPSMI telah berubah, dan ini termasuk juga mata pelajaran ICT. Mata pelajaran ICT bermula 2012 akan bertukar semula namanyanya kepada mata pelajaran teknologi maklumat dan komunikasi dan diajar dalam bahasa melayu… Mesyuarat bertempat di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi Putrajaya..

My birthday

Tahun ini rasanya seronok sangat...dah bertahun-tahun lamanya tidak pernah mengalami keadaan di mana sebegitu ramai yang mengucapkan selamat hari jadi... Ini semua gara-gara facebook.. selama ini tak pernah peduli di bahagian event di facebook tu... Kini baru perasan..itu lah gunanya... terima kasih..

Sabtu, Februari 20, 2010

Tiada Talian Internet

Di musim-musim cuti sekolah di kampung tempat admin tinggal ni memang banyak kenduri kahwin. Ini termasuklah cuti tahun baru cina yang baru sahaja berlalu. Maka adanya 2 ke 3 buah kenduri serentak pada hari yang sama memang tidak dapat dielakkan.. Cerita admin dah agak lama cuma kali ni dengan orang yang berlainan. Saya terjumpa seorang pakcik tu... maka dialognya begini.. "pakcik, dah pegi rumah kenduri pakcik .....?  Maka di jawab oleh pakcik ni... "Rumah dia tak de talian internet !!".. Tergelak saya mendengarnya.. Nak tahu mengapa?  Sudah lumrah hidup di kampung.. jika ada kenduri kendara, kematian,majlis doa selamat, maka hendaklah kita rajin berkunjung... jika jenisnya orang itu tidak bercampur orang..maka jika buat kenduri macam mana orang lain hendak datang... itu lah sebabnya... Apa yang menarik di sini adalah ayat yang di gunakan.. bagaimana pakcik-pakcik menggunakan ayat teknologi itu dan diperumpamakan dengan sikap seseorang.. Jelas di sini bahawa pakcik-pakcik walaupun di kampung faham bahawa internet memainkan peranan penting dalam berhubung dengan orang lain.. Ingat ye... semoga tiada pula orang lain kata rumah kita tiada talian internet !!! renung-renungkan... sebab internet itu sendiri menyebabkan kita jarang bergaul dengan persekitaran luar...

Jumaat, Februari 12, 2010

Google Buzz



Baru-baru ini google melancarkan pula google buzz. Jika dilihat pada gmail kita telah sedia ada google buzz ini. Google buzz menurut kata google memberi kemudahan kepada penggunanya untuk segala macam perkara yang telah biasa kita lakukan seperti mesej, gambar, chatting dan sebagainya. Nampaknya aplikasi ini seperti agak biasa kepada kita. Jelasnya kelihatan seperti twitter bagi menghantar pesanan ringkas. Dilihat padanya, yahoo telah ada kemudahan ini iaitu yahoo buzz.. Tiru kot... Google wave pun belum habis belajar lagi atau kita gunakan sepenuhnya dah keluar pula yang baru. Kita sekarang  mempunyai banyak pilihan dan terpulang kepada kita yang mana hendak digunakan. Pendapat saya maksimumkan penggunaan bagi dua atau tiga sudah mencukupi, jika semuanya hendak guna maka sudah tentu berterabur jadinya.

Network Communication Technology (Chapter 3)

3 Types Of Network Communication Technology

i. Internet














 ii. Intranet












iii. Extranet

Rabu, Februari 10, 2010

Kolaborasi Antara Pelajar

Menggunakan skype, saya dan rakan saya membuat satu kolaborasi antara pelajar kami. Menarik memerhatikannya..

Rabu, Februari 03, 2010

Perisian Deep Freeze

Menggunakan perisian deep freeze ini membolehkan komputer anda kembali kepada keadaan asal apabila komputer dibuka semula. Setelah perisian ini diinstalasi, maka anda tidak akan risau tentang kemasukan virus atau sebarang perkara yang boleh merosakkan pc anda. Ini juga bermakna jika anda 'setting' deep freeze pada local disk C: , maka jangan lah simpan fail anda di pemacu tersebut. Oleh itu menggunakannya perlu berhati-hati bimbang fail penting anda hilang pula nanti. Trial bagi perisian deep freeze boleh di muat turun di SINI.

Selasa, Februari 02, 2010

Topology (Chapter 3)

3 Common types of topology

i. Bus Topology
































ii. Star Topology




































iii. Ring Topology








































Differentiate between the three types of network topology
1. Description / pernyataan
Bus -      found in lansometimes have more than one server and sometimes  do not need server
                ada dalam lan.kadangkala ada lebih server dan kadang kala tiada langsung
Ring -    found in lan. Server may exist but not connect to all nodes in the network
                ada dalam lan. Server boleh ada tetapi tidak semua berhubung dengannya dalam rangkaian
Star -     found in lan. Must have a host that can be server, hub or router
                ada dalam lanmesti ada host yang boleh jadi menggunakan server,       hub atau router
2. Dependence / kebergantungan
Bus -      if one nodes fail, its not effect network
                satu pc gagal , tidak mengganggu rangkaian
Ring -    if one node fail, the network will fail to function
                satu pc gagal, mengganggu seluruh rangkaian
Star -     if one fail, network can still function as long the host still working, if the host not working network will fail to function
satu pc gagal, rangkaian masih berjalan, tetapi jika host gagal, maka seluruh rangkaian akan gagal dan terganggu
3. advantages / kelebihan
bus -      easy implementation, failure of nodes doesnyt effect the entire lan, no disruption to the network when connecting or removing device
mudah diurus, kegagalan satu pc tidak mengganggu rangkaian, tiada gangguan jika membuat hubungan atau mengganti peranti
ring -     troubleshooting is easy when one of the nodes fails, repair or removing nodes, the network stll functioning
mudah untuk membetulkan rangkaian, membetul dan mengganti peranti, rangkaian masih berjalan
star -     easy implementation failure of nodes doesnyt effect the entire lan, no disruption to the network when connecting or removing device troubleshooting is easy when the host fails. simply repair or replace the host
mudah diurus, kegagalan satu pc tidak mengganggu rangkaian, membetul dan mengganti host semudah ganti atau betulkan sahaja.
4. disadvantage / kekurangan
bus -      if the backbone(wired) fails , entire network will extended, network speed dicrease when number of pc increase, difficult troubleshooting when one nodes fails
jika kabel rosak, mengganggu rangkaian, kelajuan berkurang jika pc bertambah, sukar buat pembaikan jika satu pc bermasalah
ring -     difficult implementation, failure of one nodes will failure the entire network,                 connecting and removing device difficult, network speed dicrease when number of pc increase
                sukar diurus, kelajuan berkurang jika pc bertambah, sukar buat pembaikan dan gantian,                           kerosakan satu pc mengganggu rangkaian
star -     failure of host will effects the entire network, network speed dicrease when number of pc increase, host must be instaled to control the network
host rosak ganggu rangkaian, kelajuan berkurang jika pc bertambah,   host mesti dipasang dala rangkaian

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"