Berdasarkan statistik permohonan bagi mendapatkan jawapan (Soalan-Soalan Berdasarkan Subtopik), hanya 8% permohonan daripada murid-murid ICT. Saya bertanya sendirian sama ada dengan teknologi dan dengan gaya pembelajaran dan pengajaran masa kini, masih memerlukan murid-murid di berikan segala-galanya oleh guru. Saya tidak mahu memberikan contoh yang lain kerana murid-murid saya sendiri kebanyakkannya masih memerlukan bantuan daripada guru dalam pembelajaran mereka. Ini termasuklah nota-nota dan soalan tambahan. Adalah amat malang bagi guru (termasuklah saya...) kerana dengan kurikulum baru dengan ketiadaan peperiksaan seperti upsr dan pmr yang mana murid-murid perlu membuat kerja kursus, projek dan sebagainya. Malang kerana jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera mulai sekarang, maka guru akan terbeban dengan segala macam kerja seperti mencari bahan, jawapan dan akhirnya boleh dikatakan kerja kursus itu sebenarnya dilakukan oleh guru !! Apakah faktor penyebab mengapa perkara ini berlaku ?? Saya cuba senaraikan dan jika ada bangkangan, tambahan dan sebagainya silalah komen...
1. Guru tidak percaya murid-murid dapat mencari bahan dengan betul..
2. Guru tidak mengajar murid-murid cara mencari bahan dengan betul.
3. Guru tidak tahu bagaimana mengajar murid-murid mencari bahan pembelajaran.
4. Murid-murid tidak digalakkan mencari bahan pembelajaran.
5. Guru dapat menjimatkan masa dengan terus memberi bahan-bahan pembelajaran.
6. Murid-murid tidak kemahiran menggunakan ICT.(persekitaran)
7. Murid-murid sukar untuk mencari bahan menggunakan ICT.
8. Murid-murid lemah dan memang perlu terus diberi bahan pembelajaran
9. Tiada sistem pemantauan yang berkesan oleh guru.
10.Guru terbeban dengan kerja lain yang lebih penting
11.Cara sekarang yang mudah dan berkesan
..
Bagaimana pendapat guru yang lain... Saya tidak tahu keadaannya di bandar-bandar kerana saya tidak pernah mengajar dibandar dan mungkin juga kerana saya tidak mahu mengajar di bandar...Maksud saya dari segi murid-murid dan persekitaran mereka... Atau juga sekolah mereka... Sikap murid-murid yang bersekolah lelaki sahaja dengan murid-murid yang bersekolah perempuan sahaja mempunyai kelainannya tersendiri.. begitu juga dengan murid-murid berasrama penuh dan bermacam jenis sekolah yang lain..
Jika kita lihat dari sudut-sudut tersebut yang pelbagai rencam...MAKA sebagai guru boleh kita katakan...
1. Tidak perlu memikirkan perkara tersebut kerana tidak kena mengena..
2. Membuang masa memikirkan masalah ini kerana masalah lain banyak yang kena difikirkan.
3. Ikut cara sendiri, sekarang pun tidak ada masalah...murid-murid berjaya juga...
4. Biar orang lain yang buat kajian...
****Sebab itu ramai pelajar apabila berada diinstitut pengajian tinggi, kolej dan sebagainya menghadapi masalah mencari bahan pembelajaran semasa awal pengajian kerana telah biasa diSUAP oleh guru....
0 comments :
Catat Ulasan