RMMICT@FACEBOOK
Ahad, Ogos 15, 2010
Ketagihan Internet Di kalangan Pelajar
Berita Harian 15 Ogos 2010. Kuala Lumpur: Ketagihan internet di kalangan pelajar, terutama murid sekolah rendah akan membantut proses pembangunan sosial dan interaksi seseorang itu dengan keluarga dan masyarakat apabila dewasa nanti.
Dalam hal ini, saya tidak mengambil contoh yang jauh. anak-anak saya jika sehari tidak menghadap internet tidak sah jadinya. Laman games menjadi pilihan utama. Sekarang jika di sekolah menengah facebook menjadi salah satu keutamaan mereka. My space sudah kurang menjadi keutamaan mereka. Begitu kuat pengaruh fb di kalangan sekolah menengah, sekolah rendah belum kelihatan meluas kelihatan. Bagaimanalah keadaannya jika balik dari sekolah anak-anak saya yang bersekolah rendah membuka fb masing-masing. Sekarang bolehlah ditahan-tahan. Sekarang saya sedang menunggu mereka meminta saya membelikan laptop masing-masing pulak selepas ini.... Parah laa...... Kembali kepada keadaan ketagihan ini, saya memang setuju jika pengawasan internet yang ketat oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka apabila menggunakan internet. Antara langkah yang boleh diambil adalah kawalan masa. Tetapkan masa penggunaan internet mereka. Pastikan juga laman-laman mana yang mereka lawati dengan memasang perisian yang boleh mencari laman mana yang telah mereka lawati. Di samping itu kedudukan laptop atau pc di dalam rumah perlu diambil kira. Pastikan ianya berada di ruang tamu atau tempat-tempat yang boleh ibu bapa lihat ketika anak-anak melayari internet. Pastinya bilik adalah kawasan larangan penggunaan pc dan laptop.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan