RMMICT@FACEBOOK

Sabtu, Ogos 28, 2010

My Space Tidak Lagi 'Cool'...


Agaknya saya baru perasan bahawa rangkaian sosial My Space tidak lagi popular di kalangan pelajar masa kini. Dengan pengguna Facebook yang melebihi 500 juta di seluruh dunia ( from CEO and founder Mark Zuckerberg, July 21, 2010 ), ianya menjadi satu kegilaan baru di kalangan pelajar. Apa yang saya perhatikan pada para pelajar saya tidak kira tingkatan apa, ada sahaja masa terluang yang guru berikan, mereka akan segera membuka facebook masing-masing. Perkara ini nampaknya memberi peluang kepada saya untuk membuat kajian mengapa fb begitu menarik perhatian mereka. Dari soal selidik ringkas mendapati, fb memberi peluang kepada para pelajar ini untuk lebih bebas berkomunikasi, mendapatkan lebih ramai kawan, mudah menaik turun gambar, perkongsian video dan sebagainya. Apa yang pasti, menjadi satu masalah kepada saya untuk memastikan mereka tidak membuka fb ketika saya mengajar, Nak kena diorang ni...!!!!

2 comments :

Along Tapa berkata...

member-member keliling semua ada fb...tapi saya sendiri tak rasa berminat nak join walaupun dah kena paksa berkali-kali...bukan apa..fb macam buat kita takde kije lain selain dari menghadap benda tu jek~~~

Gorengbaek - Cerita rumah baru lagi...

Fuddlo berkata...

memang ada masa-masanya fb menyeronokkan... heran juga pada yg tak boleh berenggang walau sehari dengan fb ni..

Kata-kata Bermakna


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"