RMMICT@FACEBOOK
Khamis, Januari 24, 2013
Salam Maulidur Rasul s.a.w
Salam Maulidur Rasul s.a.w buat semua pembaca blog ini. Berbanyakkanlah
berselawat atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya
Rasullullah s.a.w dengan sifat-sifat baginda yang paling sempurna
sentiasa menjadi ikutan kita umat Islam.
Isnin, Januari 07, 2013
Aplikasi Pendokumentasi PBS ICT
Aplikasi ini dikongsi bagi tujuan memudahkan guru-guru ICT melakukan pendokumentasi semua borang-borang berkaitan dengan pentaksiran. ICT. Ianya sangat sesuai bermula dengan tingkatan 4. Ia telah diubahsuai menggunakan borang-borang pentaksiran baru. Aplikasi ini dijana menggunakan perisian Ms Access. Aplikasi ini dikongsikan secara percuma oleh rakan saya GC SMK Dato Ahmad Lenggong Cikgu Shan. Terima kasih atas perkongsian beliau. Bagi mendapatkannya anda diminta untuk mengisi maklumat ringkas berikut di SINI. Aplikasi akan dihantar melalui email.
format tarikh perlu di set dd/MM/yy dalam Start ->
Control Panel -> Regional & Language Option -> Customize Regional
Options -> Date
Di dalam sistem baru 3 kali peluang sahaja untuk setiap
kerja bagi setiap murid (tak perlu rekod jika markah baru rendah daripada markah
lama)
kali ke-2 (tolak 1 markah)
kali ke-3 (tolak 2 markah)
Teknologi "Screen Reader"
Apakah itu teknologi "Screen Reader" ?? "Screen Reader" adalah sebuah perisian aplikasi yang membolehkan orang dengan kecacatan mata / visual yang teruk untuk menggunakan komputer. "Screen Reader" berkait rapat dengan Sistem Pengoperasian (OS) komputer untuk menyediakan maklumat tentang ikon, menu, kotak dialog, fail dan folder. "Screen Reader" menyediakan akses ke seluruh OS dengan berfungsi seperti banyak aplikasi biasa.
Bagaimana "Screen Reader" memberi maklumat kepada pengguna?
Terdapat dua cara bahawa pembaca skrin boleh memberi maklum balas kepada pengguna:
i. Pertuturan;
ii.Braille.
Bagaimana "Screen Reader" bekerja ?
Secara ringkas, 'mouse' jarang digunakan. Pengguna menggunakan pelbagai arahan papan kekunci untuk menjalankan tugas yang berbeza. Tugas merangkumi membaca sebahagian atau keseluruhan dokumen, melayari laman web, membuka dan menutup fail, menyunting dan mendengar muzik.
Pengguna cacat penglihatan pengguna akan menggunakan gabungan arahan "Screen Reader" dan arahan sistem operasi untuk mencapai banyak tugas-tugas komputer. Semua sistem operasi semasa mempunyai pintasan papan kekunci mereka sendiri, yang boleh didapati untuk semua orang bukan hanya pengguna "Screen Reader". Satu contoh jalan pintas keyboard Microsoft Windows menggunakan Alt + Satu kombinasi kekunci untuk membuka menu Favourites dalam Internet Explorer.
Sistem Pengoperasian "Screen Reader" ???
a) Linux
i. Gnopernicus
ii.Speakup.
b) MAC OS
Voice Over
c) Windows
i. Jaws For Windows (JFW)
ii.Hal
iii.Window Eyes
Anda boleh membaca selanjutnya mengenai "Screen Reader" ini di SINI.
Mengapa saya mencari maklumat mengenai "Screen Reader" ini ? Saya baru sahaja berkenalan dengan seorang guru yang menggunakan perisian aplikasi ini. Jujurnya teringin benar saya melihat bagaimana ia digunakan di bilik darjah. Sesungguhnya tiada yang boleh menghalang seseorang guru untuk berbakti kepada anak bangsa. Saya mendoakan segala yang terbaik untuk guru ini...

Selasa, Januari 01, 2013
Selamat Tahun Baru 2013
Selamat tahun baru kepada semua. Bertambah tahun maksudnya bertambah tanggungjawab disertai dengan tanggungjawab sedia ada. Syukur kerana Allah s.w.t masih memberi peluang merasai tahun baru. Telah lebih dua bulan.. tiadanya pos baru daripada saya. Saya akui saya tiada idea dan yang sebenarnya saya tiada upaya. Imbas kembali 2012 yang baru berlalu telah memberikan begitu banyak pengalaman berharga. Kemalangan kereta yang dialami pada awal September banyak mengubah pelbagai aspek kehidupan harian. Sebesar-besar kesyukuran saya kepada Allah s.w.t kerana masih memberi peluang kepada saya. Saya redha ketentuanNya dan terima segalanya.Sehingga kini setiap minggu perlu ke hospital menerima rawatan. Bersyukur juga kerana begitu ramai yang menziarah dan mendoakan saya..Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas jasa mereka. Maaf kerana langsung tidak dapat mengingat siapa yang menziarah kerana sebulan juga saya hilang punca..Menariknya genap sebulan selepas insiden kemalangan, saya mendapat peluang temuduga menyambung pelajaran..Saya gagahkan juga walaupun ketika temuduga saya tidak faham soalannya...Tidak tahu mengapa..Tidak hairanlah keputusannya tidak memihak kepada saya.Tidak mengapa..Panjang umur masih ada masa.. Blog ini pula jika masih yang belum tahu telah mendapat tempat ke 5 kategori pendidikan 2012 peringkat kebangsaan anjuran UPSI.. Syukur mendapat tempat walaupun selepas 4 kali mencuba.. Hari akhir 2012, saya dikejutkan pula dengan berita sedih kehilangan guru ICT Selangor Puan Saejah Bt Denan kerana sakit. Beliau seorang guru lama yang baik dan berdedikasi serta banyak menyumbang pada ICT selangor. Semoga Allah s.w.t menempatkannya di kalangan hamba-hambanya yang beriman..ALFatihah.. Akhirnya semoga tahun baru memberi kekuatan baru kepada kita sebagai pendidik dan sentiada berusaha memastikan yang terbaik dari segenap segi..
Langgan:
Catatan
(
Atom
)